Saturday, 28 June 2014

WAHABI : MAZA Memfitnah Sayyid Ja'far Al Barzanja

Wahabi Salahpi kata antara sebab Tasawwuf/ Tareqat/ Sufi itu sesat dan Syiah kerana selalu membaca Mawlid khususnya Mawlid Berzanji. BETUL KE ?

Ada seorang BEKAS mufti, mengatakan kepada masyarakat umum bahawa Barzanji ini ada unsur Syiah sebab ada disebut ".... jaddal Hussaini...".

Malah BEKAS mufti ini juga mengatakan para pelajar di Yaman buat Haji di kubur Nabi Hud AS .... Betul Ke ? Atau Fitnah berdasarkan kebodohan bekas mufti tersebut ?

BEKAS mufti ini juga mengatakan dari Hadramawt, Yaman datangnya Zaidiyah (Syiah) ke tanah Melayu.... Betul ke ? Atau Fitnah berdasarkan kebodohan BEKAS mufti tersebut ?

BEKAS mufti ini juga mengatakan bahawa ... asal sebut sahaja Saidina Ali dan ahli keluarga baginda Rasulullah SAW, itu adalah tanda aqidah Syiah, seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan lain-lain lagi. .. ADA BUKTI ?

OK jom kita bincang.

ingatlah bhw al-Hafiz al-Imam al-Bayhaqi meriwayatkan satu hadis bahawa RasuluLlah sollaLlahu ^alayhi wa sallam bersabda:

حَتَّى مَتَى تَرِعُونَ عَنْ ذِكْرِ الفَاجِرِ, اذْكُرُوهُ بِمَا فِيهِ كَيْ يَحْذَرَهُ النَّاسُ
Mafhumnya: “Sampai bila kamu segan untuk menyebut kejahatan orang jahat. Hendaklah kamu menyebut suatu (kejahatan) yang ada padanya supaya dia dijauhi dan diwaspadai oleh orang ramai”

Betulkah jika sebut nama Saidina Ali karamallahu wajhah dan ahli keluarga baginda Rasulullah SAW, maka itu adalah Syiah ? Jika begitu, isteri kepada Tun Dr Mahathir adalah Syiah, kerana ayah mertua Tun Dr Mahathir bernama ALI. Jika begitu Datuk Hishamuddin Tun Hussein adalah Syiah kerana nama ayahnya adalah Hussein bin Onn. ... Alangkah JUMUD gaya pemikiran BEKAS MUFTI tersebut.

Betulkah Syiah datang ke Tanah Melayu dari Hadramawt, Yaman ? SELURUH dunia Islam telah mengiktiraf sejarah bahawa sejak tahun 319 Hijrah, HADRAMAWT, YAMAN adalah pusat gerakan dakwah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Pada tahun 319 Hijrah, Imam Ahmad bin Isa Ar Rumi bin Muhamamd An Naqib bin Ali Al Uraidhi bin Ja'far As Sadiq bin Muhamamd Al Baqir bin Zainal Abidin bin Hussain bin Ali bin Abu Talib, telah berhijrah dari Mekah ke Hadramawt, Yaman. Dalam perjalanannya, Imam Ahmad bin Isa bersama ahli keluarganya telah memerangi puak Syiah dan Khawarij. Setibanya Imam Ahmad bin Isa di Hadramawt, beliau telah memerangi Khawarij sehingga KESELURUHAN Yaman menjadi umat Islam yang beriktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie. Dari sini bermula gerakan dakwah Islam yang menyebar hinggalah ke nusantara termasuklah Kampuchea. Dari tahun 319 Hijrah, bermulanya Imam Ahmad Al Muhajir hinggalah tahun 1435 Hijrah dibawah pimpinan Habib Umar Ben Hafidz, gerakan dakwah di Hadramawt diterajui oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asy'airah Wal Maturidiyah yang bermazhab Syafie. TIDAK ADA SYIAH. .... Boleh BEKAS MUFTI berikan dalil yang menolak fakta sejarah tersebut dan membuktikan Hadramawt adalah pusat Syiah ?

BEKAS Mufti menuduh, pelajar di Hadramawt Yaman membuat haji di kubur Nabi Hud AS. Boleh datangkan WALAU SEORANG pelajar dari Hadramawt Yaman yang membuat Haji di kubur Nabi Hud AS ? Jika tak boleh datangkan bukti, Bekas Mufti tersebut telah membuat FITNAH. Tak layak seorang tukang fitnah yang tahu hukum hakam dijadikan rujukan dalam mengamalkan agama.

Apakah HAJI ? Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan Haji untuk menunaikan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Ada ENAM rukun HAJI ... :

1. Niat di Miqat
2. Wukuf di Arafah
3. Tawaf di Kaabah
4. Saie antara Safa dan Marwa
5. Tahallul
6. Tertib

MAZA dalam video FITNAHNYA, mengatakan Habib Umar dan murid-muridnya melakukan Haji di maqam Nabi Hud AS.

Tak pula nampak Habib Umar dan murid-muridnya PAKAI IHRAM. WOIII MAZA, hang buat Haji pakai jubah dan kopiah ke ?

MAZA kau tahu tak Rasulullah SAW itu TAK PERNAH memfitnah dan hasad dengki ? Kamu MAZA kerana hasad dengkai, kamu sanggup putar belit video dan memfitnah. BIDA'AH DHALOLAH perbuatan kamu itu.

Apakah itu Mawlid Barzanji ?

Kitab Mawlid BArzanji adalah sejarah kehidupan Rasulullah SAW dalam bentuk SYAIR dan PUISI. Ada empat lagu utama iaitu Siqqah, Rast, Raghbi dan Duqah.

Salahkah membaca sejarah hidup Rasulullah SAW ? Siapa yang kata salah, maka kita tidak hairan walau dia berstatus PhD, akhlaknya yang suka menuduh orang yang membaca sejarah Rasulullah SAW sebagai Syiah dan sesat ternyata BUKAN dari akhlak Rasulullah SAW. Amat memalukan.

Jadi Syiah kah jika kita membaca sejarah hidup Rasulullah SAW ? ... Jika begitu, semua ulamak-ulamak yang ada meriwayatkan sejarah Rasulullah SAW adalah Syiah pada ajaran Si BEKAS Mufti tersebut. Seakli lagi memalukan diri sendiri.

Untuk kenal sama ada kitab Barzanji itu dari Syiah, ayuh kita berkenalan dengan penulis kitab tersebut. Jika si Penulis adalah Syiah, maka Syiah-lah kitab tersebut. Siapakah yang menulis Kitab Mawlid Al Barzanja ?

Penulis kitab Mawlid Al Barzanja ialah ialah Ja'afar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qutb al Arif Sayyid Rasul ibn Abdus Sayyid ibn Abdur Rasul ibn Qalandar ibn Abdus Sayyid ibn Isa ibn al Hussain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdul Karim ibn al Qutb al A'zam al Ghauth al Fard al Jami' Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn AbduLlah ibn Ismail al Muhaddith ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja'afar al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainal Abidin al Sajjad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al Imam Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib.

Imam Ja'afar Al Barzanja adaalh dari keturunan Ahlul Bayt yang bersambung nasabnya kepada Rasulullah SAW.

Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu.

Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu
2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu
3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu


Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun.

Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari
2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi
3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya.

Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi
2. Sayyid Ahmad al Tobari
3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi
4. Sayyid Mustafa al Bakari
5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri

Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

Adakah Si Bekas Mufti yang menuduh Ja'afar Al Barzanja sebagai Syiah itu mempunyai seramai ini guru dan mempunyai seluas ini ilmu ? Yang pastinya Si Bekas Mufti itu pun membaca Al Quran tak betul.

Malah Imam Ja'afar Al Barzanja adalah terkenal sebagai seorang ulamak PAKAR HADIS (muhaddith). Sanad ilmu hadithnya bersambung dengan Imam Bukhari dan Imam Muslim dan sanad tersebut JELAS.

Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari : Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada
2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada
3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada
4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada
5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada
6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada
7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada
8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada
9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada
10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada
11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada
12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada
13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada

Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.



Sanad Sohih Muslim : Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada

1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada
2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada
3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada
4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada
5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada
6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada
7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada
8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada
9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada
10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada
11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada
12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada
13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada
14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada
15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada

Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

Si BEKAS Mufti ada tak sanad ilmu yang bersambung dengan Imam Bukhari dan Imam Muslim ?

Disebabkan keilmuan Sayyid Ja'afar Al Barzanja, beliau telah dilantik sebagai MUFTI MAZHAB SYAFIE di Madinah Al Munawwarah. Si PhD holder adakah atau pernahkah dilantik sebagai Mufti di Madinah ? ... hmmm Kalau setakat jadi Mufti Perlis, negeri yang kecik dah nak "gong" berlagak macam alim bebenor. Hakikatnya hanya memalukan diri sendiri.

MAzhab Syafie adalah Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. BUKAN SYIAH

Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. BUKAN SYIAH

MAKA TERTOLAKLAH BAHAWA KITAB BARZANJI MEMPUNYAI UNSUR SYIAH DAN PENULISNYA ADALAH SYIAH.

Syiah itu BUKAN dicirikan dengan menghormati kaum keluarga Rasulullah SAW yang alim lagi soleh. Para ulamak di kalangan Ahlul Bayt dari Hadramawt Yaman, dengan asbab mereka maka ALLAH kurniakan iman dan Islam kepada kita termasuklah kepada mak bapak dan tok nenek moyang Si BEKAS Mufti. Salahkah kita menyantuni dan menghormati ulamak Ahlul Bayt ?

Sewaktu menjadi Mufti dulu pun, banyak perkara-perkara yang dilakukan MB jelas bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah tidak ditegur oleh Si Mufti. MUNGKIN atas dasar menghormati dan menyantuni MB. Lebih-lebih lagi apabila umat Islam menghormati dan menyantuni ulamak Ahlul Bayt yang datang berdakwah. Pastinya perbuatan menghormati dan menyantuni ulamak Ahlul Bayt tidak sama sekali menyalahi syariat.

Nasihat saya kepada BEKAS Mufti ini, terimalah hakikat bahawa populariti anda sudah merudum. Untuk apa anda menimbulkan isu khilafiah dan menyesatkan sesuatu yang ANDA SENDIRI TAK TAHU hanya kerana inginkan perhatian dan glamour ? Tidak kasihankah anda kepada masyarakat yang tidak ada ilmu menjadi bingung dan confuse dengan fatwa-fatwa pelik anda ? Diwaktu anda menyesatkan, membidaahkan dan mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan anda, di waktu yang sama orang yang nada tuduh, gigih menyampaikan ilmu yang benar kepada masyarakat. Diwaktu anda sibuk mengkafirkan umat Islam. Kami pula sibuk mengislamkan orang kafir.

Syiah itu juga bukan dicirikan kerana menyebut nama "Saiyidina Hussein, Fatimah A Zahra mahupun Saiyidina Ali". Kerana jika ada nama Hussien, Fatimah dan Ali .. maka RAMAILAH menteri-menteri UMNO adalah Syiah. Contohnya Datuk Hishamudin Tun HUSSEIN. Ayahnya Tun HUSSEIN Onn (Al Fatihah). Jika asal ada kalimah "Hussien" sahaja terus dilabel sebagai Syiah, maka Datuk Hishamuddin adalah Syiah. Boleh masuk akal ka ? Maka saya minta Si Bekas Mufti jangan memalukan pemeganginstitusi mufti dan ulamak dengan membuktikan dirinya berada di tahap kebodohan budak pra matang.

Syiah dicirikan oleh : https://www.facebook.com/notes/mat-taiko/kesesatan-syiah-laknatullah/10151170492910769

Dan seperti biasa. Apabila hujjah Wahabi Salahpi dapat dipatahkan. Maka Wahabi Salahpi akan menuduh penghujjah sebagai AHBASH.

Mengapa AHBASH ?

Kerana AHBASH adalah sebuah gerakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie di zaman ini yang banyak mendapat kejayaan membawa dalil dari Al Quran dan Sunnah dan ijithad ulamak-ulamak muktabar dalam mendedahakn kesesatan Wahabi Salahpi membida'ahkan dan mensyirikkan umat Islam (takfir) yang tidak sefahaman dengan mereka. Maka bertungkus lumuslah Wahabi Salahpi memomok-momokkan AHBASH agar masyarakat takut kepada AHBSAH. Bila masyarakat takut dan benci kepada AHBASH, maka hujjah AHBASH dalam mendedahkan kesesatan Wahabi Salahpi tidak diterima oleh masyarakat. Maka semakin senanglah Wahabi Salahpi menyesatkan masyarakat dan mengajar mereka berlaku takfir (membida'ahlan, menyesatkan dan mensyirikkan orang yang tidak sependapat dengan mereka).

Jika anda digelar AHBASH oleh pengikut Wahabi Salahpi, maka BERSYUKURLAH. Kerana Wahabi Salahpi telah mengiktiraf anda sebagai pejuang Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menentang perbuatan takfir oleh Wahabi Salahpi.

Salam Jumaat

Hehehe
 — with Mohd Hanif and 18 others.

1 comment:

  1. AHBASH adalah golongan sesat.
    Kitab barzanji memang ada pengaruh syiah.

    ReplyDelete