Tuesday, 7 April 2015

Amalan Untuk Orang Hidup Sampai Kepada Mayat




Dulu ada seorang kenalan, yang ikut usrah Wahabi di Gombak. Sekali ayah dia eksiden motosikal dan meninggal dunia. Sebagai saudara Islam, Tok Imam dan beberapa sahabat pergi ziarah.

Mereka duduk ramai2, lalu mula membaca Yaasin, tahlil arwah dan mula baca doa arwah. Sewaktu Imam membaca kalimah :

"Ya ALLAH kau ampuni jenazah ini dan tempatkanlah dia di tempat yang mulia di sisi MU."

Si anak yang baru sedar kedatangan tok imam dan jemaah surau, histeria terjerit-jerit depan mayat memarahi mereka. Katanya ... "Amalan bida'ah apa yang kau orang buat dalam rumah aku ? Amalan itu tak sampai. Sia-sia. Tak sampai kepada mayat. Apabila mati seseorang, maka TERPUTUSLAH AMALANNYA. kerja kamu ini sia-sia. Masuk neraka."

Tok Imam terdiam. Lalu Tok Imam pun berdoa semula dengan kalimah ... " YA ALLAH, KAU humbankanlah mayat ini ke dalam neraka. "

Si anak histeria sekali lagi ... Apasal kau doakan bapak aku masuk neraka ? Tak ada hati perut betul kau orang.

Lalu dijawab Tok Imam .... Jangan risau. Amalan mendoakan masuk neraka ini TAK SAMPAI. Kerana apabila ayah kamu mati, maka terputuslah amalannya. Maka mendoakan ayah kamu dihumbankan ke naraka adalah amalan yang sia-sia. Tak sampai kepada mayat.

HEHEHEHE

No comments:

Post a Comment