Tuesday, 7 April 2015

APA ITU WAHABI ?




Apa itu Wahabi? Apabila ditanya kepada seseorang, maka pelbagai jenis jawapan
ditemukan. 

Baca dialog ini dengan jawapan setiap golongan.

1. Golongan Syiah : “Wahabi ialah orang-orang yang membenci ahli keluarga Rasulullah saw, sinis, dan merendahkan”

2. Sufi Sunni : Wahabi ialah orang-orang tidak memahami tariqat para arifin dan tidak ada sanad guru yg bersanad. Mereka ada sanad dari guru yg terputus sanad. Mereka belajar agama dgn mengisi akal utk pandai bercakap. Sedangkan Islam mengajar supaya belajar agama dgn mengisi hati utk memperteguh amal.

3. Golongan hormat bid'ah hasanah yg diakui Nabi : “Wahabi ialah orang-orang
yang kata bidaah semua sesat. Semua sesat. Semua neraka. Wahhabi sorang masuk syurga !! Sedangkan terlalu byk bidaah yang tidak sesat.”

4. Golongan Pendukung Islam : “Wahabi ialah terroris. ISIS itu Wahabi. Salafi itu Wahabi. Jihadist itu Wahabi. Islam itu terroris!” (Sampai khutbah Jumaat hari ini pun kata Wahhabi/Salafi itu ISIS pengganas BUKAN sebab terpedaya dengan media barat, tapi ia hasil kajian dan maklumat ulama Ahli Sunnah di Iraq dan Syria.

5. Orang Awam : “Wahabi itu ustaz kata Arab Saudi. Diorang MENGHARAMKAN kenduri tahlil, baca bismillah dalam surah al-Fatihah perlahan, MEMBID'AHKAN qunut subuh, tak baca doa makan, dan MENSYIRIKKAN org yg pergi Malam Cinta Rasul Habib Syech.”

6. Ahli Sunnah : “Wahabi ialah orang yang mengatakan Allah ada anggota badan seperti makhluk, duduk kat kerusi dan bunyi ‘kriuk-kriuk’. Wahabi juga mengatakan Allah berada di atas Arasy di langit sedangkan Allah itu tidak bertempat (BUKAN berada di mana-mana). Ini ciri Wahhabi dari segi akidah. Ciri mudah WAHHABI ialah tiga. TAJSIMKAN ALLAH, KAFIRKAN/SYIRIKKAN ORANG ISLAM, BID'AHKAN AMALAN KHILAFIAH YG PUNYA DALIL.

Kalau tanya 'apa itu wahhabi' kpd wahhabi yg taqiyyah ( berpura-pura atau cuba berselindung )? INILAH JAWAPAN taqiyyah dari MEREKA.

7. Wahhabi/Salafi : “Wahabi itu ialah ejekan kepada Muhammad ibn Wahab yang berjuang menegakkan tauhid di Arab Saudi. Tidak ada dalam buku tulisannya dia mengatakan seperti kata-kata di atas. Itu fitnah dan celaan terhadap orang yang
sudah mati. Janganlah kita mencela orang yang sudah meninggal dunia, kecuali apa yang disebutkan dalam wahyu."

p/s : PESAN NABI, ITULAH DAHSYATNYA FITNAH DARI NAJAD. SAMPAI YG SEJAHAT WAHHABI, DIANGGAP SEBAIK PARA SALAF. Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua..

No comments:

Post a Comment