Friday, 24 April 2015

Dalil Penentuan Hari Terhadap Sesuatu Amalan:




Dalil Penentuan Hari Terhadap Sesuatu Amalan:
Fitnah golongan Wahabi, menyatakan tahlil 3 hari, 4 hari, 40 hari sebagai bidaah, krn bagi mrk ianya tashabbuh trhadap golongan hindu yg membuat majlis meratapi mayat 3 hari, 40 hari dll..
Maka kita jwb:
1) Antara tanda khawarij akhir zaman disebut didlm hadis ialah mudah menghukum sesat, rosak akal, buruk akhlak, dan jahil dlm bab agama khususnya ilmu fiqh
2) Tashabbuh istilah membawa erti mngikut cara perlakuan, perkataan, i'tiqad dan amalan.
3) Sekarang benarkah trmasuk dlm bab tashabbuh? Dengan mudah menghukum tashabbuh boleh membawa kpd mengkafirkan seseorang krn ianya berkaitan i'tiqod, amalan, perbuatan atau perkataan.
4) Tahlil bersama hari tertentu bkn trmasuk lingkungan tashabbuh krn ianya berlawanan kpd syarat tashabbuh iaitu membawa kpd ta'abbud, taqarrub, dan ta'amul kpd ibadah zikir dan kebaikan..
5) Dalilnya dari hadis, yg saya ambil dari:
"Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anh, Rasulullah Sollahu alaihi wasallam bersabda: orang yg berzikir kpd Allah, di dalam kalangan kaum yg lalai kpd Allah, sedarjat dengan mrk yg sabar trhadap kaumnya yg melarikan diri dari medan peperangan"
-Kitab Hadis AlJami' AsSoghir, oleh imam AsSuyuti yg menilainya sohih, no. 4310
-Kitab Mu'jam Alkabir, hadis riwayat Thabrani, no. 9797
-Kitab Mu'jam Al Awsath,no. 271
6) Dengan mudah menghukum tashabbuh, maka golongan ini seolah2 telah menghukum Rasululullah sallallahu alaihi wasallam sebagai pereka kpd amalan tashabbuh, krn baginda sollallahu alaihi wasallam sendiri menetapkan hari yg sama tetapi berlawanan amalan dengan amalan golongan kuffar:
"Ummu Salamah radyiallahu anha berkata, Rasulullah sollahu alaihi wasallam selalu berpuasa hari sabtu dan ahad melebihi hari2 yg lain, baginda sollahu alaihi wasallam bersabda, dua hari itu adalah hari raya orang2 musyrik, maka aku senang menyelisihi amalan mereka"
-Hadis riwayat Ahmad, 26750
-An Nasai juz 2, hal. 146
-Disahihkan Ibnu Khuzaimah dan Ibn Hibban
7) Teliti sesuatu perkara, sebelum menjadi golongan yg mengikuti sifat Khawarij Akhir Zaman..

No comments:

Post a Comment