Tuesday, 7 April 2015

Dialog Dengan Missionarist Kristian




Dulu .....

Sewaktu aku bekerja di tempat lama ku, aku sempat bertemu seorang missionarist Christian yang mengidap penyakit kanser paru-paru. Sepanjang rawatan, dan aku sembang dengan dia, dia sibuk mengeluh. Dia kata apasal tuhan (Jesus Christ) siksa dia macam tu ( kena kanser ) ?. Dia mengeluh, kata Jesus Christ kejam & zalim, sedangkan dia punyalah tungkus lumus ajak orang jadi Kristian.

Aku mendengar saja.

Dia habis mengeluh sambil menangis. Perlahan aku duduk di sebelahnya di tepi katil.Tangannya aku genggam dengan harapan memberi kekuatan kepadanya agar tidak berputus asa.Lantas aku luahkan kata-kata ku kepadanya :

"Tuan mendapat penyakit tu sebenarnya bukan tanda Tuhan ( Allah) itu zalim, tetapi itulah tanda Allah tu Maha Penyayang. Tuan tidak perlu takut untuk mati. Bukankah agama Tuan juga mengatakan Jesus juga mati sebab disalib. Maknanya jika Tuan mati, bermakna Tuan boleh berjumpa Jesus di syurga nanti. Tuan boleh masuk syurga dan duduk sebelah Jesus. Sepatutnya Tuan kena gembira, kerana Tuan akan bertemu Jesus."

Aku lanjutkan bicara :

"Bagi seorang Islam, kematian itu merupakan syarat untuk menemui cinta. Cinta yang paling hakiki dan sejati ialah kecintaan kepada Allah SWT. Sebab itu dalam Islam, umat diajar untuk mencintai akhirat dan menghindarkan cinta kepada dunia. Sebab akhirat yang abadi bukan dunia. Dunia ni tempat kita melabur. Hasil pelaburan akan dituai di akhirat. Jadi kenalah cintakan akhirat dan tidak cintakan dunia. Jangan tertipu dengan kehidupan di dunia yang sementara ini sedangkan kehidupan di akhiratlah yang kekal abadi."

Sebaik aku menamatkan bicara, dia kata kat aku balik : Islam mengatakan Muhammad kekasih Tuhan (Allah). Tetapi mengapa Tuhan membiarkan kekasih Nya dibaling batu hingga berdarah ?

Lantas aku menjawab :

"Saya tak hairan kalau setakat kekasih dibaling batu sampai berdarah. Yang saya tidak faham tentang Kristian, mengapa Tuhan Ruhul Qudus Kristian membiarkan anaknya (Jesus) dipaku sampai mati ? Lagi teruk dari membiarkan kekasih dibaling batu sampai berdarah. Bolehkah Tuhan dibunuh oleh makhluk ciptaannya ? Jika Jesus anak Tuhan boleh dibunuh oleh makhluk ciptaan Tuhan, ini bermakna makhluk yang dicipta lebih kuat dari Pencipta. Masuk akalkah ? Contohnya, awak membuat sebuah kerusi. Bolehkah kerusi yang awak buat, bergerak sendiri membunuh awak ? Oleh itu, Tuhan menciptakan manusia, bolehkah manusia membunuh Tuhan ? Tak masuk akal."

Aku menyambung bicara ......

"Dalam Islam, Isa AS adalah Rasul yang diutuskan Allah, begitu juga dengan Muhammad Bin Abdullah SAW, salah seorang Rasul yang diutuskan Allah untuk memberi pesanan kepada umat manusia agar mentaati Allah dan kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang dan dikasihi Allah. Allah jadikan manusia untuk mengabdikan diri kepada Nya dan untuk menjadi khalifah Allah, untuk mentadbir dunia dengan hukum syariat Allah."

"Allah jadikan kita untuk mentadbir dunia dan bukan mencintai dunia. Maka sebab itulah, umat Islam yang mencintai Allah dan akhirat akan berusaha kaw kaw tahap gaban macam dia hidup 1000 tahun lagi sebab dia ada tanggungjawab untuk tadbir dunia dengan hukum Allah, dan beribadah pun kaw kaw macam nak mati esok. Ini yang TIDAK diajar dalam Bible dan ajaran Kristian. Sebab itu umat Islam yang beriman akan berhadapan dengan maut dalam rasa tenang dan gembira."

Dia terdiam.

Bicara ku diteruskan ...

"Itulah antara perbezaan Kristian dan Islam. Walaupun Kristian pun percaya adanya syurga dan neraka, tetapi Kristian tak pernah ajar umatnya untuk menjadikan dunia tempat membuat pelaburan untuk ke akhirat. Sebab tu, missionarist Kristian sendiri memurtadkan orang berdasarkan wang ringgit yang dibayar oleh pihak Gereja. Ajaran Islam kalau nak mengIslamkan orang, tak payah bayar duit sesen pun kepada para pendakwah."

"Yang penting, mereka yang memeluk Islam dan bersedia menjadi saudara seIslam dan sahabat kita dalam perjuangan mendaulatkan hukum syariat di muka bumi ini serta menyebarkan keselamatan dan kesejahteraan kepada umat manusia."

Lalu aku tanya ... "Mengapa anda takut sangat nak mati ?

Dia jawab " I belum puas enjoy. Belum puas tengok dunia. Dying is so embarassing. Especially if you got this disease which is incureable. I feel shame to myself. Waktu sihat, badan I tegap, handsome. Tapi bila kena kanser, I kurus, lemah, rambut gugur "

Aku terus menasihatinya .... "Arwah datuk saya pernah berpesan kepada saya :

" Sebagai umat Islam, kita kena menjadikan hidup dan mati kita dalam kemuliaan. Hidup mulia, mati syahid "

"Hidup dalam kemuliaan apabila kita mampu menjadikan diri kita seorang hamba Allah yang sentiasa beribadah kepada Allah serta melaksanakan hukum-hukum yang telah Allah syariatkan kepada hamba-hamba NYA, kerana itulah nilai manusia disisi Allah. Bagaikan seorang Raja yang punya rakyat. Raja akan lebih menyayangi rakyatnya yang mampu mematuhi undang-undang yang telah dibuat oleh Raja. Lagi banyak peraturan yang rakyat patuhi, lagi sayang Raja kepada rakyatnya. Rakyat yang engkar, dianggap penjenayah. Jadi dalam Islam, sejauh mana manusia mampu mematuhi ajaran Islam, sehampir itulah hubungan hamba dengan Allah, sekuat itulah kasih Allah kepadanya. Semulia itulah nilai manusia di dunia, dan di akhirat akan mendapat kecintaan Allah yang hakiki. Bila Allah sudah sayang kepadanya, urusannya di dunia akan dipermudahkan Allah dan di akhirat Allah kurniakan ketenangan dan kebahagiaan yang kekal abadi."

"Bila matinya, walau apa jua keadaan jasadnya, sama ada hodoh, sama ada jasadnya hancur, atau menjadi debu, kemuliaan tetap bertakhta di hati manusia. Kerana Allah sendiri memuliakannya. Sebab itu sebagai seorang Islam, kematian dianggap sebagai jalan penghubung antara dua cinta yang sejati lagi hakiki. Cinta antara hamba dengan Pencipta-nya. Lebih-lebih lagi jika mati dalam menegakkan syariat Allah. Maka kematiannya adalah syahid. Itulah puncak kemuliaan dalam kematian. Iaitu mati dalam penderitaan serta kepayahan demi mendaulatkan syariat Allah."

"Islam mengajar umatnya terus berjuang menegakkan syariat Allah sehinggalah hujung kalimat di akhir hayat. Itu semua bukan untuk Allah, tetapi untuk diri sendiri. Agar meraih keampunan dan keredhaan Allah , Tuhan sekelian alam. Tuhan kepada saya, Tuhan kepada saudara, Tuhan kepada Jesus Christ. Bagi seorang Islam, mati ketika melakukan kerja membuat seruan dan mencegah kemungkaran adalah kematian yang amat mulia dan tidak perlu dimalukan."

Dia jawab balik , "Sebagai org Islam, you tak terasa ke ? You buat kerja tuhan, lepas tu tuhan balas you dengan penyakit ? "

Aku jawab balik kat dia.

"Apa nak dihairankan. Kita makhluk yang Allah cipta. Kita tak pernah buat kerja Allah sebab kita makhluk yang dicipta oleh Tuhan, kita bukan Tuhan. Kita hanya buat apa yang disuruh oleh Allah. Allah suruh manusia melakukan ibadah dan menjadi khalifah Allah. Allah lantik Nabi Muhammad SAW sebagai rasul. Jadi apa yang para dai'e buat adalah membuat kerja yang Rasul buat iaitu menyeru ke arah iman dan Islam. Itu kerja Rasul. Rasul adalah makhluk ciptaan Allah yang menjadi Tuhan untuk sekelian alam. Umat Islam yang beriman tak pernah buat kerja Allah dan tak layak buat kerja Allah. Mereka hanya menjalankan titah perintah Allah seperti yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah Rasul-NYA."

"Itu bezanya ajaran Kristian dengan Islam. Islam meletakkan Nabi Isa AS sebagai seorang pesuruh Allah. Messenger of GOD. Nabi ISA AS adalah manusia biasa. Nabi Isa AS bukan Tuhan. Jadi bila Nabi Isa AS menyeru untuk mengesakan Allah, itu adalah tanda Nabi Isa AS menjalankan suruhan Allah, bukannya membuat kerja Tuhan lalu dijadikan Tuhan oleh penganut Kristian."

"Pengikut Kristian terpesong, mereka mengatakan mengajak orang masuk Kristian adalah kerja Tuhan sebab dia fikir Nabi Isa AS yang buat kerja tu. Sebab tu mereka promote orang masuk kristian dan sembah Jesus Christ."

"Satu lagi, dalam Islam umat Islam dituntut untuk yakin Qadha & Qadar dari Allah. Setiap sesuatu yang berlaku adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah. Kalau penyakit yang kita dapat, itu maknanya Allah nak bagi kita pahala sabar dan redha. Bukan senang nak dapat pahala sabar dan redha. Terutama bila kena sakit, kemudian kita tahu usia kita tak panjang. Bukan senang kita nak tahu bila kita nak mati. Jadi gunakanlah masa itu untuk menghisab diri dan siapkan diri secukupnya sebelum mati. Ini merupakan nikmat Allah, bukannya bala dari Allah. Ini yang tidak di ajar dalam ajaran Kristian."

"Sebab itu dalam Islam ada syarat-syarat untuk jadi Islam melalui rukun Islam. Ada juga syarat-syarat untuk mengesahkan iman melalui rukun iman. Senang bagi umat Islam untuk menjadikan dirinya umat yang mematuhi ajaran yang Allah wahyukan. Sebab ajaran Islam dipersembahkan dengan cara yang jelas dan mudah."

"Nak jadi Kristian tak ada rukun-rukun seperti iitu. Tak ada rukun-rukun nak jadi Kristian. Tak ada rukun untuk sahkan iman Kristian. Malah dalam Kristian tak diajar macam mana nak kenal Tuhan melalui nama Tuhan, perbuatan Tuhan, sifat Tuhan. Tak macam ajaran Islam. Maka sebab itu, walau saudara adalah orang kuat dalam ajaran Kristia, TETAPI saudara TIDAK ADA KETENANGAN."

"Dalam Islam, umat Islam diajar mengenal Allah melalui nama-nama Allah, melalui sifat yang wajib dan mustahil bagi Allah, melalui kejadian alam yang diciptakan Allah. Jadi umat Islam amat-amat kenal Tuhan berbanding orang Kristian. Dari situ lahirnya KETENANGAN dalam diri seseorang muslim."

"Maka saya berseru kepada saudara, jadilah seorang Islam dan beriman. Kerana saudara akan hidup dan mati dalam ketenangan dibawah ampunan dan kasih sayang ALLAH". ...............

"Dikala kamu sibuk meng-KAFIR-kan umat Islam atas perkara khilafiyah. Kami pula sibuk meng-ISLAM-kan orang kafir atas perkara aqidah." (Karkun)

No comments:

Post a Comment