AGAK-AGAK EY PENDAPAT SIAPA YANG ANDA NAK IKUT ?
Pendapat Ulamak Muktabar yang huffaz dengan pelbagai ilmu ? ATAU Pendapat mufti yang berTAWASSUL dengan PhDnya ?
Antara pendapat Sahabat Rasulullah SAW dan Mufti Perlis. Saya lebih selesa memakai pendapat Sahabat Besar Nabi SAW iaitu Sayyidina Abdullah Ibn Umar. Riwayat yang cukup jelas.
1- سفيان الثوري وزهير بن معاوية ، عن أبي إسحاق ، عن عبد الرحمن بن سعد قال :
( خدرت رجل ابن عمر ، فقال له رجل : اذكر أحب الناس إليك . فقال : محمد )
"Suatu ketika kaki Ibnu Umar bengkak. Lalu seorang lelaki berkata kepadanya, "sebutlah nama orang yang paling engkau kasihi". Ibnu Umar menyebut, "Wahai Muhammad."
Setelah itu kakinya sembuh.
رواه البخاري في " الأدب المفرد " (رقم/964)، والدارقطني في " العلل " (13/242) عن سفيان الثوري باللفظ السابق ، إلا أنه عند الدارقطني بلفظ : " يا محمد ".
PENGERTIAN & MAKSUD PERKATAAN "MADAD"
Suatu hari di majlis pengajian Syeikh Soleh Ja'fari di Masjid Azhar, tiba-tiba bersuara seorang lelaki tentang madad, ya syeikh telah menegah oleh guruku tentang berkata "madad ya Rasulullah", lalu jawab Syeikh Soleh :
Apa makna madad yang engkau faham ?
Ketika engkau pergi kepada seorang yang 'alim dan berkata engkau di hadapannya madad; maksudnya ajarkan aku. Ketika engkau berkata kepada seorang wali, madad; maksudnya engkau meminta kepada wali itu doakan kebaikan. Ketika engkau berkata juga, Madad Ya Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam; maksudnya engkau meminta ampun wahai pesuruh Allah.
Kesimpulannya :
Kalimah madad sepatutnya mesti mengetahui kepada mereka yang kita tujukan, samada wali atau orang 'alim atau Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam dan kepada siapa yang kita tujukan.
Maka hendaklah kita faham wahai saudaraku tentang makna madad yang sebenarnya. Ia bukan satu kalimah yang syirik, padahal madad adalah harus dengan bahawasanya kita faham maksud asalnya.
Kita berkata Madad Ya Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam;
maksudnya kita pohonkan dan panjatkan dengan syafaat dan memohon ampun daripada Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam. Dan perkara ini adalah harus.
Wallahu a'lam.
Rujukan :
1) Kitab al-Fatawa wal Ajwibah al-Ja'fariyyah
2) Majalah an-Nur al-Muhammad
Mufti Hadramaut, Sayyid ‘Abdurrahman bin Muhammad bin Hussin bin ‘Umar menyebut di dalam kitabnya Bughayatul Mustarsyidin, halaman 368, ertinya: “Dan perkataan orang beriman (menyeru) ‘Wahai Polan’. ketika dia ditimpa oleh sessuatu kesusahan, adalah termasuk dalam perkara tawassul dengan orang yang diseru itu sebenarnya berlaku atas dasar sindiran cakap (majaz) bukan hakikatnya begitu. Dan makna (seruan) Wahai polan, aku bertawassul dengan kamu kepada Tuhanku, supaya dihapuskan kesalahanku atau supaya dikembalikan barangku yang tercicir dan hilang, umpamanya, maka yang dipinta pada hakikatnya adalah kepada Allah Ta’ala. Dan sungguhnya orang yang dipohon meminta tolong dengan Nabi atau wali hanyalah sebagai sindiran kata (majaz) sahaja. Dan hubungan antara keduanya bahwa maksud tawassul seseorang itu dengan seumpama Nabi atau lainnya hanyalah sebagai sebab dan diitlaqkannya (semata-mata) atas musabab, (hukumnya) harus dari segi syarak dan ‘uruf, warid dari al-Quran dan as-Sunnah.”
Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani رحمه الله تعالى dari kitabnya Furu' Masa-il yang merupakan nukilan fatwa Syaikh Syihabuddin Ahmad bin Hamzah ar-Ramli al-Kabir, yakni ayahanda kepada Syaikh Syamsuddin Muhammad ar-Ramli (Imam ar-Ramli). Kata Syaikh Daud pada halaman 10 - 11, jilid 1: (Su-ila – ditanya - رضي الله عنه ) Tiada barang yang jatuh daripada orang yang awam daripada kata mereka itu tatkala kedatangan kesukaran dan kesakitannya "Ya Sayyidi Ya Rasulallah" atau "Syaikh Fulan" dan yang seumpamanya daripada teriak minta tolong dengan anbiya` dan mursalin dan awliya`Ullah ash-sholihin dan ulama, maka adakah harus yang demikian itu atau tiada harus? Dan adakah bagi mursalin dan anbiya` dan awliya` dan sholihin dan masyayikh menolong kemudian daripada mati mereka itu, apa yang terlebih rajih pada yang demikian itu?
(Maka dijawabnya) Dengan bahawasanya minta tolong dengan anbiya` dan mursalin dan awliya` dan sholihin HARUS dan adalah bagi mereka itu tempat minta tolong kemudian daripada mati mereka itu kerana mu'jizat anbiya` dan karamah awliya` tiada putus dengan mati mereka itu. Adapun anbiya` maka mereka itu hidup ia di dalam kuburnya, shalat mereka itu dan haji mereka itu seperti barang yang datang warid bagi beberapa akhbar dan jadilah menolong itu mu'jizat baginya. Dan adapun syuhada` demikian pula ia hidup di dalam kubur seperti barang yang dilihat dengan nyata datang berperang pula dengan kuffar. Dan adapun awliya` maka iaitu karamah bagi mereka itu. Maka bahawasanya kata Ahlul Haqq bahawasanya jatuh daripada awliya` dengan qasad dan dengan tiada qasad pekerjaan mencarikkan bagi adat dan dilakukan Allah ta`ala dengan sebab mereka itu disampaikan hajat kerana adalah yang demikian itu pekerjaan yang mumkin tiada muhal (mustahil), maka tiap-tiap ada inilah kelakuannya, maka tanda adalah pekerjaan itu sudah dilihat akan jatuhnya ialah tanda harus seperti yang telah diceritera datang Sungai Nil dengan dijatuhkan surat Sayyidina 'Umar dan ceritera Siti Maryam dan lainnya. Intaha daripada Fatwa Syaikh Ahmad ar-Ramli al-Kabir. –
Syeikh Jamil Afandi Shidqi az-Zahawi رحمه الله تعالى menyebut di dalam kitab al-Fajr as-Shodiq, halaman 53 – 54, ertinya: Sesungguhnya yang dikehendaki daripada maksud istighatsah dengan para Nabi dan orang-orang sholeh, dan maksud bertawassul dengan mereka ialah sesungguhnya mereka adalah asbab (penyebab) dan wasilah (perantara atau jalan) untuk mendapat tujuan yang diinginkan. Dan sesungguhnya, hakikatnya Allah adalah fa’il (pelaku) sebagai penghormatan (kemuliaan) kepada mereka (para Nabi dan orang-orang sholeh tersebut), bukanlah mereka itu yang menjadi pelaku sebagaimana i’tiqad yang sebenar di dalam sekelian perbuatan. Maka bahwasanya pisau itu tidak memotong dengan dirinya (zatnya) sendiri, bahkan yang memotong (pada hakikatnya) adalah Allah Ta’ala dan pisau (yang menjadi penyebabnya). (al-Fajr as-Shodiq, Maktabah Isik, Turki, 1981)
Ini semua pendapat ULAMAK MUKTABAR AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH yang ilmu mereka terlalu tinggi dengan ilmu Mufti Perlis.
Sebenarnya, MADAD YA RASULULLAH ini adalah suatu bentuk isyarat, kinayah dan majaz. Ia banyak terdapat di dalam bahasa Arab dan bukanlah perkara yang asing (dan sudah menjadi satu kewajipan untuk kita menguasai bahasa Arab bagi memahami perkara yang sedang dibincangkan ini). Bahkan kita dapat lihat dengan jelas di dalam Al-Quran juga terdapat kalam majazi, seperti firman Allah :
وأُشربوا في قلوبهم العجل[1]
واسأل القرية[2]
أو من كان ميِّتا فأحييناه[3]
dan ayat-ayat lain..
Maka tidaklah hanya dengan lafaz al-madad itu sahaja boleh menjadi tiket untuk mengkafirkan seseorang yang telah melafazkan dua kalimah syahadah. Kerana masalah keimanan seseorang bukan hanya dilihat dari luaran, bahkan wajib juga diteliti pada niat dan i’tiqadnya.
Dan perihal niat dan i’tiqad tidak boleh sama sekali dihakimi dengan sangkaan atau zhon. Firman Allah :
يَا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم[21]
Inilah prinsip ahli-ahli sufi berkenaan masalah keimanan. Ia adalah intisari dari hadis Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam tatkala Nabi mengingkari perbuatan Ibn Abi Syaibah yang telah membunuh seorang lelaki di dalam peperangan setelah dia mengucap kalimah syahadah, ini kerana pada sangkaannya (radhiyallahu ‘anhu) lelaki tersebut mengucap kerana takut dibunuh.
فلما سمع به رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال له: أقال لا إله إلا الله وقتلته؟ قال: يا رسول الله إنما قالها خوفا من السلاح. قال: أفلا شققت عن قلبه حتى تعلم أقالها أم لا، فما زال يكررها عليه حتى تمنى لو أنه أسلم يومئذ[22]
Firman Allah Taala yang menceritakan kata-kata malaikat Jibril kepada Maryam:
قال إنما أنا رسول ربك لِأَهَبَ لَكِ غلاما زكيّا[23]
Di dalam ayat tersebut malaikat Jibril menisbahkan pemberian anak tersebut kepada dirinya sedangkan hakikatnya yang memberi pemberian tersebut adalah Allah. Firman Allah:
إِن تتوبا إِلَى الله فقد صغت قلوبكما وإن تَظَاهَرَا عليه فإن الله هو مولاه وجبريل وصالح المؤمنين والملائكة بعد ذلك ظهير[24]
Di dalam tafsir At-Thobari diterangkan bahawa Allah, Jibril, para mukmin yang soleh serta para malaikat adalah pembantu (yang membantu) Rasulullah bagi menghadapi orang-orang yang menyakiti dan ingin berbuat jahat terhadap baginda.[25] Ayat ini adalah nas yang sorih yang membolehkan memohon pertolongan dari Jibril, para malaikat, ulama’ dan para mukmin yang soleh. Selain itu, terdapat juga hadis yang menyokong kenyataan ini:
ما روي عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إن لله ملائكة في الأرض سوى الحفظة يكتبون ما يسقط من ورق الشجر، فإذا أصاب أحدكم عرجة بأرض فلاة فليناد أعينوا عباد الله"[26]
وقد ثبت أن رجلا أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال له: أريد مرافقتك في الجنة، فقال عليه الصلاة والسلام: "أعِنّي على نفسك بكثرة السجود."[27] أي العبادة
Inilah dalil-dalil yang menetapkan bahawa memohon bantuan (madad) dari Allah melalui perantaraan hamba-hambaNya yang soleh serta wali-waliNya yang muttaqin adalah perkara yang dibolehkan lagi disyariatkan. Dan kesemua ini bergantung kepada niat dan i’tiqad seseorang.
Jangan fikir kamu sahaja ado dalil. Kami pun ado dalil.
BEZANYA
Kami tak mengkafirkan orang Islam atas perkara khilafiyah. SEBAB kami sibuk mengIslamkan orang kafir atas perkara aqidah.

No comments:
Post a Comment