
AMALAN NI DARI HADIS DHOIF .... Betul Ke ? Sejak bila kau jadi pentahqiq dan pentakhrij hadis ? PART 1
Akhir-akhir ini, negara Malaysia makin panas. Orang yang TAK PERNAH diuji keupayaannya dalam mentakhrij dan mentahqiq hadis, mengaku dirinya pakar hadis. Lalu menimbulkan isu-isu furu' dan khilafiyah untuk mencari populariti.Maka sifatnya yang tabdi', takfir dan tasybih dizahirkan.
Isu-isu yang dibangkitkan ternyata telah SELESAI dibahaskan sejak lebih 1000 tahun yang lalu. Tetapi kerana inginkan populariti, inginkan gah dan jolokan "SAYA PUBLIC FIGURE", maka isu furu' dan khilaf dicari, lalu dilontarkan ke tengah masyarakat untuk dijadikan isu panas yang bakal melonjak namanya.
"Hadis ini hadis dhoif !!!" ... katanya. Bila ditanya, dhoif sebab apa ? Dia sendiri tergagap, buka Ipad dan mula google.
Hebat .... Belajar dengan Syeikh Google, sudah boleh jadi pentakhrij hadis.
"Amalan ini bida'ah, Imam Syafie sendiri yang cakap" ..... KATA DIA .... bila kita tanya, "Kau dah habis khatam berapa banyak kitab Imam Syafie ? " .... Dia terlopong. Tahulah kita bahawa dia tak pernah belajar pun kitab Imam Syafie, hanya taqlid buta kat cakap-cakap orang jahil. MEMALUKAN.
Maka di sini saya sertakan satu tulisan berdasarkan kuliah di Madrasah Al-ulum Ad-diniah Al-usmaniah Pondok Tanjung Kapur Kedah.
Kamu ingat kamu sahaja ada dalil ??? KAMI PUN ADA DALIL DAN DALIL KAMI LEBIH JELAS. Itu pun kami tak macam kamu yang membida'ahkan, mensyirikkan, menyesatkan, mengkafirkan dan menerakakan orang atas perkara khilafiyah. Sebab kami lebih suka mengIslamkan orang atas perkara aqidah.
Kamu serang,KAMI TERANG.
Ringkasan PANAS dari tok guru pondok berkaitan :
1. HADIS DOIF DI SISI PANDANGAN AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH
2. QASIDAH mohon bantuan Rasullullah adalah SYIRIK?
3. KENDURI TAHLIL ARWAH BUKAN DARIPADA AJARAN ISLAM ?
Ada orang yang membid’ahkan amal ibadat yang berdalilkan hadis dhaif. Pendapat seperti ini adalah keliru dan mengelirukan orang lain, dan juga kesalahan besar.
Hadis dhoif bukan hadis maudok, hadis yang dibuat-buat, tetapi hadis yang lemah sanatnya, bukan hadis ini tidak benar, bukan hadis bohong kerana asalnya daripada Nabi juga.
Hadis yang dikatakan dhaif atau lemah ini ialah darjatnya kurang sedikit dari Hadis Sohih atau Hassan. Hal ini dapat dicontohkan umpamanya kepada sebuah hadis dari Nabi kemudiann turun kepada Mansor turun lagi kepada Zaid turun lagi kepada Khalid dan akhirnya turun kepada Ibnu Majjah atau Abu Daud.
Ibnu Majjah atau Abu Daud membukukan hadis ini dalam kitabnya, kalau orang yang bertiga tersebut iaitu Mansur, Zaid dan Khalid terdiri daripada orang baik-baik, dengan erti baik perangainya, soleh orangnya, tidak pelupa hafalannya maka hadis itu dinamakan hadis sohih. Tetapi kalaulah ketiganya atau salah seorangnya terkenal dengan akhlaknya yang kurang baik umpama pernah makan dijalanan, pernah buang air kecil berdiri, dan serta pernah lupa hafalan, maka hadis ini dinamakan hadis dhoif.
Pada hakikatnya hadis semacam ini daripada nabi juga tetapi sanadnya kurang baik, bukan hadisnya kurang baik.
Dan lagi seperti hilang salah seorang dari rawinya. Umpama seorang tabiin yang tidak berjumpa dengan nabi mengatakan : berkata rasullullah pada hal ia tidak berjumpa dengan nabi hadis ini dinamakan hadis mursal, iaitu hadis yang dilompatkan ke atas, tanpa melalui jalan, hadis ini dhoif juga. Dan banyak lagi yang menyebabkan jadi hadis dhoif atau lemah.
Berkenaan memakai hadis dhoif untuk dijadikan dalil terdapat perbezaan pendapat antara imam-imam mujtahid iaitu :
1. Dalam mazhab Shafie hadis dhoif tidak dipakai bagi menegakkan hukum tetapi di pakai untuk dalil bagi fadhoilul a’mal. Fadhoilul a’mal ialah amal ibadat yang sunat-sunat yang tidak bersangkut dengan orang lain seperti zikir, doa, tasbih, wirid dan lain-lain.
Hadis mursal jugak tidak dipakai pada hukum-hukum dalam mazhab Shafie kerana hadis mursal juga hadis dhoif tetapi dikecualikan mursalnya seorang tabiin Said Ibnu Musaib
2. Dalam mazhab Hambali lebih longgar, hadis dhoif bukan sahaja dipakai dalam fadhoilul a’mal tetapi jugak dalam menegakkan hukum dengan syarat dhoifnya tidak keterlaluan
3. Adapun dalam mazhab Abu Hanifah, hadis dhoif awla daripada rokyi (fikiran)
Di sini kita Nampak bahawa imam-imam mujtahid memakai hadis-hadis yang dhoif itu untuk dalil kerana hadis itu bukan hadis yang dibuat-buat hanya lemah sahaja sifatnya, oleh itu tidak betul kalau dikatakan hadis dhoif itu dikatakan bid’ah atau sesat.
• Tersebut didalam syarah kitab Azkar Nawawi bernama Al-Futuhat Ar-rabbaniah Ala Azkar Nawawiah m/s 82 & 83 juz pertama, ulama telah iktifak, ijmak dan sepakat membolehkan dan disunatkan beramal pada fadhilat amal menakutkan dan menakutkan dengan hadis dhoif selama tidak maudhuk. Jadi masalahnya kerana apa kita suka orang keluar daripada ijmak ahli sunnah waljamaah kepada perndapat yang bukan-bukan.
• Hadis dhoif boleh diamalkan dengannya fadhilat amal seperti kata sheik Ibnu Hajar dalam Tanbihul Akyar. bermula hadis dhoif itu hujjah kepada segala fadhilat amal dengan ittifak ulama seperti tersebut dalam syarah Muhazzab.
Kalau kita gariskan, hadis itu terbahagi kepada empat :
1. Hadis sohih
2. Hadis hasan
3. Hadis dhoif
4. Hadis palsu
Hadis sohih ialah hadis yang matanya dan sanadnya dipandang daripada segala seginya tidak cacat sanad (si rawi) orang baik-baik, soleh, tidak buat dosa besar atau dosa kecil, akhlak terpuji, maruah tidak tercela, hafalan kuat, tidak pelupa, antara satu sanad dengan satu sanad tidak putus-putus, berjumpa sezaman dan tidak mursal dan lain-lain syarat di pegang teguh oleh imam-imam hadis.
Seperti mana tersebut dalam kitab mustolahah hadis.
• Pertama sohih iaitu yang berhubung sanatnya tidak shatt (ganjil) pelik, tidak cacat.
• Meriwayat orang adil (soleh taat) kuat hafalan, tidak pelupa, dipercaya hafalan dan tulisannya. Sarah baiquniah 15,16,17.
• Hadis Hassan ialah hadis yang sanadnya kurang sedikit dari yang sohih. Hadis Hassan terbahagi kepada dua :
1. Hassan lizatihi – Hassan batang tubuhnya
2. Hassan liqairihi – Hassan kerana sokokngan dan bantuan
* Menurut ulamak ahli hadis dan istilah ilmu hadis bahawa hadis sohih, hadis Hassan lizatihi dan hadis Hassan liqoirihi diambil untuk menjadi dalil hokum fekah (sarah baiqunah halaman 25)
* ketiga, hadis dhoif iaitu hadis yang sifat sanadnya jauh kurangnya dari sifat rawi (sanad) hadis Hassan. Umpamanya rawinya tidak kuat hafalan, suka pelupa, akhlak tidak begitu baik, umpama suka makan dijalanan, makan di pasar, kencing berdiri, antara satu sanad dengan satu sanad hilang, kurang taat, selalu buat dosa kecil dan banyak lagi sifat tercela.
Semua ini menjadi hadis dhoif
Berkata baiquni “dan tiap-tiap hadis kurang darjatnya dari darjat hadis Hassan maka dinamakan dhoif, hadis dhoif terbahagi berbagai-bagai macam”
Ringkasan oleh :
Ustaz Haji Sobri Bin Osman,
Pondok Tanjung Kapur, Jitra Kedah.
No comments:
Post a Comment