Friday, 20 June 2014

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah : Sama' Part 17 17 November 2011 at 11:59

Ilmu Tauhid : Sama' Part 17

17 November 2011 at 11:59

Sama’ ertinya Mendengar.  Adapun hakikat Sama’ itu iaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat ALLAH Ta’ala, maka dengan Dia mendengar segala yang mawujud sama ada yang mawujud itu Qadim atau Muhadas. Adapun mawujud yang Qadim iaitu dzat dan Sifat-Nya, maka mendengar Ia akan Kalam-Nya yang tiada berhuruf dan bersuara, dan yang muhadas iaitu sekalian alam ini maka mendengar Ia akan segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi, maka tiada terdinding  pendengarannya oleh sebab jauh atau tersembunyi. Sifat Mendengar ALLAH Taala ini adalah sifat yang terbuka bagi ALLAH akan sesuatu dari maujudat yakni segala yang ujud. Erti sifat terbuka ini ialah dengan sifat itu ALLAH Taala tiada terdinding yakni tiada terhalang oleh sesuatu. Maka ertinya tidak ada sesuatu pun yangdapat menghalang ALLAH Taala dari mendengar segala sesuatu.


Adapun mendengar ALLAH Taala itu tidak dengan alat atau bantuan barang perkakas. Contohnya mendengar ALLAH Taala tidak dengan bantuan alat pendengaran. Dan tidak juga dengan telinga atau dengan cuping telinga, atau dengan gegendang dalam telinga. Maka mendengar ALLAH Taala tidak dapat diumpamakan melainkan tamthil untuk mendapatkan kefahaman sahaja. Ertinya ALLAH Taala mendengar dengan zatNya Yang Mendengar sesuai dengan KemuliaanNya.


Lawannya Sumum, ertinya pekak atau tuli iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia pekak atau tuli kerana jikalau Ia pekak atau tuli niscaya tiadalah dapat Ia memperkenankan seruan makhluk-Nya padahal Menyuruh Ia kepada sekalian makhluk-Nya dengan meminta seperti firman-Nya dalam Al Qur’an ertinya mintalah olehmu kepadaKu nescaya Aku perkenankan.


Maka menerimalah aqal kita wajib bagi ALLAH Ta’ala bersifat Sama’ dan mustahil lawannya Sumum, pekak atau tuli, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wALLAHu sama’un ‘alimun, ertinya ALLAH Ta’ala itu yang mendengar dan yang mengetahui . Tetaplah dalam Hakikat Sama’ itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al ALLAH Ta’ala.

  • Sama’ ALLAH Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan pekak.
  • Sama’ ALLAH Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan pekak.
  • Sama’ ALLAH Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.
  • Sama’ ALLAH Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat ALLAH Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.
  • Sama’ ALLAH Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

ANDA PENING ? Hehehehe

OK …. Jom kita bahaskan menggunakan bahasa pasar. Hehehehe

Sifat yang kesebelas daripada sifat-sifat ALLAH yang wajib kita tahu secara terperinci itu ialah sifat sama'. Sama’ ini bahasa Arab yang mana dalam bahasa Melayu bererti Mendengar.  Sama’ itu ertinya mendengar iaitu satu sifat yang wajib bagi ALLAH dengannya terang dan nyata bagi ALLAH tiap – tiap sesuatu samada sesuatu itu bersuara atau tiada.Terang dan nyata sifat sama’ (pendengaran) ALLAH itu lain dari terang dan nyata sifat ilmu.Pendengaran ALLAH itu tidak dapat dihalang oleh jauh atau oleh sesuatu penghalang.Bahkan sama sahaja bagi ALLAH terang dan nyata samada jauh atau dekat , samada ada penghalang atau tidak. ALLAH mendengar tidak dengan menggunakan anggota atau alat pendengaran seperti telinga dan lain – lain. Pendekata pendengaran ALLAH itu adalah pendengaran yang hakiki dan maha sempurna.

Lawan kepada sifat sama’ itu ialah summun ertinya tuli atau pekak atau yang semakna dengannya seperti ALLAH mendengar dengan telinga atau pendengaran ALLAH dapat dihalang oleh penghalang seperti jauh dan sebagainya. Mustahil ALLAH itu bersifat dengan segala yang demikian itu wajib kita percaya ALLAH bersifat mendengar dengan pendengaran yang sempurna.

Dalil sama’

Dalil naqlinya firman ALLAH Taala :
Surah Taaha ayat 43 – 46
سُوۡرَةُ طٰه

ٱذۡهَبَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُ ۥ طَغَىٰ (٤٣) فَقُولَا لَهُ ۥ قَوۡلاً۬ لَّيِّنً۬ا لَّعَلَّهُ ۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ (٤٤) قَالَا رَبَّنَآ إِنَّنَا نَخَافُ أَن يَفۡرُطَ عَلَيۡنَآ أَوۡ أَن يَطۡغَىٰ (٤٥) قَالَ لَا تَخَافَآ‌ۖ إِنَّنِى مَعَڪُمَآ أَسۡمَعُ وَأَرَىٰ (٤٦)


Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya. (43) Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut. (44) Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami atau dia akan melampau batas. (45) Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (46)

Surah Al Mujadalah ayat 1 :

سُوۡرَةُ المجَادلة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّتِى تُجَـٰدِلُكَ فِى زَوۡجِهَا وَتَشۡتَكِىٓ إِلَى ٱللَّهِ وَٱللَّهُ يَسۡمَعُ تَحَاوُرَكُمَآ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٌ (١)


Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Begitulah antara dalil naqli yang terkandung dalam Al Quran.


Dalil aqli bagi ALLLAH Taala ialah jika ALLAH tidak bersifat mendengar nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu pekak.Adalah pekak itu sifat kekurangan.Mustahil ALLAH itu bersifat kekurangan wajib kita percaya ALLAH itu bersifat kesempurnaan iaitu mendengar. Jika Dia tidak mendengar jadilah ia pekak atau tuli. Pekak atau tuli adalah sifat kelemahan. Jika ALLAH bersifat lemah ia mustahil sama sekali. Peka dan tuli adalah sifat kelemahan bagi makhluk dan mustahil bagi ALLAH Taala.

Takluk sifat Sama’ :  Adapun takluk sifat Sama yakni mendengar ALLAH Taala iaitu tiga takluk, Pertama takluk patut pada azali ertinya seklian yang di dalam IlmuNya yang patu dijadikan itu didengarNya. Kedua takluk ketentuan pada azali ertinya sesuatu yang sudah ditentukan oleh IlmuNya akan dijadikanNya itu juga didengarNya. Dan ketiga takluk tunai setelah dijadikan maka didenganrNya juga.

Ini satu masalah  :  Jika mengikut kewajaran kejadian, apabila dikatakan mendengar tentulah ia kepada suara. Soalan: Apakah takluk Sama’ ALLAH Taala hanya kepada suara sahaja? Jawab: Jika dikatakan takluk Sama’ ALLAH Taala kepada hanya suara, ia adalah dhaif dan melemahkan ALLAH Taala serta merendahkan Kesempurnaan-Nya. Maka haruslah melihat semula ta’rif yakni definisi Sama’ iaitu sifat yang terbuka bagi-Nya akan sesuatu. Maka takluk bagi Sama’-Nya juga takluk kepada selain dari suara iaitu makhluk dan zatNya sendiri. Cuma akal hanya dapat memikirkan bahawa takluk umum Sama’ ALLAH Taala ialah kepada suara.


Kuching, Sarawak
16 November 2011
5: 17 pm

No comments:

Post a Comment