Kepada yang tidak tahu, maka saya maklumkan bahawa ALLAH yang memberi rezeki kepada seluruh makhluk di langit dan di bumi termasuklah kita. Ayuh kita menimba ilmu, dan amalkan. Agar kita tahu dan kenal jalan mana yang ahrus ditempuh. Agar kebahagiaan di dunia dan di akhirat di kecapi.
Kepada yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu atas sentimen asobiyyah, maka saya nasihatkan kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Untuk apa kita berjuang demi kemenangan di dunia tetapi kita tewas di akhirat ? Insaflah, akhirat juga yang kekal abadi.
Surah Al Ankabut : Ayat 60 : Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, ALLAH JUALAH YANG MEMBERI REZEKI kepadanya dan kepada kamu dan DIA-lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Ankabut : Ayat 62 : ALLAH MEMEWAHKAN REZEKI bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA di antara hamba-hamba-NYA dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Surah Saba’ : Ayat 39 : Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan DIA juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya dan DIA-LAH JUA SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI.

No comments:
Post a Comment