Dari KLIA saya ke Seremban bertemu Ustaz Hashim Ahmad dalam program dakwahnya. Saya bertolak dari Seremban ke Tampin agak lewat malam. Melalui jalan lama tak bertoll. Seremban - Senawang - Sungai Gadut - Pedas - Chembong - Rembau - Tampin. Kiri kanan hutan. Jam 1.00 am. Jalan lama yang gelap tak berlampu. Sendirian di jalan raya. Bertemankan tasbih sambil berwirid. Memandu secara santai 60km/hour di tengah malam buta.
Seingat saya, saya sampai di simpang Kendong jam 2.00 am. Dari jauh saya nampak ada sebuah motosikal kapcai di hadapan. ALHAMDULILLAH ... bisik hati saya. .... Ada juga teman malam2 buta ni.... Lantas saya melajukan kereta memotong motosikal tersebut. .... Saya semakn hampir. Dari belakang saya dapat melihat seorang lelaki mennggang motosikal. Saya dapat melihat, dari belakang, si penunggang ada membawa barangan dihadapannya. Dan kelihatan motosikal tersebut gerakannya tak stabil. Mengantuk barangkali.
Sewaktu kereta saya memotong dan beriringan dengan motosikal tersebut, saya terkejut. Saya nampak seolah2 penunggang motosikal itu membawa anak kecil di dalam bakul raga motosikal kapcainya. ... Selepas memotong, saya perlahankan kereta agar motosikal itu memotong saya bagi membolehkan saya mendapat kepastian kedua. ... Seperti dijangka, motosikal tersebut memotong kereta saya perlahan dan saya menapat imbasan kedua .... BENAR ... si penunggang motosikal itu membawa anak kecil di dalam raga hadapan.
Saya terfikir ... Buat apa dia menunggang motosial membawa anak yang sedang tidur, yang punggung dan kaki anak di dalam bakul, kepalanya pula terlentuk di lengan ayahnya pada malam-malam buta begini ? ... Lantas saya memecut, memotong kembali motosikal tersebut hinggalah saya menghentikan kereta ditepi jalanraya dan menunggu motosial berkenaan. Lantas saya tahan dan menghentikan motosikal berkenaan.
Saya : Assalamualaikum. Maaf bertanya. Encik hendak ke mana ? Saya lihat ada anak kecil dalam bakul motor. Malam-malam pulak ni ? Kalau perempuan jalan malam2 bawa budak kecil, sendirian, orang kata pontianak. Encik ni lelaki, naik motosikal.
Penunggang : Maafkan saya Tuan. Saya duduk XXXXX. Saya nak hantar anak saya ke kampung di YYYYY.
Saya : Kalau hantar waktu siang tak boleh ke ? Kesianlah anak kecil. Tempat awak dengan kampung tu jauh. Dari Tampin ni pun ada kat 40 km lagi nak sampai.
Penunggang : Maaf Tuan. Saya kerja am aje. Isteeri saya sakit. Masuk wad hospital Seremban pukul 10 lebih tadi. Anak saya tak ada orang jaga. Saya terpaksa hantar anak balik kampung. Tinggal dengan nenek.
Saya : Hantarlah esok pagi. Kesian kat anak tu. Satu lagi, bahaya menunggang motosikal macam mni, sendirian, waktu malam2 buta.
Penunggang : Saya kerja am saja encik. Saya dah tak ada cuti sebab dah habis jaga isteri saya sakit. Kalau saya amik cuti, kena potong gaji. Sekarang kos hidup tinggi, barang2 mahal. Nak hantar anak nursery pun tak mampu. Terpaksa hantar balik kampung (katanya sayu dan seolah2 nak menangis).
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Moral of the story :
1. Inilah antara wajah masyarakat yang jarang2 kita temui. Mungkin sebab itu Khalifah Umar Al Khattab ra, Khalifah Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi berjalan malam untuk melihat wajah sebenar masyarakat.
2. Bersyukurlah jika anda bukan berada di dalam "kasut" si penunggang motorsikal itu. Namun mengucapkan ALHAMDULILLAH belum memadai untuk memperbaiki, menyantuni dan berkhidmat kepada masyarakat. Zahirkanlah ikram muslimin yang dimiliki oleh para sahabat radhiyallahuanhum. Agar kita saling sayang menyayang dan bantu membantu.

No comments:
Post a Comment