Saturday, 28 June 2014

BURUK SANGKA (SU'UDZON) 15 April 2013 at 15:11

BURUK SANGKA (SU'UDZON)

15 April 2013 at 15:11


BURUK SANGKA (SU’UDZDZON)

Firman ALLAH SWT :

"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan-kesalahan orang lain. Sukakah salah seorang diantara mu memakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai, maka tentulah kamu merasa jijik. Bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha menerima taubat lagi maha penyayang." (QS. Al-Hujurat : 12)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘AlaihiWa Aalihi Wasallam :

"Jauhilah oleh mu prasangka,sesungguhnya prasangka itu pendusta benar (sedusta-dusta pembicaraan). Dan janganlah kamu mendengar rahsia orang, jangan mengintip aib orang, jangan tambah menambahi harga untuk menipu,jangan saling mendengki, benci membenci dan jangan pula bermusuhan. Jadilah kamu hamba ALLAH yang bersaudara". (HR. Abu Daud dari Abdullah binMaslamah).

Buruk sangka dalam bahasa Melayu. Su’udzon dalam bahasa Arab.

Namun keduanya membawa maksud yang sama. Iaitu salah satu sifat mazmumah dalam diri manusia. Melalui sifat mazmumah inilah syaitan masuk ke dalam hati manusia dan membisikkan kemungkaran dan maksiat.

Kerana seorang berburuk sangka dengan seorang yang lain, maka wujud pula mazmmah mengadu domba. Dari mengadu domba timbul perselisihan dan pertengkaran. Hilanglah kasih sayang.

Kerana berburuk sangka, amal kebajikan yang dibuat oleh seorang yang lain, walau halal di sisi syariat ALLAH, diletakkan sebagai suatu perkara yang haram di sisi dirinya sendiri. Sedar tidak sedar, si buruk sangka sudah menggadaikan aqidahnya kerana perasaan iri hati. Yang dicari bukan lagi keredhaan ALLAH, tetapi yang dicari adalah keredhaan makhluk dan dunia.

Kerana berburuk sangka, pencapaian seseorang dalam ibadah dinafikan hanya semata-mata si buruk sangka gagal melaksanakan perkara yang sama.  Terserlah ketidak ikhlasan dalam diri.

Dan di akhir perlakuan sifat mazmumah ini akan melahirkan permusuhan sesama sendiri, hilang kasih sayang, hilang sifat bantu membantu. Natijah akhirnya adalah dosa, dan di akhirat ALLAH memberikan balasan neraka.

Dalam Islam, ada tiga ilmu yang wajib di pelajari oleh setiap muslim yang berakal.

1.    Ilmu Tauhid untuk mengenal ALLAH, Rasul dan hal ehwal berhubung kait dengan rukun iman.
2.    Ilmu Fiqih untuk mengenal peraturan ALLAH dalam ibadah, munakahat,muamalat dan jenayah. Kenal akan hukum halal dan haram.
3.    Ilmu Tasawwuf untuk mengenal adab kepada ALLAH dan adab kepada manusia.Ianya membirakan persoalan hati yang menjadi rebutan antara iman dan hawanafsu. Ianya menyentuh akan sifat-sfat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah.

Sebagai orang yang mengaku beramal dengan wirid zikir tareqat, ilmu tasawwuf adalah synonym dengan amalan tersebut. Zikir dan wirid tareqat adalah senjata untuk mendidik hati agar mampu membuang sifat mazmumah dalam proses takhalli sambil mengindahkan hati dengan sifat mahmudah dalam proses tahalli agar terserlah akhlak mulia dek natijah tajalli.

Adalah sesuatu yang menghairankan andainya orang yang mengamalkan zikir wirid tareqat yang fungsinya untuk mengubat hati, tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.

Ramai orang yang mengamalkan zikir wirid tareqat,tetapi terserlah sifat iri hatinya, terserlah sifat sombong dan angkuhnya,terserlah sifat buruk sangkanya.

Di mana silapnya ?

Segala-galanya bermula dengan niat.

Maka tanyalah mereka, apakah niat mereka beramal ?

Apakah kerana hendak kehebatan ? atau ...
Hendak masuk alam ghaib ? atau ....
Hendak glamour ? .... atau .....
Hendak kuasa ? .... atau ....
Hendak dunia ? ..... atau ....
Hendak mendapat keredhaan ALLAH SWT ?

Jika hendak mendapat keredhaan ALLAH SWT, maka hendaklah disusuli pula dengan menuntut ILMU SYARIAT dan mengamalkannya.

Su'udzon berasal dari kata"zhan" yang ertinya prasangka, biasanya diarahkan kepada sangka yang buruk atau istilahnya Su'udzon lawan dari husnudzon ertinya berbaiksangka. Su'udzon boleh diumpamakan pada saat ada seseorang yang menyangka atau berfikir yang buruk kepada orang lain. Hal ini dapat merosak persaudaraan dan tali silaturahim, kerana dapat menimbulkan yang namanya fitnah,dan fitnah tersebut dapat merugikan orang lain sehingga hal ini sangat ditentang dalam Islam.

Sebagai umat islam kita harus memiliki sifat husnudzon atau berbaik sangka kepada orang lain, hal ini dapat menimbulkan rasa saling menghormati dan menghargai antara sesama makhluk ALLAH (manusia).


Kita pun diwajibkan untuk saling bersaudara, mengapa? Kerana bersaudara akan menambah sikap saling tolong menolong kita, sesama manusia kita tentunya saling memerlukan, bersaudara merupakan jalan untuk mengurangi permusuhan, bersaudara itu boleh bermacam-macam bentuknya, dan berikut ini adalah hal-hal yang perlu dijaga untuk mencapai persaudaraan :

1) Jangan berburuk sangka (su'udzon), menyangka-nyangka tanpa bukti dan hanya kira-kira saja tanpa diselidiki, sebab dengan berprasangka buruk dapat mengakibatkan permusuhan dan keretakan persaudaraan.

2) Suka mendengar-dengar rahsia kawan atau orang lain, jauhilah rasa untuk ingin mengetahui rahasia orang lain yang tidak baik, hal ini pun dapat menimbulkan fitnah.

3) Suka mengintai-intai atau mencari-cari dan membicarakan aib orang lain, dicari-cari kesalahannya agar ada bahan untuk diadu dombakan agar orang yang diintai memperoleh celaka, sebab tak suka orang lain senang.

4) Suka menambah-nambah harga dalam jual-beli untuk menipu, atau menawar lebih tinggi dari orang lain sedang ia sendiri tak jadi beli.

5) Saling mendengki, iri hati,tak suka orang lain memperoleh kenikmatan, atau nikmat orang lain agar hilang sekali, biar pun ia sedang tak mendapat nikmat yang besar.

6) Bermarah-marah, hanya kerana sebab kecil yang tak disukai, yang kalau tidak dapat dilerai timbullah permusuhan.

7) Saling bermusuhan.

Tujuh perkara inilah yang perlu kita jaga agar tidak menghingap pada diri kita, atau dalam kata lain kita harus menjauhi sikap-sikap seperti diatas agar terwujudnya persaudaraan yang kental dan indah. Menjauhi sikap Su'udzon sesungguhnya sangat penting bagikita.

Sebab- Sebab Su’udzon

1.    Orangyang berburuk sangka itu mempunyai niat yang buruk. Tidak ikhlas. Tidak senang perkara kebaikan tercetus dari pihak lain.

2.    Orangyang berburuk sangka itu tidak terdidik untuk menggunakan kaedah yang benar dalam menghukum sesuatu perkara. Kaedah tersebut adalah:
a.      Melihat segala sesuatu dari lahiriyahnya dan membiarkan batiniahnya menjadi urusan ALLAH.
b.    Selalu bertindak berdasarkan bukti-bukti yang zahir beserta saksi.
c.     Mempastikan kebenaran bukti-bukti tersebut.
d.    Bukti-bukti tersebut tidak saling bertentangan antara satu dengan yang lainnya.

3.    Orang yang berburuk sangka itu hidup di dalam kalangan lingkungan masyarakat yang buruk akhlaknya.

4.    Orang yang berburuk sangka itu mengikuti hawa nafsu.

5.    Terjatuh dalam masalah syubhat.

6.    Tidak memperhatikan adab-adab Islam dalam berkomunikasi. Adab komunikasi adalah:
a.     Tidakdiperbolehkan berkomunikasi berdua dan lebih baik bertiga
b.    Pembicaraanhendaknya dalam kebaikan dan ketaatan.

7.    Orang yang berburuk sangka mengabaikan masa kini yang baik dan hanya terpaku pada masa lalu yang buruk.

Cara Mengatasi Su’udzon

1.    Membangun aqidah yang benar yang berpegang di atas prinsip husnudzon pada ALLAH,Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin.

2.    Melakukan tarbiyah dalam rangka mengokohkan aqidah dalam diri.

3.    Membiasakan diri untuk komitmen dengan adab-adab Islam di dalam menghukumi segala sesuatu.

4.    Menjauhkan diri dari masalah-masalah syubhat.

5.    Berusaha untuk berada dalam lingkungan yang baik.

6.    Mujahadah dan berusaha untuk mengendalikan hawa nafsu dan syahwat.

7.    Menilaiperlakuan manusia dengan realiti sekarang dan bukan masa lalunya.

8.    Senantiasa membaca buku-buku sejarah orang-orang yang soleh.


PESANAN IMAM AL GHAZALI

1)Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2)Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada ALLAH SWT berbanding dengan diri kita sendiri.


3)Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding kita.

4)Apabila bertemu dengan orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan.Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5)Jika melihat orang jahat jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin di suatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan.

6)Apabila bertemu dengan orang kafir,katakanlah didalam hati,bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH SWT dan akan memeluk islam,maka  segaladosa mereka akan diampunkan oleh ALLAH SWT.


Masjid Pusara Aman
14 April 2013
4.10 am

No comments:

Post a Comment