Sunday, 29 June 2014

Debat Pelajar Ahlus Sunnah Wal Jamaah VS Wahabi Salahpi Part 6

DEBAT PELAJAR Ma'ahad Ahmadi VS ITTIBA SUNNAH PART 6

PIS : Saudara menuduh kami s ebagai mujassimah, musyabihah, sesat dan kafir apabila kami menetapkan ALLAH mempunyai dua tangan, ALLAH mempunyai tangan kanan, ALLAH tempatnya di langit. Sedangkan ajaran Asya'irah sendiri mengatakan ALLAH bertempat, iaitu di syurga. Kenataan Asya'irah ini berdasarkan Surah Al Qiyamah ayat 22 dan ayat 23.

وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (٢٢) إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya. (23)

Tidak pula ajaran Asya'irah mentakwilkan ayat-ayat tersebut. Tidakkah ini suatu perbuatan hipokrit yang diajar oleh ajaran Asya'irah kepada penyembeh-penyembah Asya'irah ?

PMA : ANDA SALAH LAGI !!! Dan kali ini, anda membuktikan anda membuat TIGA kesilapan dalam satu kenyataan. Sebab itu saya katakan. Berikanlah saya masa untuk menghuraikan ajaran aqidah salaf yang selaras dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti ilmu yang di susun oleh Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi.

Kesalahan pertama anda, menuduh kami yang mengatakan aqidah anda menjisimkan ALLAH Ta'ala. BUKAN kami yang fatwakan. Kami, berpandukan ilmu aqidah yang disusun oleh Imam Abu Hassan Al Asy'ari, mengatakan ALLAH Ta'ala itu sama sekali TIDAK MENYAMAI dengan apa-apa pun. Berdasarkan dalil dari Al Quran Surah Asy Syuraa ayat ke -11.

فَاطِرُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ أَزۡوَٲجً۬ا‌ۖ يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِ‌ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

DIA-lah yang menciptakan langit dan bumi; DIA menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan bagi binatang-binatang itu, dengan jalan yang demikian dikembangkan-NYA, zuriat keturunan kamu semua. TIADA SESUATU APA PUN YANG SEBANDING DENGAN-NYA , Zat-NYA, sifat-sifat-NYA dan pentadbiran-NYA dan DIA-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Secara tidak langsung, ayat ke-11 dari Surah Asy Syuraa ini menjadi dalil kuat, ALLAH Ta'ala sama sekali tidak sama dengan makhluk dan kita dapat pengajaran kepada dua perkara iaitu :

1. Pertama, melarang memegang makna yang zahir bagi ayat-ayat mutasyabihat.

2. Kedua, menganjurkan tafwidh atau takwil ke atas ayat-ayat mutasyabihat.

Oleh itu, apabila kamu memegang makna zahir ayat-ayat mutasyabihat dan menetapkan sifat malah menetapkan ZAT bagi ALLAH Ta'ala, dari sudut hukum akal, anda SENDIRI mengaku bahawa aqidah anda meletakkan sifat-sifat kelemahan dan menetapkan zat ALLAH Ta'ala sebagai BUKTI NYATA aqidah anda adalah tajsim dan tasybih. BUKAN KAMI kata. Anda sendiri mengaku.

Kesalahan kedua anda dalam kenyataan anda ialah, BUKAN kami yang memfatwakan aqidah tajsim wal tasybih ini sesat dan kafir, TETAPI fatwa ulamak-ulamak SALF sendiri. Antaranya Imam Hanbali rahimahullah, Imam Tohawi rahimahullah, Imam Malik rahimahullah, Imam Syafie rahimahullah, MALAH Imam Bukhari rahimahullah, Imam Muslim rahimahullah, Imam Ibnu Hajar Al Asqalaniy rahimahullah, Imam Ibnu Hajar Al Haitami rahimahullah dan Imam Nawawi rahimahullah juga memfatwakan aqidah tajsim dan tasybih yang mengatakan ALLAH Ta'ala tempatnya di langit, ALLAH Ta'ala ada tangan tetapi tangan ALALH Ta'ala tak sama dengan tangan makhluk, adalah sesat dan kafir, seperti saya datangkan hujjah di awal perbahasan kita.

Bukan saya yang kata aqidah tajsim dan tasybih anda sesat, kafir dan terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Tetapi ulamak salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang memfatwakan begitu. Saya hanya menyampaian kepada anda.

Kesalahan ketiga, ialah anda menuduh aqidah salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah menetapkan tempat bagi ALLAH Ta'ala di syurga berdasarkan surah Al Qiyamah ayat ke-22 dan ayat ke-23.

Cuba anda baca betul-betul ayat dari surah tersebut.


(23) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (22) إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya di syurga. (23)

Dalam ayat tersebut, JELAS, NYATA, TIDAK TASYBIH, ALLAH berfirman, orang-orang mukmin MELIHAT ALLAH Ta'ala di syurga. Melihat dengan menempat, dua perkara yang BERBEZA.

PIS : Apa yang saudara cuba twist ? Cakap macam orang mabuk.

PMA : Saya tidak twist. Saya tidak mabuk. Saya hanya mengatakan sesuatu yang nyata. Dalam ayat tersebut dinyatakan orang mukmin melihat ALLAH Ta'ala. Bukan mengatakan ALLAH Ta'ala ada dalam syurga. Awak sebenarnya yang saya rasa lemah dalam memahami bahasa, maka anda salah faham.

PIS : Fahaman Asya'irah mengatakan melihat ALLAH di syurga. Sekali gus menetapkan tempat bagi ALLAH di dalam syurga.

PMA : Seperti saya nyatakan. Anda SILAP. Dan saya akan membuktikan, anda silap berdasarkan ilmu tauhid Sifat 20 iaitu ilmu tauhid salaf Asya'irah Wal Maturidiyah.

Berdasarkan dalil dari Al Quran Surah Asy Syuraa ayat ke -11.

فَاطِرُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ أَزۡوَٲجً۬ا‌ۖ يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِ‌ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

DIA-lah yang menciptakan langit dan bumi; DIA menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan bagi binatang-binatang itu, dengan jalan yang demikian dikembangkan-NYA, zuriat keturunan kamu semua. TIADA SESUATU APA PUN YANG SEBANDING DENGAN-NYA , Zat-NYA, sifat-sifat-NYA dan pentadbiran-NYA dan DIA-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

ALLAH tidak bertempat kerana ALLAH Ta'ala sama sekali tidak sama dengan makhluk yang ada tempat. Jadi bagaimana pula dengan surah Al Qiyamah ayat 22 dan 23 ?

Jawapannya mudah saja.

Apakah sukan yang anda gemari ?

PIS : Pastinya bola sepak.

PMA : Tentu anda pernah dengar nama Michael Ballack ?

PIS : Ya, beliau dari pasukan German.

PMA : Benar, bel;iau telah membantu pasukan negaranya untuk masuk ke final piala EURO 2008. Sayangnya pasukanya tewas kepada Spain. Spain 1, Germany 0. Gol Spain dijaringkan oleh Fernando Torres.

PIS : Apa kena mengena Michael Ballack dengan usaha anda menafikan ALLAH di syurga oleh ajaran Asya'irah ?

PMA : Adakah anda menonton perlawanan Final Euro 2008 ?

PIS : Ya, saya menonton perlawanan Euro 2008.

PMA : Adakah anda lihat Michael Ballack dan Fernando torres bermain dalam perlawanan tersebut ?

PIS : Ya, mereka bermain dalam perlawanan tersebut. Fernando Torres menjaringkan gol.

PMA : Awak menipu. Awak seorang penipu.

PIS : Saya tidak menipu. Saudara yang cuba memutar belitkan hujjah.

PMA : Anda menipu, EURO 2008 diadakan perlawanannya di Vienna, Austria. Michael Ballack dan pasukan Germany bermain menentang Fernando Torres dan pasukan Spain. Mana boleh anda menonton perlawanan tersebut di Kuala Pilah ? Anda bertiga dan semua pelajar di sekolah anda adalah PENIPU.

PIS : Kami menonton perlawanan tersebut dari mula hingga akhir.

PMA : Bagaimana anda menontonnya ? Perlawanan di adakan di Vienna.

PIS : Kami menonton melalui TV.

PMA : Adakah Michael Ballack, Fernando Torres itu ADA di Kuala Pilah ?

PIS : Saudara ini gilakah ? Mereka di Vienna. Bukan di Kuala Pilah.

PMA : Tadi anda juga yang berkata, awak menonton mereka di Kuala Pilah. Saya tidak gila. Awak yang gila.

PIS : Michael Ballack, Torres, EURO 2008, semuanya di Vienna. Kami menonton perlawanan di Kuala Pilah melalui kaca TV.

PMA : Bolehkah anda ceritakan, anda melihat Michael Ballack dan Fernando Torres di kaca TV, awak buka dan pecahkan kaca TV, tak jumpa Michael Ballack dan Fernando Torres dalam TV tersebut yang berukuran mungkin 32 inci. Boleh ceritakan kepada saya, mengapa Micahel Ballack dan Fernando Torres di Vienna tak boleh datang ke Kuala Pilah melalui kaca TV ?

PIS : Hana orang gila yang akan bertanya begitu.

PMA : Itulah jawapannya, ALLAH Ta'ala TIDAK BERTEMPAT, tetapi orang mukmin akan melihat zat ALLAH Ta'ala di syurga. Bukan bermakna ALLAH Ta'ala itu di dalam syurga. Orang yang mengatakan ALLAH Ta'ala bertempat, adalah orang gila atau orang yang sesat atau orang yang jahil murakkab.

Anda mengaku anda melihat Michael Ballack dan fernando Torres di kaca TV, dan anda mengatakan Michael Ballack dan Fernando Torres tidak ada dalam kaca TV, ada di Vienna.

TV adalah buatan manusia dan dikilangkan di kilang TV. Manusia adalah ciptaan ALLAH Ta'ala.

Anda sendiri tidak dapat dan tidak mampu menjawab manusia yang anda lihat dalam kaca TV di Kuala Pilah, mengapa tak boleh berada di Kuala Pilah.

Jadi bagaimana anda boleh membuat kesimpulan, orang mukmin melihat zat ALLAH Ta'ala yang tidak bertempat itu di syurga, anda terus menyimpulkan ALLAH Ta'ala di dalam syurga ?

ALLAH tidak bertempat, namun orang mukmin dapat melihat ALLAH Ta'ala di syurga.

Bidalannya, Michael Ballack adalah ciptaan ALLAH Ta'ala dan bertempat di Vienna, tapi peminat bola sepak mampu melihat mereka di Kuala Pilah, walau pun mereka di Vienna,

Maka ALLAH Ta'ala yang menciptakan manusia dan tidak bertempat, boleh sahaja dilihat zat-NYA di syurga oleh orang beriman.

Bukankah itu suatu sifir yang mudah bagi mereka yang berakal ?

LINK

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 1 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=731784316833203&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=1&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 2 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=732161653462136&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=1&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 3 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=734891733189128&set=pb.100000049233947.-2207520000.1391226506.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 4 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=738850592793242&set=pb.100000049233947.-2207520000.1392891112.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 5 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=742554039089564&set=pb.100000049233947.-2207520000.1392891718.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI ITTIBA'SUNAH PART 6 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=748805221797779&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=3&theater )

SEBARKAN dan TAGG KAWAN-KAWAN

To Be Continue .....
 — with Mohd Hanif and 49 others.

No comments:

Post a Comment