Sunday, 29 June 2014

Debat Pelajar Ahlus Sunnah Wal Jamaah VS Wahabi Salahpi Part 2

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA'SUNNAH PART 2

Pelajar Madrasah Ahmadiah memulakan hujahnya.

PMA : Saya akan menjawab persoalan anda berdasarkan ilmu Tauhid Asya'irah dan Maturidiyah, atau orang Melayu kita dari Bani Jawi kenali sebagai ilmu Sifat 20.

Apa itu Tauhid ?

Kalau ditanya kepada saya, saya akan jawab secara santai dengan tidak memberatkan fikiran. Tauhid diambil dari perkataan WAHID iaitu ESA. Maka Ilmu Tauhid ialah ilmu yang mengesakan ALLAH Ta’ala. Esa dari segi zat, dari segi sifat dan af’al.

Dari mana ambilan ilmu Tauhid ini ?

Ada orang kata, ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Asy'airah dan Maturidiyah ini diambil dari falsafah Yunani. BETUL KE ?

Saya berani mengatakan bahawa ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asy'airah dan Maturidiyah ini adalah bersumberkan Al Quran dan Sunnah, selaras dengan aqidah salaf dan aqidah yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Alihi Wassallam dan para sahabat. Maka sumbernya tidak lain dan tidak bukan dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Bukan dari falsafah Yunani.

Apa bukti Ilmu Tauhid ini BUKAN dari falsafah Yunani ? Mudah sahaja. Cuba anda tanya, dari kitab Yunani mana yang ada menyebut sifat-sifat ALLAH Ta'ala ? Dari kitab Yunani mana yang ada menyebut sifat-sifat bagi para Nabi dan Rasul seperti yang ada dalam ilmu Tauhid Sifat 20 ? Saya yakin, awak dari Ittiba' Sunnah pun tak boleh nak jawab. Malah saya juga yakin, MAZA, Fathul Bari, Asrie Sobrie malah Al Bani pun tak boleh hendak jawab dan buktian. Jika tidak dapat membawa bukti, ini sudah jadi fitnah. Fitnah adalah dosa yang lebih besar dari membunuh. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam tak pernah memfitnah. Maknanya fitnah ini adalah bida'ah dhalolah yang sesat dan masuk ke neraka.

Apa bukti Ilmu Tauhid ini dari Al Quran dan Sunnah ? Mudah sahaja ... Setiap sifat-sifat bagi ALLAH Ta'ala yang dibahaskan, WAJIB baginya dalil dari Al Quran atau Sunnah. Contohnya ... sifat Wajib bagi ALLAH yang keempat ialah Mukhalafatuhu lil hawadis, maknanya bersalahan ALLAH Ta'ala dengan segala yang baharu. Bahasa pasarnya ... ALLAH Ta'ala tak sama dengan apa pun yang ada kat dunia ni. Dalil Al Quran bagi sifat Mukhalafatuhu Lil Hawadis ialah Surah Asy Syuura ayat 11.

ALLAH Ta’ala berfirman dalam Surah Asy Syuura ayat 11.

لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَئٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيرُ

"......ALLAH SWT itu tiada seperti seumpama "sesuatu" apa pun dan DIA Amat Mendengar lagi Amat Melihat."


Adakah Surah Asy Syuura ayat 11 itu dari kitab Yunani ? Berani awak atau MAZA atau Fathul Bari atau Asrie Sobrie mengatakan Surah Asy Syuura ayat 11 itu adalah Falsafah Yunani ? Jika tak berani di mana asasnya awak memfitnah ilmu Tauhid Asya'irah dan Maturidiyah itu dari falsafah Yunani ?

Saya tanya anda sekali lagi. Tahukah anda bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam TIDAK PERNAH memfitnah dan perbuatan fitnah adalah bida'ah dhalolah. Adakah anda mahu menjadi ahli bida'ah ?

Tahukah anda bahawa penyusun Ilmu Tauhid ini adalah Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi ? Mungkin anda kata, Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi hidup selepas zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dan para sahabat Radhiyallahuanhum. Maka seolah-olah Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi memperkenalkan ilmu aqidah atau ilmu tauhid yang baru. Benarkah begitu ?

Saya akan jawab dan buktikan bahawa Ilmu Tauhid Al Asy'ariah wal Maturidiyah ini adalah ilmu aqidah Salafussoleh dan ilmu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Anda menyatakan Ilmu Tauhid Asya'irah dan Maturidiyah bukan dari aqidah salaf dan kerana di zaman salaf tak ada ilmu Tauhid Sifat 20 (Asya'irah dan Maturidiyah). Betulkah ?

Apakah SALAF ? Siapakah SALAF ? ... ayuh kita rujuk kepada hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari di juzuk Kitab Fadhilat Sahabat.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam :

Sebaik-baik kamu adalah di kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang mengikutinya. Kemudian baginda Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam menyambung : Kemudian akan ada selepas mereka kaum yang bersaksi tanpa di minta menjadi saksi, yang akan mengkhianat dan tidak beramanah, yang berjanji tetapi tidak memenuhinya dan kegemukan (sifat tamak) akan kelihatan pada mereka.

Dari hadis Imam Bukhari, sebaik-baik umat iaitu golongan salafussoleh adalah mereka yang hidup di kurun kehidupan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam, di kurun selepas itu, dan di kurun yang mengiringinya. Satu kurun bersamaan dengan 100 tahun. Maknanya golongan salafussoleh adalah mereka yang hidup sekitar 300 tahun dari kehidupan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.

Imam Abu Hassan Al Asy'ari lahir di tahun 260 Hijrah. Maknanya beliau hidup sekitar 300 tahun di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Maknanya Imam Abu Hassan Al Asy'ari sendiri adalahs alah seorang salafussoleh.

Imam Abu Mansur Al Maturidi lahir ditahun 242 Hijrah. Maknanya Imam Abu Mansur Al Maturidi juga hidup sekitar 300 tahun di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Imam Abu Mansur Al Maturidi juga adalah salah seorang salafussoleh.

Mana lebih salaf ? Antara Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi dengan Mohamad Abdul Wahab An Najdi, Nasiruddin Al Bani, MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie ?

Jika hendak jadi SALAFI, maka ikutilah Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi, bukan mengikut manhaj orang yang membenci kedua-dua Imam salafussoleh itu.


Terus-terang dan ikhlas saya nyatakan. Jika disuruh membuat pilihan sama ada hendak mengikut Imam Abu Hasan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi .... ATAU ... mengikut Mohamad Abdul Wahab An Najdi, Nasiruddin Al Bani, MAZA, Fathul Bari atau Asrie Sobrie. .... Saya akan memilih Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi, KERANA :

1. Pertama, Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi adalah salafussoleh, sedangkan Mohamad Abdul Wahab An Najd yang lahir sekitar tahun 1700, Nasiruddin Al Bani, MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie mereka hidup jauh dari zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam, dan mereka BUKAN salaf walau pun mereka mengaku salaf.

2. Kedua, Ilmu Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi lebih hampir dengan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.

PIS : Awak mengatakan Al Asy'ari dan Maturidi hidup pada 250 Hijrah. Apakah awak menuduh orang yang hidup sebelum Asy'ari dan Maturidi itu bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah ?

PMA : Sabar saudara. Saya belum habis. Awak bertiga diberi masa 45 minit. Awak menggunakan lebih dari masa yang diberi tanpa sebarang gangguan. Maka berilah saya masa yang adil tanpa gangguan dan tidak menyampuk, untuk menjawab dan menyanggah fahaman aqidah awak bertiga.

Imam Abu Hassan Al Asy'ari dilahirkan pada tahun 260 Hijrah dan Imam Abu Mansur Al Maturidi lahir pada tahun 242 Hijrah. Timbul pertanyaan, Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi menyusun Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada tahun 260 Hijrah, APAKAH orang yang hidup sebelum lahirnya Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi BUKAN Ahlus Sunnah Wal Jamaah ?

Jawapannya mudah lagi senang.

Al Quran yang diturunkan wajib dibaca dengan tajwid yang betul. Saat diturunkan, tulisan huruf Al Quran TIDAK berbaris dan TIDAK bertitik. Di zaman kehidupan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam tidak ada lagi ilmu qiraat atau ilmu tajwid di susun.

TAHUKAH ANDA bahawa huruf-huruf Al Quran mula diberikan titik dan baris serta disusun ilmu qiraat pada kurun ke 3 Hijrah oleh Imam Abu 'Ubaid Al Qasim ? Tahukah anda ilmu Tajwid pertama disusun pada hujung ke 3 hijrah oleh Imam Abu Muzahim Al Haqqani ?

Al Quran, huruf-huruf dalam mushaf mula diberi titik dan baris serta disusun ilmu qiraat oleh Imam Abu 'Ubaid Al Qasim pada pertengahan kurun ke 3 Hijrah. Apakah kita boleh kata para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam serta para tabi'ien tidak tartil membaca Al Quran ?

Ilmu Tajwid Al Quran mula disusun pada hujung kurun ke 3 Hijrah oleh Imam Abu Muzahim. Apakah kita boleh kata para sahabat Rasulullah Shallalahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam tidak tartil membaca Al Quran ?

Sebenarnya, para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dan tabi'ien membaca Al Quran dengan tartil. Ilmu Tajwid, Ilmu Qiraat disusun bagi memudahkan orang yang terkemudian macam kita untuk membaca Al Quran.

Begitu juga dengan Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al Asy'ariah wal Maturidiyah. Bukan bermakna para sahabat dan tabi'ien itu tidak beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Tetapi ilmu tauhid itu disusun untuk memudahkan kita yang akhir zaman ini mengenali aqidah yang benar yang selaras dengan aqidah salaf yang selaras dengan aqidah yang di ajar oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.

Maudhu' Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asy'airah wal Maturidiyah adalah pada empat tempat bahasan.

1. Pertama : Pada zat ALLAH Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagi-NYA, Sifat-sifat yang mustahil atas-NYA dan sifat yang harus pada-NYA.

2. Kedua : Pada zat Rasul-rasul dan Nabi-nabi dari segi sifat-sifat yang wajib bagi-nya, Sifat-sifat yang mustahil atas-nya dan sifat yang harus pada-nya.

3. Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.

4. Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam, seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.

Ilmu yang amat tersusun, bersumberkan Al Quran dan Hadis, mudah di fahami dan sistematik. Berdasarkan kepada empat perkara ini nanti, maka pelajar yang mempelajarinya akan dapat mengenal ALLAH Ta'ala, kenal dan cintakan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dan kenal akan para Rasul dan Nabi. Kenal dan tahu tentang Hari Kiamat serta tanda-tandanya, berlaku sabar dan redha dengan Qadha dan Qadar dari ALLAH Ta'ala.

LINK

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 1 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=731784316833203&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=1&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 2 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=732161653462136&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=1&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 3 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=734891733189128&set=pb.100000049233947.-2207520000.1391226506.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 4 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=738850592793242&set=pb.100000049233947.-2207520000.1392891112.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 5 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=742554039089564&set=pb.100000049233947.-2207520000.1392891718.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI ITTIBA'SUNAH PART 6 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=748805221797779&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=3&theater )

SEBARKAN dan TAGG KAWAN-KAWAN



To Be Continue .................

KESIMPULAN PENYUSUN
1. Tauhid Ilmu Sifat 20 = Ilmu Tauhid Asy’airah Wal Maturidiyah adalah ilmu tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan oleh Salafussoleh.

2. Ilmu Tauhid ialah ilmu untuk mengesakan ALLAH Ta’ala.

3. Sumber ilmu Tauhid Al Asy’airah dan Maturidiyah adalah dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

4. Ada tempat tempat yang perlu dibahaskan dalam Ilmu tauhid bagi mempelajari, memahami meyakini dan beriman dengan ALLAH Ta’ala sebagai Tuhan yang hanyasanya layak disembah iaitu :

1. Pertama : Pada zat ALLAH Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagi-NYA, Sifat-sifat yang mustahil atas-NYA dan sifat yang harus pada-NYA.

2. Kedua : Pada zat Rasul-rasul dan Nabi-nabi dari segi sifat-sifat yang wajib bagi-nya, Sifat-sifat yang mustahil atas-nya dan sifat yang harus pada-nya.

3. Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.

4. Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam, seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.
 — with Mohd Hanif and23 others.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hujjah yang keliru lagi mengelirukan. Ibarat hendak lari dari mulut buaya masuk ke mulut singa. Ibarat hendak memancing sendiri kena pancing lepas tu tak dapat nak lepas kan diri.

    ReplyDelete