Tiada yang berhajat kepada sesuatu tempat melainkan makhluk. Allah wujudnya tanpa tempat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
اللهم أنت الاول فليس قبلك شئ وأنت الآخر فليس بعدك شئ وأنت الظاهر فليس فوقك شئ وأنت الباطن فليس دونك شئ اقض عنا الدين واغننا من الفقر .
“Ya Allah, Engkaulah Dzat Yang Maha Awal, maka tiada sesuatu sebelum-Mu. Engkaulah Dzat Yang Maha Akhir , maka tiada sesuatu setelah-Mu. Engkau lah Dzat Yang Maha Dzahir maka tiada sesuatu di atas-Mu dan Engkau lah Dzat yang Maha Bathin maka tiada sesuatu di bawah-Mu.
Berkata al-Hafiz al-Baihaqi di dalam Asma' wa al sifat, sebahagian daripada sahabat kami mengambil hadith ini sebagai dalil untuk menafikan Allah itu bertempat. Sekiranya tidak ada bagi Allah itu atas-Nya sesuatu dan tidak juga ada di bawah-Nya sesuatupun, maka sudah tentulah Allah itu tidak bertempat.
Imam Abu Mansur al baghdadi di dalam al Farq baina al-Firaq: Ahlu sunnah wal jamaah telah bersepakat bahawa Allah tidak diliputi oleh sesuatu tempat dan tidak berlalu ke atas-Nya suatu masa.
Imam At-Tohawi sendiri berkata dalam matan kitab Aqidah Tohawiyah beliau:
"Maha Suci Allah dari sebarang posisi/sudut/arah (al-jihhat as-sitt) yang enam..."
Maknanya jelas, menurut beliau, Allah s.w.t. tidak dibatasi oleh mana-mana tempat, tidak tertakluk dengan mana-mana sudut tempat seperti (1)atas (2) bawah (3) kiri (4) kanan (5) depan (6) belakang...

No comments:
Post a Comment