Saturday, 28 June 2014

Hukum Membina Binan Di Atas Kubur 20 April 2013 at 22:49

Hukum Membina Binan Di Atas Kubur

20 April 2013 at 22:49

 
Nabi SAW iaitudaripada Jabir bin Abdullah RA katanya: “Rasulullah saw melarang daripada mengkapurkan kubur (binaan), duduk di atas dan membuat binaan di atasnya.”(Riwayat Muslim)

Bahkan baginda pernah memerintah Ali Bin Abi Talib RA untuk meratakan mana-mana kubur yang ditemuinya ada binaan. Baginda berpesan kepada beliau: “Jangan tinggalkan apa-apa patung berhala melainkan kamu mengubahnya dan jangan tinggalkan mana-mana kubur yang ditinggikan melainkan kamu meratakannya.” (Riwayat Muslim)

Maka ramailah para jemaah Haji dari gugusan nusantara ini terkejut apabila sampai di Madinah. Mereka lihat, maqam Rasulullah SAW di bina dalam binaan yang besar dan di dalam Masjid Nabi. Malah jasad Saiyidina Abu Bakar As Siddiq ra dan Saiyidina Umar Al Khattab ra juga dibina binaan di atasnya di dalam masjid.

Apakah Saiyidina Abu Bakar As Siddiq ra, Saiyidina Umar Al Khattab ra, Saiyiidan Usman bin Affan ra dan Saiyidina Ali bin Abu Talib ra tergolong dalam golongan AHLI BIDAAH kerana membiarkan jasad Rasulullah SAW dikuburkan dalam binaan yang besar dan di dalam masjid ?

Maha suci ALLAH, keempat-empat khulafar ar rasyidin itu adalah sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga. Sebaliknya Wahabi itulah Ahli Bidaah Yang nyata.

Bagi pelajar dari gugusan nusantara bila mereka ke Mesir, mereka dapati .... maqam Imam Syafie mempunyai binaan, di dalam masjid lagi. Berhampiran maqam Imam Syafie juga di dalam masjid, terdapat juga maqam Imam Zakaria Al Ansori. Imam Zakaria Al Ansori adalah seorang ulama hadis yang hebat. Guru kepada Zakaria Al Ansori ialah Imam Ibnu Hajar Asqalaniy. Sementara murid kepada Imam Zakaria Al Ansariy adalah Imam Ibnu Hajar Al Haitami. KESEMUA imam-imam yang tersebut, kuburan mereka mempunyai binaan.

Mereka adalah ulamak hebat dan ahli hadis. ADAKAH MEREKA AHLI BIDAAH kerana mempunyai binaan atas kuburan mereka sebagaimana fatwa Wahabi?

Malah jika ke Uzbekistan, menziarahi maqam Imam Bukhari, kuburan Imam Bukhari juga ada binaan yang besar.
Maha Suci ALLAH, imam-imam tersebut BUKAN Ahli Bidaah.Sebaliknya Mohamad Abdul Wahab Al Wahabiy dan pengikut fahamannya sebenarnya Ahli Bidaah yang nyata sesat lagi menyesatkan.

TETAPI ... bagaimana pula dengan hadis Rasulullah SAW diatas ?

Apakah Saiyidina Abu Bakar ra, Saiyidina Umar ra, Saiyidina Usman ra, Saiyidina Ali ra, dan para-para sahabat Rasulullah SAW, serta imam mujtahid dan muhaddith seperti Imam Syafie, Imam Zakaria Al Ansari, Imam Ibnu Hajar Al Asqaliniy, Imam Ibnu Hajar Al Haitami dan Imam Bukhari MENENTANG sabda Rasulullah SAW ?

Jawapannya : TIDAK. Sebab kesemua mereka adalah hamba ALLAH yang faham dengan sabdaan Rasulullah SAW.

Maka ayuh kita lihat perbahasan ulama berdasarkan ILMU yang dikuasai oleh para alim ulamak.

Terdapat KHILAF di kalangan para ulamak MUJTAHIDIN (bukan orang-orang yang baca Quran tajwid tak betul tapi berlagak macam ulamak)berkenaan binaan di atas kubur.

Pendapat Pertama : HARAM membina binaan di atas kuburan. Berdasarkan hadis :

Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَنَهَى أَنْ يُبْنَى عَلَى الْقَبْرِ
“Sesungguhnya Nabi–sallallahu ‘alaihi wasallam-menegah dari membuat binaan di atas kubur” (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang sahih). 


عن جابر رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قال: نهى رَسُول اللَّهِصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه. رَوَاهُمُسْلِمٌ.
“Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya” (RiwayatImam Muslim dari Jabir –radhiyallahu ‘anhu-).

Tetapi apa yangberlaku ke atas kubur Rasulullah SAW sendiri, kubur para sahabat RasulullahSAW, serta kubur  imam mujtahidin dan imam muhaddith nampak percanggahan dengan hadis Rasulullah SAW. Jadi bagaimana?

SEBAB ITU KENA ADA ILMU. Jangan main hentam keromo, suka hati tok nenek buat fatwa. Kena tengok mengapa Rasulullah SAW cakap macam tu. Kena periksa dengan mustalahulhadis, tengok dari sudut nahu saraf dan lain-lain ilmu Islam. Jangan tengok makna zahir sahaja.

Jika digunakan ILMU dalam mentafsir hadis, maka boleh disimpulkan seperti berikut, sebagaimana kesimpulan yang dibuat oleh Imam As Syafie rahmatulla alaihi dalam Kitab Al Umm dalam bab Jenazah.


” ورأيت من الولاة (بمكة) من يهدم ما يبنى فيها ولم أرفقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس “
“ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”


Katanya lagi:

 ” فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهمأو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمهلئلا يحجر على الناس “
 “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanahyang dimiliki oleh  orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisioleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatubinaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidakdimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegahorang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

TIMBULSOALAN. Binaan yang bagaimana yang diharamkan ?

Ulama dalam mazhab Syafie memperjelaskan apa yang dimaksudkan binaan yang dimaksudkan oleh Imam Syafie rh.

Secara dasarnya, ada tiga hukum yang diperbahaskan iaitu HARUS, MAKRUH dan HARAM.

Ketiga-tiga hukum itu terhasil berdasarkan dua situasi.

a.    Status tanah sama ada tanah persendirian atau tanah sabil/wakaf.
b.    Status jenazah sama ada orang awam, ulama,syuhada, wali ALLAH atau para nabi dan Rasul.

Apa kata ulama mazhabSyafie ?

Ibnu Hajar Al Haitami dalam kitabnya Fatawa  Kubra dalam bab Jenazah.


” ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض علىمن يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابونفتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم “
“Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Ini adalah binaan yang HARAM. Mengapa haram ?Kerana :

a.     Menyempitkan tanah perkuburan.
b.    Menghalang jenazah lain untuk dikebumikankerana tiada ruang di tanah perkuburan.

Oleh itu, jika tidak menyempitkan tanah perkuburan dan tidak menghalang jenazah lain untuk ditanam kerana tiada ruang di tanah perkuburan, APA HUKUMNYA ?

Dalam mazhab Syafie, jika tanah perkuburan ituadalah  MILIK PERSENDIRIAN, maka  hukumnya adalah MAKRUH membina binaan di atas kuburnya.

Dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :

” (ويكره تجصيص القبر والبناء) عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبعأو هدم سيل لم يكره “
Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”


Dalam kitab Hasyiah, AsSyarwani mengatakan :


” أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غيرالمسبلة “
Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan (tanah perkuburan milik persendirian)

Dalam kitab Tuhfah bab Jenazah,Ibnu Hajar menulis :



” قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وانانمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتيفي الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك “
“ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubursahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkankuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya.

Pendapat merekadikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”

BAGAIMANA PULA JIKA DITANAH PERKUBURAN BERSTATUS WAKAF ?

Di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan, haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi,wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanya binaan seperti simen, marmar dan lain-lain dimana binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.


Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah (jili 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح ) ketika membahaskan larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain. Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.. Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.

Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan SyeikhRamli itu ialah hanya binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar, bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:
” والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها “
Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan  ditempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”

TETAPI .. jika tanah wakaf tersebut disediakan petak-petak khas lianglahad yang besar secara khusus, maka terpulang kepada ahli keluarga untukmembina binaan di atasnya. Hukumnya diharuskan.

Akan halnya dengan kuburan para Nabi, para sahabat Nabi, para wali ALLAH, para syuhada dan para ulama yang soleh. Ada pendapat keharusan membina binaan di atas kubur mereka KERANA jasad mereka KEKAL UTUH dan tidak hancur/

Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Aus ibn Aus RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: 

“Sesungguhnya, di antara hari yang paling mulia bagi kalian adalah hari Jumaat; pada hari itu diciptakan Adam RA, pada hari itu juga nyawa Adam AS dicabut, hari itu jugalah ditiup sangkakala dan pada hari itu jugalah semua makhluk dimatikan. Maka perbanyakkanlah salawat ke atasku pada hari tersebut. Sesungguhnya salawat kalian dibentangkan kepadaku.” Mereka bertanya, “Bagaimanakah salawat kami itu boleh dibentangkan kepadamu, sedangkan kamu telah pun binasa.” Maka Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad-jasad para nabi.” (Ibnu Majah, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dengan sanad yang SAHIH)

Maka ketahuilah bahawa hadis, “Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad-jasad para nabi.”, diriwayatkan dari banyak jalan; sepertimana yang telah dikumpulkan oleh al Hafiz al Munziri di dalam bahagian yang khusus. Beliau berkata di dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib: Bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang baik. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban di dalam kitab Sohihnya. Manakala al-Hakim mensohihkannya.

Ibnu Qayyim berkata di dalam Kitabnya al-Ruh yang dinaqalkannya daripada Abi Abdullah al-Qurtubi: “Adalah sohih riwayat daripada Nabi SAW, bahawa bumi tidak memamah jasad-jasad para nabi. Sesungguhnya Nabi SAW  telah berhimpun bersama mereka pada malam Isra’ di Baitul Maqdis dan juga di langit, teristimewanya bersama Nabi Allah Musa AS. Baginda SAW  juga mengkhabarkan dengan sabdanya: “Setiap Muslim (yang telah mati) apabila diucapkan salam kepadanya, maka Allah SWT akan mengembalikan ruhnya sehinggalah dia dapat menjawab salam tersebut.”

Begitu juga dengan hadis-hadis lain; yang kesimpulannya memutuskan bahawa kewafatan para nabi sebenarnya bermaksud hilangnya mereka daripada pandangan kita, iaitu kita tidak dapat melihat mereka, sekalipun mereka sentiasa wujud dan hidup. Hal ini adalah sama seperti malaikat; mereka itu hidup dan sentiasa wujud akan tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Di sini, dinaqalkan perkataan Imam al-Qurtubi yang juga telah diakui oleh Syeikh Muhammad al-Safarini al-Hanbali di dalam syarah Kitab Aqidah Ahli Sunnah sebagaimana nasnya yang berbunyi: Telah berkata Abu Abdullah al-Qurtubi: Telah berkata guru kami Ahmad ibn Umar al Qurtubi, pengarang Kitab al-Mufhim fi Syarh Muslim: Apa yang dapat menghilangkan kerumitan ini ialah kematian itu bukanlah bermaksud betul-betul tiada, akan tetapi ia bermaksud perpindahan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Hal ini dibuktikan berdasarkan keadaan para syuhada’ selepas mati dan dibunuh, mereka itu hidup dengan gembira dan diberikan rezeki di sisi Tuhan mereka.

Ini adalah sifat-sifat orang-orang yang hidup di dunia. Sekiranya hal ini berlaku kepada syuhada’, maka para nabi adalah lebih berhak dan lebih utama untuk mendapat keistimewaan ini. Imam al-Qurtubi ada menyebut, bahawa jasad-jasad para nabi tidak akan hancur ditelan zaman. Terdapat riwayat yang sohih daripada Jabir RA, bahawa bapanya dan ‘Amru ibn al Jamuh RA merupakan antara umat Islam yang terkorban syahid dalam peperangan Uhud dan mereka berdua telah disemadikan di dalam satu kubur. Namun, banjir yang melanda telah membongkar kubur mereka dan didapati  kedua-dua syuhada’ itu masih tidak berubah. Salah seorang daripada mereka mengalami luka, lalu diletakkan tangannya di tempat luka tersebut. Setelah itu, mereka dikebumikan semula dan tangannya yang terletak pada tempat luka itu diluruskan, kemudian dilepaskan. Namun, tangan itu kembali ke tempat luka tersebut sebagaimana sebelumnya. Jarak masa di antara kejadian ini dengan peperangan Uhud ialah selama 46 tahun.
Begitu juga, yang terjadi ketika mana Mu’awiyah mengadakan projek mengalirkan air ke sekitar Madinah lebih kurang 50 tahun selepas peristiwa Peperangan Uhud. Ketika kerja-kerja memindahkan jasad para syuhada’ dilakukan, tanpa disedari kaki Sayyiduna Hamzah RA terkena penyodok tanah. Lalu darah mengalir di tempat luka itu, dan didapati Abdullah ibn Haram RA seperti baru dikebumikan semalam.

Penduduk-penduduk Madinah juga meriwayatkan, ketika dinding rumah Nabi SAW roboh sewaktu pemerintahan al-Walid, mereka dapat melihat dengan jelas kaki Saiyyidina Umar ibn al Khattab RA yang telah terbunuh sebagai syahid (tidak reput dan masih kekal jasadnya seperti sediakala).

Ibnu Taimiyyah telah menyebut, bahawa ketika berlaku runtuhan dinding maqam itu, tiba-tiba terlihat jelas betis dan lutut manusia. Keadaan itu memeranjatkan Umar ibn Abdul Aziz RH. Lalu datang Urwah berkata, “Ini adalah betis dan lutut Sayyiduna Umar RA.” Maka Umar ibn Abdul Aziz RH berasa lega. (Iqtidha’ Sirat al-Mustaqim, h: 365)

Dari Kitab Al Jauhar Al Mauhub oleh Syeikh Wan Ali Kutan, Kitab Al Jauhar Al Mauhub adalah kitab syarah bagi kepada ktaab Lubab Hadis oleh Imam Jalaludin As Sayuti dan ktab Lubab Hadis adalah kitab syarah bagi Kitab Jamius Sahih Imam Al Bukhari menyebut 10 ciptaan ALLAH yang akan kekal sehingga hari Kiamat, antaranya ialah jasad para Nabi, dan jasad para syuhada. Ini adalah berdasarkan firman ALLAH SWT :



ولا تحســـــــــــــــبن الــــــــــــذين قـــــــــــــــتلوا فى ســــــــــــــــــــــبيل الله أمــــــــــواتا, بل احــــــــــــــــــــــياء عند ربــــــــــــــــــــــهم يرزقون

“Janganlah sekali kali kamu mengira bahwa orang orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rizki. (Al Baqarah, 169.)

Maka atas dasar ini di HARUSKAN membina binaan di atas kubur para Nabi, para sahabat, para wali ALLAH dan ulamak yang soleh agar kuburnya tidak di bongkar kerana jasadnya TIDAK REPUT.

No comments:

Post a Comment