Sunday 29 June 2014

Mawlidur Rasul 1435H

Hari ini adalah hari keputeraan Rasulullah SAW. Lahirnya baginda SAW menjadi rahmat kepada SELURUH alam.

Yang membenci kelahiran Rasulullah SAW hanyalah IBLIS. Dalam kitab Al Jami' Liahkam Al Quran oleh Imam Al Qurthubi, berdasarkan hadis-hadis sahih, Imam Al Qurthubi ada menulis bahawa ada 3 peristiwa yang menyebabkan IBLIS menjadi histeria, menjerit dan menangis, iaitu :

1. Ketika diturunkan surah Al Fatihah
2. Ketika orang mukmin bersalaman
3. Ketika Rasulullah SAW dilahirkan

Hari ini adalah hari kelahiran Rasulullah SAW, maka ayuhlah kita bergembira mengucap syukur kepada ALLAH Ta'ala sambil kita melafazkan selawat memuji Rasulullah SAW.

Jangan kita menjadi golongan IBlis yang membenci hari kelahiran Rasulullah SAW

Salam Mawlidur Rasul 1435H

No comments:

Post a Comment