Orang tua-tua dulu, pergi menunaikan Haji naik kapal laut. Berbulan perjalanan pergi dan balik. Dari Mekah ke Madinah dan dari Madinah ke Mekah pun makan masa berbulan. Kabilah hanya bergerak waktu malam kerana siangnya amat panas, di samping ancaman perompak di padang pasir. Namun demi kecintaan kepada Rasulullah SAW, mereka gagahkan juga bermusafir dari Mekah menuju Madinah semata-mata menziarahi Junjungan Mulia, Rasulullah SAW.
Orang tua-tua dulu juga, sebaik selesai mengerjakan ibadah Haji, mereka beramai-ramai mendaki Jabal Abu Qubais dan "melambai". ... Makna melambai ialah mereka mendoakan di Jabal Abu Qubais agar anak keturunan dan zuriat mereka dijemput oleh ALLAH ke Baitullah.
Dari mana sumber amalan ini ? .... Dari Tafsir al-Tabari, Surah al-Hajj Juz. 18 hlm.605, Cet. Darul Ma’arif
Ketika Nabi Ibrahim AS membina Kaabah atas arahan ALLAH S.W.T. dan bertawaf sebanyak tujuh kali setelah selesai melengkapkan tugasannya, ALLAH S.W.T. mewahyukan kepadanya supaya menyeru manusia untuk datang ke Baitullah al-Haram bagi mengerjakan ibadah haji. Telah terakam kisah ini sebagaimana firman ALLAH SWT:
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِي
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah TUHAN)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan~NYA kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (28)(Surah al-Hajj : 27-28)
Nabi Ibrahim bertanya kepada ALLAH S.W.T.: “Wahai TUHAN ku, sampai ke manalah suaraku? FirmanNYA: "Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan AKU akan menyampaikannya. Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais dan menyeru “Ya ibadallah (Wahai hamba ALLAH)! Sesungguhnya TUHAN kamu telah membina rumah (Baitullah) dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.” Firman ALLAH SWT: “Apa yang ada di langit dan bumi mendengarnya, tidakkah engkau melihat manusia datang dari kawasan yang sehabis-habis jauh di bumi sambil mengucap talbiah mereka?”
Maka ALLAH S.W.T. memperdengarkan seruan tersebut kepada semua makluk yang berada di bumi. Lalu dijawab oleh manusia, jin, batu, kayu, bukit-bukau, pasir, tiap yang basah dan kering daripada Masyriq (timur) dan Maghrib (barat), dan yang ada di dalam perut ibunya dan pada sulbi bapanya.
Maka orang-orang tua dahulu (mngkin antaranya adalah ayah-ayah, atau datuk-datuk atau moyang-moyang kita) bertabarruk dengan amalan ini, maka di direzekikan diri kita menjadi tetamu ALLAH SWT.
Kepada sahabat-sahabat yang masih berada di mekah. Jangan lupa bertabaruk dan "melambai" anak-anak, zuriat keturunan anda agar menjadi HAMBA ALLAH dan dijemput bertamu untuk mengerjakan ibadah Haji.
Salam Jumaat. Mohd Asri Ghapar, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Azhar Idrus, Hartati Suhaimi,

No comments:
Post a Comment