Saturday, 28 June 2014

Wahabi Mengkafirkan Ibu Bapa Rasulullah SAW

Ibu bapa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam tidak kafir :

Pernah berlaku dialog antara seorang Ustaz dengan Habib Sepelet Al Gedebey seperti berikut.

Ustaz Boh Doh : Ibu bapa Nabi kita adalah kafir. Sebab ayah Nabi mati sebelum Nabi kita dilahirkan. Ibu Nabi kita mati sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul. Maka kedua-duanya mati sebagai orang kafir.

Habib Sepelet : Maaf Ustaz. Ustaz pernah masuk ke hutan Amazon dan bertemu dengan orang2 Amzon yang masih kanibal ?

Ustaz Boh Doh : Tak pernah Habib.

Habib Sepelet : Ustaz pernah pergi ke Artic dan makan Penguin bersama-sama orang Eskimo ?

Ustaz Boh Doh : Tak pernah Habib.

Habib Sepelet : Ustaz tau tak yang orang di Amazon masih makan orang dan masih menanam anak-anak mereka hidup-hidup ?

Ustaz Boh Doh : Ana tak tahu ustaz.

Habib Sepelet : Ustaz tau tak, orang Eskimo itu meminum darah untuk memanaskan badan dan berkongsi isteri ?

Ustaz Boh Doh : Tak tahu ustaz.

Habib Sepelet : Mengapa Ustaz Tak tahu ?

Ustaz Boh Doh : Sebab Amazon dan Artik adalah dua tempat yang masih banyak belum di teroka. Internet tak ada di sana. Telefon pun tak ada di sana. Tak banyak maklumat yang sampai atau keluar dari sana.

Habib Sepelet : Benar. Jadi ramai di antara mereka yang TAK DAPAT seruan Islam. Malah tak tahu tentang Islam dan tak tahu wujudnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam.

Ustaz Boh Doh : Setuju !!! Ramai mereka tak kenal Islam, tak kenal ALLAH, tak kenal Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam.

Habib Sepelet : Jika mereka mati nanti, apakah mereka akan masuk neraka kerana mereka tak dapat seruan ?

Ustaz Boh Doh : ALLAH itu Maha Adil. Jika mereka tidak mendapat seruan, mereka tidak dimasukkan ke neraka. Jadi tanggungjawab kita menyampaikan seruan. Tapi tak ramai yang berani pergi ke tempat mereka. Mungkin juga tak ada yang berani walau jemaah Tabligh.

Habib Sepelet : Orang Amazon dan orang Eskimo sekarang, mereka hidup sesudah kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Bila mereka mati kerana tidak mendapat seruan, mereka tetap masuk syurga. APATAH LAGI, ayah dan ibu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam yang hidup dan mati sebelum kelahiran dan kerasulan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Mereka BUKAN KAFIR. Mereka adalah AHLI FITRAH. Sama seperti Abdul Mutalib nenda nabi kita. Ahli Fitrah tetap masuk syurga.

Ustaz Boh Doh melopong mulut kerana kebodohannya.

http://www.youtube.com/watch?v=MANuI8E-pAA

No comments:

Post a Comment