Saturday, 28 June 2014

Wahabi Menuduh Ahlus Sunnah Wal Jamaah SESAT

Ustaz-ustaz berfahaman WAHABI SALAH PI yang mengatakan ALLAH itu tempatnya di langit, menuduh Asy'ariah/ Maturidiyah firqah sesat, bida'ah dan masuk neraka kerana mengatakan ALLAH wujud, tidak bertempat.

Bila asatizah-asatizah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menjawab bersama dalil ILMIAH membuktikan Asy'ariah/Maturidiyah adalah selaras dengan aqidah Rasulullah SAW, kerana ADA hadis sahih Imam Muslim yang mengatakan ALLAH itu wujud tidak bertempat.

Rasulullah sallaLlahu 'alayhi wa-sallam bersabda:

اللهمّ أنت الأول فليس قبلك شيء, وأنت الاخر فليس بعدك شيء, وأنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء

Mafhumnya:

“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka TIADA suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka TIADA suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim.Isnad Sahih !!]

Hadis ini menjelaskan ALLAH TIDAK BERARAH DAN TIDAK BERTEMPAT.!!


ADA juga dalil yang membuktikan perkataan "istawa" BUKAN memberi makna duduk di atas langit, tetapi dalam ilmu lughah Arab itu sendiri "istawa" mempunyai banyak makna TANPA PERLU DITAKWIL .

Dalam kamus-kamus arab yang ditulis oleh ulama’ Ahlu Sunnah telah menjelaskan istiwa datang dengan banyak makna, diantaranya:

1-MASAK (boleh di makan) contoh:
قد استوى الطعام—–قد استوى التفاح maknanya: makanan telah masak—buah epal telah MASAK

2- التمام: sempurna, lengkap

3- الاعتدال : lurus

4- جلس: duduk / bersemayam,
contoh: – استوى الطالب على الكرسي : pelajar duduk atas kerusi -استوى الملك على السرير : raja bersemayam di atas katil

5- استولى : menguasai,
contoh: قد استوى بشر على العراق من غير سيف ودم مهراق
Maknanya: Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa menggunakan pedang dan penumpahan darah.

Al Hafiz Abu Bakar bin Arabi telah menjelaskan istiwa mempunyai hampir 15 makna.

Persoalannya, ISTIWA itu boleh sahaja diertikan dengan MENGUASAI , tanpa ditakwil dan ianya sama sekali TIDAK bertentangan dengan sifat kesempurnaan bagi ALLAH SWT. Lantas MENGAPA Wahabi Salah Pi mengambil makna yang menyamakan ALLAH dengan makhluk ? Apakah Wahabi Salh Pi memang ingin menghina ALLAH dengan sifat-sifat kelemahan ?

Sepertimana kata salah seorang ulama’ Salaf Imam at Tohawi (wafat 321 hijrah)


ومن وصف الله بمعنى من معانى البشر فقد كفر

Maknanya: barang siapa yang menyifatkan ALLAH dengan salah satu sifat dari sifat-sifat manusia maka dia telah kafir.

Seperti biasa, Wahabi Salh Pi TIDAK MAMPU hendak menjawab persoalan ini. LANTAS mereka akan block dan melabel asatizah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang mampu membuktikan kesesatan aqidah Wahabi Salh Pi sebagai AHBASH.

Hehehehe

No comments:

Post a Comment