Sunday, 7 December 2014

Imam Ahmad bin Hanbal رضي الله عنه bertabarruk dengan rambut Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Al-Hafidz adz-Dzahabi menyebut mengenai Imam Ahmad bin Hanbal رضي الله عنه bertabarruk dengan rambut Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم   dalam kitabnya Siyar al-`Alaam an-Nubala

قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ أَحْمَدَ: رَأَيْتُ أَبِي يَأْخُذُ شَعْرَةً مِنْ شَعْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَيَضَعُهَا عَلَى فِيْهِ يُقَبِّلُهَا .وَأَحْسِبُ أَنَّي رَأَيْتُهُ يَضَعُهَا عَلَى عَيْنِهِ، وَيُغَمِّسُهَا فِي الْمَاءِ وَيَشْرَبُهُ يَسْتَشْفِي بِهِ.

Telah berkata Abdullah bin Ahmad (yakni anak kepada Imam Ahmad رضيالله عنه): Aku melihat ayahku,dia mengambil sehelai rambut dari rambut Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, lalu beliau meletakkan pada mulutnya seraya mencium rambut tersebut. Aku rasa bahwa aku pernah melihatnya (yakni melihat ayahnya, Imam Ahmad رضي الله عنه) meletakkan rambut itu pada matanya, mencelupkan rambut tersebut ke dalam air dan meminumnya untuk mengharapkan kesembuhan dengannya. (maknanya adalah beliau رضي الله عنه menjadikannya sebagai wasilah (perantara), untuk tercapai maksudnya kepada Allah Ta’ala, kerana telah ada ketetapannya bahawa wasilah itu di sisi Allah Ta’ala mempunyai kelebihan – abu zahrah) -Siyar al-`Alaam an-Nubala, juz 11, halaman 212


No comments:

Post a Comment