Engku Ahmad Fadzil added 2 new photos.
Sayang kalau orang sealim Ibn Taimiyyah rahimahulLaah dikatakan tidak pernah berjumpa kisah kejadian yang diriwayatkan oleh Malik Ad-Daari tentang sahabat bernama Bilal ibn Harith Al-Muzani yang datang berziarah ke maqam RasuululLaah memohon kepada baginda (ini sekadar asbab, sebagaimana kita memohon pertolongan kepada makhluk2 Allah yang lain, kepada polis, kepada bomba, kepada doktor, kepada menteri dll adalah sekadar sebab musabbab sahaja) agar memohon hujan daripada Allah (ini adalah hakikat iaitu pertolongan sebenar adalah daripada Allah SWT) kepada ummat Baginda. TAK JUMPA BUKAN BERERTI TIADA...
عن مالكِ الدارِ قال أصاب الناسَ قحطٌ في زمانِ عمرَ بنِ الخطابِ فجاء رجلٌ إلى قبرِ النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ فقال يا نبيَّ اللهِ استَسقِ اللهَ لأمتِك فرأى النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ في المنامِ فقال ائتِ عمرَ فأقرئْه السلامَ وقلْ له إنكم مُسقون فعليك بالكيسِ الكيسِ قال فبكى عمرُ وقال يا ربِّ ما آلو إلا ما عجزتُ عنه
Kisah di atas diriwayatkan antara lain oleh Al-Khalili di dalam Al-Irsyaad dan oleh Al-Imaam Ibn Kathir di dalam Musnad Al-Faaruq dengan isnad yang elok dan kuat. Di dalam Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari pula ada disebutkan di dalam riwayat di atas bahawa lelaki berkenaan adalah Bilal ibn Al-Haarith Al-Muzani, salah seorang sahabat baginda RasuululLaah SAW.
أنَّ الذي رأى المنامَ المذكورَ هو بلالُ بنُ الحارثِ المُزنيُّ أحدُ الصحابةِ.
Luaskan pengajian, jangan mudah terpedaya dengan golongan yang mudah ingin mensyirikkan ummat Islam dengan amalan-amalan yang ada sandarannya di dalam agama, lalu mereka tutupi dan selewengkan dalil2 yang ada.
___________________________________
Berkaitan hadith "SETIAP BID'AH" pula, yang lemah bahasa Arab sebenarnya adalah mereka yang tidak dapat menerima bahawa lafaz kullu (setiap) itu ada kalanya bermaksud keseluruhan (kullu jaami') dan tidak jarang bermaksud sebahagian atau kebanyakan (kullu majmu') sebagaimana yang banyak terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith. Cukup di ruang ini satu contoh sahaja, firman Allah SWT:
Surah Al-Kahf, Ayat 79:
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang mengambil SETIAP perahu sebagai rampasan.
Sedangkan ijmak para ulama bahawa yang dirampas cuma sebahagian sahaja iaitu perahu2 yang elok dan tidak cacat sahaja.
Oleh itu tidak hairanlah ulama besar yang dianggap hujjah di dalam Bahasa Arab, Al-Imaam Muhammad Ibn Idris Asy-syafie sendiri memahami "bid'ah itu dua jenis bid'ah, apa2 yang selari dengan sunnah maka ia bid'ah yang terpuji dan apa2 yang menyalahi sunnah maka ia bid'ah yang terkeji. Kefahaman bahawa bid'ah bukan hanya satu jenis ini juga difahami oleh ramai ulama-ulama yang lain termasuk golongan Wahhabi cuma mereka tidak mahu mengakui hal ini. Wahhabi2 yang baru nak kembali kepada agama, baru belajar satu dua hadith, bahasa Arab pun lintang pukang sekadar belajar di radio ikim yang berlebih2an hendak menyalah2kan ulama-ulama besar kononnya SETIAP bid'ah itu sesat mesti KESEMUA, tidak boleh sebahagian sebagaimana yang diterangkan oleh salafus sooleh. Dalam masa yang sama mereka juga tidak menganggap SETIAP bid'ah itu sesat. Buktinya apabila dikatakan kepada mereka kalau setiap bid'ah itu sesat maka sesat lah mereka berkereta, berkomputer dan berfacebook, jawab mereka, jangan jadi bodoh, itukan semua perkara dunia, tiada masalah bid'ah sesat, yang masalahnya kalau bid'ah ibadah. Hakikatnya yang bodoh adalah mereka kerana tidak tahu bahawa dengan kata2 mereka itu mereka telah mengakui bahawa SETIAP di dalam hadith tersebut bukan lagi bermakna KESELURUHAN tetapi cuma SEBAHAGIAN. Bezanya, mereka menjadikan bid'ah dunia ok, bid'ah ibadah tidak ok sedangkan ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah menjadikan bid'ah yang tidak bertentangan dengan syarak baik dunia atau ibadat sebagai ok dan yang bertentangan dengan syarak baik dunia atau ibadat tidak ok. Pasti kayu ukur ulama2 Ahlis Sunnah yang betul kerana tiada dalil yang membuktikan bid'ah kalau membabitkan hal dunia maka ok, kalau ibadah maka ko sedangkan kebanjiran dalil bahawa sesuatu perbuatan kalau selari dengan syarak maka ok, sekiranya bertentangan dengan syarak maka tidak. Memakai anting2 dan baju kebaya adalah perkara dunia dan berdoa adalah perkara ibadah. Lelaki memakai anting2 dan baju kebaya adalah bid'ah yang tidak pernah dilakukan di zaman RasuululLaah apatah lagi oleh sahabat2 baginda yang kalau mengikut pembahagian oleh Wahhabi bid'ah kepada dunia dan ibadah adalah ok kerana ia urusan dunia dan mengikut pembahagian Ahlis Sunnah wal Jamaah adalah tidak ok kerana bertentangan dengan syarak. Seterusnya, berdoa di dalam bahasa Melayu meminta kejayaan anak2 di dalam peperiksaan PMR dan SPM misalnya adalah bid'ah kerana tidak pernah dilakukan oleh RasuululLaah SAW dan para sahabat baginda oleh itu merupakan bid'ah yang sesat kerana membabitkan ibadah mengikut kayu ukur Wahhabi dan bid'ah yang baik di sisi Ahlis Sunnah wal Jamaah kerana tidak bertentangan dengan syarak.
Apa2 perbuatan ibadah yang Nabi Muhammad SAW tidak pernah buat atau suruh mengikut kayu ukur Wahhabi adalah bid'ah sesat sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak bersikap demikian. Apabila diadukan kepada baginda perihal seorang imam yang asyik membaca surah Al-Ikhlas setiap lepas bacaan surah rakaat solat baginda tidak terus menghukum sesat kepada imam berkenaan kerana melakukan suatu amalan ibadah yang tidak disuruh atau dilakukan oleh baginda. Sebaliknya baginda siasat dahulu dan bertanya sebab kepada imam berkenaan. Jawab imam itu perbuatan beliau itu didorong oleh rasa kasih kepada surah Al-Ikhlas tersebut. Oleh kerana kasih kepada Al-Quran atau sebahagiannya tidak bertentangan dengan syarak, malah baik, maka Nabi justru memuji sahabat ini dengan kata2 baginda "kasih kamu kepada surah ini akan memasukkan kamu ke dalam syurga." Kata kamu ikut Nabi? Jangan hanya mendakwa2 sahaja... ikut lah benar2 cara Nabi Muhammad SAW.
وفقني الله وإياكم لما يرضيه ويرضاه


No comments:
Post a Comment