KULIAH DHUHA 2 MUHARRAM 1436 HIJRAH ... Hehehe
Seusai solat Subuh, selepas majlis Ta’lim baca kitab Fadhai’lul Akmal oleh Syeikh Maulana Zakariya Al Kandahlawi, terus sambung iktikaf sambil berwirid. Ada ahli jemaah yang baca Al Quran. Ada yang melipat sejadah. Ada ahli jemaah yang berzikir. Ada yang tafakur. Ada yang main smartphone. Sedang berwirid, datanglah Pak Wahab.
Pak Wahab : Hah, lepas buat bida’ah Ma’al Hijrah. 10 Muharram ni pakat-pakat jadi Syiah sambut Asyura. Tak habis-habis buat benda bida’ah.
Aku diam aje sambil mendengar orang yang mentality 1000 tahun ke belakang membebel. Aku habiskan wirid dan mula member response.
Aku : Apa masalahnya pulak ?
Pak Wahab : Kamu tu. Buat kerja bida’ah. Nabi tak pernah sambut Ma’al Hijrah. Setiap bida’ah tu sesat.
Aku : Apa makna bida’ah ?
Pak Wahab : Bida’ah ni, perkara yang diada-adakan dalam amalan. Nabi tak buat.
Aku : Kalau macam tu, Abang bapak kepada segala bida’ah. Rasulullah SAW tak duduk rumah banglo. Cer try tengok rumah Rasulullah SAW di Masjid Nabi yang sekarang menjadi maqam baginda SAW. Kecik aje. Duduk rumah mewah macam Abang tu, Rasulullah SAW tak pernah buat. Bida’ah gak tu. Rasulullah SAW juga tak ada kereta, Rasulullah SAW naik kuda dan unta.
Pak Wahab : Ohhh itu bukan ibadah. Punya rumah mewah, kereta mewah. Itu bukan ibadah.
Aku : kalau begitu, apa itu ibadah dalam definisi Abang ?
Pak Wahab : Tak ada hadis atau Al Quran mengatakan rumah besar, kereta mewah itu ibadah.
Aku : Begitu juga dalam hal ini, tidak ada pun ayat Al Quran atau hadis mengatakan berdoa pada malam 1 Muharram adalah dosa besar. Malah ALLAH sendiri menyuruh kita berdoa kepada-NYA. Surah Al Ghafir ayat 60 :
وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (60)
ALLAH mengatakan orang yang tidak berdoa sebagai takbur dan masuk neraka. Jika tidak berdoa pun sudah masuk neraka kerana takbur. Apa lagi jika menyesatkan dan membidaahkan orang yang berdoa.
Pak Wahab : Tapi kamu menjadikan ritual dalam beramal. Itu sama sekali salah dan tidak boleh.
Aku : Apa salahnya menjadikan amalan berdoa ritual. Itukan merupakan kita istiqamah beramal. Pernahkah baca Surah Hud ayat 112 :
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُ ۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa istiqamah di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (112)
Berdoa adalah suruhan ALLAH dalam surah Ghafir ayat 60. Mereka yang tidak berdoa ALLAH sifatkan sebagai orang takbur yang dijanjikan neraka. Abang bukan sahaja takbur, tetapi menyesatkan orang yang berdoa. Berat nanang ni.
Malah Abang marah orang bersikap istiqamah. Orang yang istiqamah beramal, abang samakan dengan ritual ahli bidaah. Ajaran sesat ni Bang. Nyata bertentangan dengan Surah Hud ayat 112.
Pak Wahab : Kamu ini menambah-nambah amalan dalam Islam.
Aku : Apa yang saya tambah ? Saya berdoa pada malam 1 Muharram. Sepatutnya saya berdoa setiap malam. Tetapi disebabkan iman saya lemah, saya berdoalah di waktu malam 1 Muharram, memandangkan keesokan harinya cuti, maka saya boleh qiyamul lail dan rehat-rehat keesokan harinya. Ini adalah berdasarkan usul fiqh, Jika tak boleh laksanakan semua, jangan tinggal semua. Saya tak tambah, sebab saya hanya mampu melaksanakannya pada malam hari cuti. REALITINYA, saya kurang berdoa adalah. Mana kerasionalan dan kewarasan cara Abang berfikir ? Sebab itu ramai orang pertikai PhD yang Abang dapat tu. Sebab cara berfikir Abang tu, TAK MACAM orang ada PhD.
Pak Wahab : Kamu menjadikan ianya ibadah khusus. Itu yang salah dan haram lagi bidaah dan masuk ke neraka.
Aku : Mana pulak berdoa itu ibadah khusus. Itukan ibadah fadhailul amal. Ibadah yang mendatangkan pahala SUNAT. Jika buat dapat pahala, jika tak buat tak dapat dosa pun.
Ibadah yang khusus itu adalah ibadah yang mendatangkan pahala wajib seperti solat lima waktu, puasa Ramadhan dan membayar zakat. Jika dibuat dapat pahala, jika tak dibuat ibadah khusus, dapat dosa.
Berdoa malam 1 Muharram, jika tak buat tak berdosa. Tak haram. Tak pernah lak orang yang berdoa pada malam 1 Muharram tu membidaahkan, menyesatkan, mensyirikkan dan menerakakan orang yang tak berdoa. Sebab kami semua tahu, berdoa pada malam 1 Muharram tu kalau tak buat, tak berdosa. Kalau buat, dapatlah pahala sunat. Sebab itu orang macam kami, tak kecoh-kecoh ketuk tong kosong, menyesatkan orang dengan perangai takfiri.
SEBALIKNYA, orang yang macam Abang ni sahaja yang galak membidaahkan, menyesatkan, mensyirikkan, mengkafirkan dan menerakakan orang. Konsep ibadah yang Abang pegang ni salah.
Pak Wahab : Itu kata kamu. Bagi aku, berdoa itu tetap ibadah khusus. Mengada-adakan perkara yang baharu, yang tidak dibuat Nabi adalah bidaah. Setiap yang bidaah adalah sesat. Sesat semua masuk neraka.
Aku : Apakah membaca Al Quran itu ibadah yang khusus ?
Pak Wahab : Ya. Membaca Al Quran adalah ibadah yang khusus.
Aku : Maknanya, jika menambah-nambah perkara yang baru yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW dalam pembacaan Al Quran adalah bidaah, sesat dan masuk neraka ?
Pak Wahab : Ya, benar sekali.
Aku : Jika begitu, Abang adalah bapak kepada segala Ahli Bidaah. Sebab Surah pertama yang turun kepada Rasulullah SAW adalah Surah Al Iqra dan Surah terakhir adalah ayat ketiga dari Surah Al Maaidah :
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬اۚ
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Maka oleh itu, jika membaca Al Quran itu ibadah khusus, maka membacanya wajiblah sebagaimana Rasulullah SAW menerima wahyu tersebut. maka wajiblah seseorang itu membaca Al Quran dimulai dengan Surah Al Iqara dan seterusnya berperingkat-peringkat turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW dan di khatamkan dengan ayat ke tiga Surah Al Maaidah. Barangsiapa membaca Al Quran dimulakan dengan Surah Al Fatihah di ikuti dengan Surah Al Baqarah dan seterusnya, sehingga dikhatamkan dengan Surah An Nas, maka ianya adalah bidaah dhalolah, yang sesat, yang masuk ke neraka berdasarkan ajaran Abang. Begitukah ?
Pak Wahab terus membungkam.
Aku : Sebab itu saya suruh pergi mengaji. Bukan suruh Google. Cari guru, tadah kitab bertalaqqi. Orang macam Abang inilah yang menyempitkan definisi Islam, yang mencetus perpecahan dalam masyarakat Islam dan menyuburkan fahaman liberal.

No comments:
Post a Comment