Petang tadi, bersama students dan bekas students yang muallaf, bersama-sama memasak bubur lambuk untuk juadah berbuka di madrasah.
Suasana ceria sejak tengahari lagi, sambil menyiapkan bahan-bahan untuk di masak. Melihat mereka bergotong-royong sambil bersembang dan bersenda gurau. Agak unik, apabila pertemuan dua kelompok hamba ALLAH yang mendapat rahmat ALLAH.
Satu kelompok dari kalangan anak-anak yatim fakir miskin, penghuni madrasah.
Satu kelompok, dari kalangan remaja muallaf yang "under-ground" (students dari IPTA/IPTS yang memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga mereka) yang menjadi tetamu madrasah.
Pada hari ini, kami menganjurkan iftar perdana sebelum mereka balik bercuti untuk berhari raya. Dan madrasah ini nanti, akan lengang. Hanya di diami oleh Ustaz Warden dan famili, serta anak-anak yang tinggal sebatang kara DAN remaja muallaf untuk berhari raya.
Mereka saling berinteraksi, bertanya soalan itu dan ini, sambil memotong sayur, menyiang udang, menghiris bawang, halia, rempah ratus dan lain-lain yang setiap penghujung perbualan mereka akan disudahi dengan gelak tawa.
NAMUN, seusai solat Terawikh, aku dapat rasai beberapa students muallaf ku, wajah mereka agak muram. Tidak seceria petang tadi. Lantas aku bangun dari tempat iktikaf ku dan mencuit bahu 4 orang dari mereka dan mengajak ke bilik guru.
Aku : Mengapa saya tengok kamu muram sahaja ? Kita sudah di penghujung Ramadhan. Bergembiralah. Hari lebaran dah nak tiba.
Jimmy : Sir .... katanya terhenti. Nampak bibirnya bagaikan bergetar. matanya mula menampakkan dirinya menahan air matanya agar tidak tumpah. Salah seorang sahabatnya merapatkan diri kepadanya dan mendakap. Student itu tunduk, menekup muka. Aku dapat lihat air matanya mengalir dari celah-celah jarinya.
Aku : Mengapa Jimmy ? Awak ada masalah ?
Patrick : Sir ... Ayah Jimmy sudah tahu dia masuk Islam. (sahabatnya menjelaskan kedukaan Jimmy dengan nada yang sayu)
Jimmy masih lagi menekup muka sambil menangis. Sementara tiga sahabatnya cuba menenangkannya.
Aku merenung mereka dengan perasaan sedih.
Ong : Ayah dia sudah buang dia, Sir. Semua famili sudah halau dia. Dia bukan keluarga Ow lagi.
Perlahan, Jimmy menurunkan tangannya. Perlahan mengangkat wajahnya. Kelihatan juraian air mata di pipinya. Dengan suara sedu dan sedan, Jimmy berkata.
Jimmy : Sir, saya sudah tak ada famili. Saya sudah jadi yatim piatu. ... dan dia terus menangis.
Aku sebak, perlahan aku menghampirinya dan aku peluk dan dakap tubuhnya erat-erat. Air mata ku juga mengalir.
Aku : Sabarlah Jimmy. Sabarlah. Kamu korbankan keluarga kamu demi iman dan Islam. ALLAH akan nilai pengorbanan kamu. Mulai saat ini, saya adalah ayah kamu. Pelajar-pelajar madrasah ini adalah abang-abang dan adi-adik kamu. Kamilah keluarga kamu. Andai ditakdirkan, saya sudah tiada lagi di dunia ini nanti, dan kamu keseorangan dan tidak ada sesiapa. INGATLAH, bahawa ALLAH sentiasa ada bersama kamu ......
%%%%%%%%%%
Begitulah pengorbanan salah seorang student saya yang memeluk Islam. Persis kisah Mus'ab bin Umair ra. Seorang anak hartawan, tetapi disaat ibu dan ayahnya tahu akan keislaman si anak, maka terputuslah hubungan kekeluargaan. Segala keistimewaan ditarik dari dirinya, tiada lagi wang saku, kereta mewah ditarik, malah yuran pengajian juga dihentikan. Terkontang-kantinglah si anak berbekalkan keyakinan iman berusaha untuk survive.
Inilah juga yang terjadi kepada Mus'ab bin Umair ra. Dia anak emas kepada si ibu. Disiram dengan segala kemewahan, dimanjakan. Tetapi saat keIslamannya diketahui, maka Mus'ab dihalau dan diusir. Segala keistimewaan dari keluarganya, ditarik.Sehinggakan Mus'ab hidup tidak keruan, compang-camping dan miskin.
Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah SAW. Kata-kata Rasulullah SAW mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:
“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Dan di dalam Perang Uhud, Mus'ab gugur syahid. Ketika hendak ditutup jasad Mus'ab dengan kain, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab dek kerana kemiskinannya. Keadaan jasad Mus'ab yang syahid, itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: "Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka". Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.
Peristiwa ini mengimbau kenangan aku di madrasah beberapa Ramadhan yang lalu .....
Malam itu aku berbuka puasa bersama ahli jemaah masjid. Selesai solat terawikh dan berborak dengan ahli jemaah, aku bertolak dari rumah ku menuju madrasah. Jam 11.15pm ... aku sampai di madrasah. Suasana gelap. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik yang sedang berzikir memuji kebesaran dan keagungan ILAHI.
Ustaz warden datang menyambut kedatangan ku. TAPI .... Ku pinta agar dia kembali ke sisi keluarganya, kerana aku ingin bersendirian di ruang hafazan. Aku mengorak langkah dengan hati yang sayu melangkah ke ruang asrama. Ku lihat anak-anak malang yang tidak beribu atau berbapa nyenyak diulit mimpi. Semoga ALLAH merahmati mereka dan memurahkan rezeki mereka.
Ku teruskan langkah ku menuju ke ruang hafazan dalam kegelapan malam. Ku cari sebuah sudut yang agak terpencil. Di situlah aku melabuhkan jasad ku berbantalkan lengan, bertilamkan lantai. Aku terlelap .....
Sektar jam 3am .... aku terjaga dan dapati ... dalam gelap ruang belajar ... ada kelibat beberapa pelajar sedang berqiamul lail ... mereka tak sedar kehadiran ku ... aku ada bersama mereka di ruang hafazan tersebut .. dan yang paling menghiris hati ku ... aku terdengar rintihan salah seorang dari mereka bermunajat kepada Allah di malam Ramadhan .... ....
"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ayah dan ibu ...Besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ayah dan ibu ku walau mereka tidak membesarkan aku ...
Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ayah dan ibu telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini.
Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ayah dan ibu .... aku ingin bermanja dengan ayah dan ibu ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ayah dan ibu ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ayah dan ibu ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku.
Ya Allah .... walau KAU jemput ayah dan ibu sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi
Ya Allah .... aku amat merindui ayah dan ibu ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku
Ya Allah ... aku rindu pada ayah dan ibu ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ "
Begitulah antara rintihan munajat salah seorang anak yatim di madrasah tersebut yang masih ku ingat ... sedar tak sedar ... pipi aku basah dengan linangan air mata ku ...
Wahai saudara-saudari yang ikhlas bersahabat dengan diri ku yang jahat ini .......
Marilah kita bersama-sama membuktikan sifat ukhwah Islamiah yang sering kita canangkan dan perkatakan, sama ada di email, di coretan blog, di dinding-dinding Facebook, dalam sembang2 kita dan perbualan kita. Buktikanlah rasa ukhwah Islamiah ini wujud dalam diri kita. Hulurkanlah bantuan dan sedekah jariah buat mereka, agar kedukaan mereka terubat sedikit dengan rasa kasih sayang ukhwah yang kita tunjukkan.
Sekian, selamat menempuh Ramadhan 1435H, selamat menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan 1435H semoga beroleh ijazah cemerlang di madrasah Ramadhan.
P/S - Bersama saya ada beberapa pelajar muallaf yang sudah dibuang keluarga dan merayakan Aidil Fitri buat kali pertama sebagai anak dagang. Jika Tuan/Puan ingin membuat sumbangan kepada mereka bagi meringankan ujian dalam berkorban oleh mereka demi iman dan Islam, bolehlah menyalurkan sumbangan tersebut kepada saya.

No comments:
Post a Comment