Saturday, 17 January 2015

MENJAWAB FITNAH MAZA KE ATAS KENDURI ARWAH






Kita jika kita AMANAH DENGAN ILMU, apabila kita buka kitab dan membaca tulisan penulis, hendaklah kita baca dari mula iaitu dari tajuk hinggalah habis penulisannya. Baru kita BOLEH membuat kesimpulan dari pandangan penulis. BUKANNYA, baca tajuk, tapi isi kandungan tak baca, kita terus buat kesimpulan sedangkan kesimpulan kita tu tersasar dari sebenar. Hakikatnya kita memfitnah penulis.

Malah jika begini kaedah kita membuat thesis PhD, maka sememang layak thesis PhD kita dibakul sampahkan. Sehingga terpaksa minta tolong pihak istana untuk anugerahkan PhD. ..... Cerita ni berlaku kat Afrika hehehe

Menjawab Kebatilan DR MAZA. Kamu serang. Kami terang.

Fan page MAZA sebut dalam fan pagenya mengenai perkataan Sheikh Daud al Fatani MAKRUH lagi BID'AH kenduri arwah.

Seperti biasa populis ini akan menyatakan kalam ulamak tanpa melihat pada kitab ulamak yang lain.

Kitab furu' masail (nombor 1) karangan Maulana Syeikh Daud bin Abdullah al Fathani

Tiada langsung perkataan menghukum 'bid'ah' kepada amalan kenduri arwah.

Apa yang dijawab oleh Sheikh Daud al Fathani kepada keluarga si mati MENYEDIAKAN JAMUAN dan menjemput orang ramai pada malam pertama setelah jenazah dikebumikan, selepas itu malam ketujuh, malam kedua puluh dan seterusnya malam keempat puluh adalah :

Semua perbuatan yang dinyatakan itu hukumnya adalah MAKRUH yang tercela di sisi syarak kerana syarak melarang perbuatan tersebut. (Bahkan jika si mati berwasiat supaya berbuat demikian) maka mengikut pendapat syeikh Ibn Hajar, wasiatnya tidak sah dan tidak perlu ditunaikan.

Ada sesetengah ulama memfatwakan bahawa jika wasiat menyuruh supaya memberi makan kepada orang yang datang mengucapkan takzah dikira SAH dan BOLEH dilakukan melalui 1/3 daripada harta peninggalan si mati yang berwasiat. Pendapat ini DIPERSETUJUI oleh para imam mazhab.

Walaubagaimanapun, KADANG-KADANG boleh menjadi HARAM JIKA ada WARIS YANG BELUM BALIGH atau simati meninggalkan BANYAK HUTANG.

Admin : Cuba lihat jawapan Sheikh Daud al Fathani berkisarhanya kepada MEMBERI MAKANAN, dan bukan pengisian majlis kenduri arwah keseluruhannya seperti berzikir, bertahlil, membaca doa, membaca sebahagian ayat al Quran.

1. Pengisian kenduri arwah seperti berzikir, bertahlil, membaca sebahagian daripada al Quran dan berdoa tidak dilarang oleh Sheikh Daud al Fathani.

2. Sheikh Daud Al Fathani tidak menyebutkan bid'ah sesat kepada kenduri arwah.

3. Sheikh Daud Al Fathani memberikan perincian mengenai kaedah pemberian makanan kepada orang yang datang. Ada yang menjadi makruh, ada yang dibolehkan bahkan DIPERSETUJUI oleh para imam mazhab, dan ada yang haram.

4. Di dalam Mazhab Asy Syafie, Imam asy Syafie, Imam an Nawawi dan ramai ulamak di dalam mazhab ini menerima pembahagian bid'ah kepada dua atau lima (menurut Imam Izzuddin bin Abdissalam).

5. Al-Imam Asy-Syafi’I rahimahullah membenarkan jiran tetangga atau kerabatnya membuat makanan bagi keluarga si mati dengan berkata :
وَأُحِبُّ لِجِيرَانِ الْمَيِّتِ أو ذِي قَرَابَتِهِ أَنْ يَعْمَلُوا لِأَهْلِ الْمَيِّتِ في يَوْمِ يَمُوتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا يُشْبِعُهُمْ فإن ذلك سُنَّةٌ وَذِكْرٌ كَرِيمٌ وهو من فِعْلِ أَهْلِ الْخَيْرِ قَبْلَنَا وَبَعْدَنَا لِأَنَّهُ لَمَّا جاء نَعْيُ جَعْفَرٍ قال رسول اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم اجْعَلُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فإنه قد جَاءَهُمْ أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ

“Dan aku menyukai jika para tetangga mayat atau para kerabatnya untuk membuat makanan bagi keluarga mayat yang mengenyangkan mereka pada siang dan malam hari kematian simati. Karena hal ini adalah sunnah dan bentuk kebaikan, dan ini merupakan perbuatan orang-orang baik sebelum kami dan sesudah kami, karena tatkala datang khabar tentang kematian Ja’far maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’afar, karena telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka” (Kitab Al-Umm 1/278)”

FIKIR-FIKIRKAN !

No comments:

Post a Comment