Saturday, 17 January 2015

Selawwat Antara Solat Terawikh Masuk Neraka ???? Fatwa Wahabi





Ado oghang koba an kek den, solawat antaro solat torawikh tu BID'AH MASUK NEGHAKO. Orang yang sambut solawat yang dibaco tok bilal pun jadi ahli BID'AH MASUK NEGHAKO.

Sodangkan hadis ado kato, kalau dongar namo Rasulullah SAW, sapo tak solawat, alamat celako kek akhirat nanti.

عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين.

Daripada Sayyidina Ka`ab bin 'Ujarah RA yang menyatakan bahawa satu ketika Junjungan Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat: "Datanglah kamu ke mimbar",

Maka para sahabat pun datang berkumpul di sekitar mimbar. Ketika baginda menaiki satu anak tangga, baginda mengucapkan "aamiin", ketika baginda menaiki anak tangga kedua, baginda mengucapkan lagi "aamiin", dan ketika baginda menaiki anak tangga ketiga, baginda mengucapkan "aamiin".

Apabila baginda selesai berkhutbah dan turun ke bawah, kami bertanya kepada baginda: " Wahai Rasulallah, kami telah mendengar daripadamu pada hari ini sesuatu yang belum pernah kami dengar."

Maka Junjungan SAW bersabda: " Bahawasanya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata: CELAKALAH bagi sesiapa yang mendapatkan bulan Ramadhan namun gagal memperolehi keampunan bagi dirinya", maka aku pun berkata: "aamiin".

Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata: "CELAKALAH bagi sesiapa yang engkau disebut di sisinya, namun dia tidak bershalawat ke atasmu", aku pun berkata; :"aamiin".

Ketika aku naik ke anak tangga ketiga, dia berkata: "CELAKALAH bagi sesiapa yang mendapat ibubapanya atau salah seorang daripadanya berusia lanjut, namun mereka berdua tidak menjadi sebab baginya untuk mendapat syurga", aku pun berkata : "aamiin". (HR AL HAKIM Dengan Sanad Yang SAHIH)

Huraian Den :

1. Selawat ni sepatutnya kena buat sokmo. Tak salah apa pun. Sebab ALLAH sendiri berselawat kat Rasulullah SAW, ALLAH sendiri suruh malaikat berselawat kat Rasulullah SAW. Jadi APA MASALAHNYA berselawat antara Solat Terawikh ? Siapa yang kata tak boleh tu, sila bagi dalil, HARAM berselawat antara Solat Terawikh. Kalau tak boleh bagi dalil, INGAT. Tuduhan bid'ah tu kembali kepada anda.

2. Tok Bilal melaungkan selawat, maka makmum MENYAMBUT SELAWAT dengan melafazkan selawat juga. Hadis di atas adalah dalilnya. Sebab jika makmum yang mendengar tidak berselawat di kala mendengar nama Rasulullah SAW, Jibril mendoakan kecelakaan kepada mereka. Aiiiii, doa dari Jibril ni. Jangan main-main. Kalu orang kampung den, panggil ekau CILAKO pun ekau dah maghah sobab tak suko. Ini Jibril punyo doa. Memang cilako laa jadinyo. Kek Wahabi Salahpi yang kato Bid'ah tu sobonar ey nak suruh umat Islam dapek cilako. Sobab tu tak bagi orang sambut solawat tu.

3. Bulan Ramadhan untuk dapatkan pengampunan, bukan bulan membid'ahkan orang bordasarkan kejahilan, akal yang sempit dan dongan ilmu yang cetek. Malulah.

Selawat antara Solat Terawikh ni, ulama dah HABIS bahas sejak 1000 tahun lepas. Tapi tahun 2014 ni, ada lagi orang terencat akal yang ungkit. Kesiannnnnn. Mentaliti 1000 tahun ke belakang. Tapi disebabkan kesiann kat Wahabi Salahpi yang kerjanya mensifarkan pahala di bulan puasa, terpaksalah kita jawab agar masyarakat faham dan kenal kesesatan ahli bid'ah Wahabi Salahpi ni.

Huraian Ustaz-ustaz lak :Kek atas tu den punyo huraian dalam menjawab fitnah Wahabi Salahpi. Kamu serang, kami terang.

Huraian ustaz-ustaz lak berkonaan hadis di atas :


Di dalam hadis di atas terdapat tiga golongan akan mendapat kecelakaan atau akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT, iaitu:

Orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosa-dosanya tidak juga diampuni oleh Allah.

Orang yang apabila disebut nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) di sisinya lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam).

Orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua, atau salah seorang daripadanya, namun ibubapanya itu tidak menjadi sebab untuk ia masuk surga Allah.


1. Bulan Ramadhan Bulan Ampunan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa. Bulan yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh setiap umat Islam yang mengerti tentang fadhilatnya. Bula yang sepuluh awalnya mengandungi rahmat, sepuluh pertengahannya mengandungi maghfirah (ampunan), dan sepuluh akhirnya pembebasan manusia daripada api neraka.

Baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) pernah bersabda: “Kalaulah manusia mengetahui tentang fadhilat yang terdapat dalam bulan Ramadhan, niscaya umatku pasti menginginkan kalau boleh seluruh bulan dalam setahun adalah Ramadhan”.

Nilai amalan manusia dalam bulan Ramadhan tidak sama dengan nilai amalan mereka di luar Ramadhan. Amalan sunat sama dengan amalan wajib, dan yang wajib pula ganjarannya 70 ganda. Dan Lailatul Qadar hanya terdapat dalam bulan Ramadhan. Amalan pada malam itu lebih baik daripada amalan 1000 bulan (84 bulan).

Allah SWT senantiasa menerima tobat hamba-hambaNya dan lebih-lebih lagi tentunya dalam bulan Ramadhan. Malahan amal saleh yang dilakukannya dalam bulan tersebut akan turut menghapuskan dosa-dosa kecilnya.

Atas dasar pertimbangan di atas, bagaimanakah jika ada manusia yang mendapati bulan ampunan namun dosa-dosanya tidak juga diampunkan oleh Allah. Bukankah ini memberi gambaran betapa durjananya manusia tersebut. Lingkungan yang relatif lebih baik dalam bulan Ramadhan tidak dapat mempengaruhinya agar menjadi manusia baik.

Bukankah baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) pernah menyatakan bahwa pada bulan Ramadhan semua syaitan diikat dan dibelenggu? Jadi sungguh celaka kalau seseorang mendapati bulan yang penuh berkat, namun dosa-dosanya tidak juga diampuni oleh Allah. Wal ‘Iyadzu Billaah Min Dzaalik.


2. Fadhilat Salawat Ke Atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam)

Di antara adab orang mukmin kepada Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) ialah membaca salawat ke atas beliau apabila kita mendengar nama baginda disebut. Ini adalah sebagai tanda penghormatan kita kepada beliau yang sangat berjasa menyelamatkan kita dari lembah kejahilan kepada cahaya hidayah.

Bersalawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam) sangat besar ganjarannya. Lebih-lebih lagi jika salawat itu kita ucapkan pada Hari Jum’at. Dan jika kita bersalawat ke atas beliau sekali maka Allah akan berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali. Salawat Allah kepada hambaNya ialah dengan mencucuri rahmat dan berkatNya dalam hidup orang yang bersangkutan.

Jadi mengingat betapa besarnya ganjaran salawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam) itu maka Nabi pernah menyatakan dalam hadisnya bahwa selokek-lokek umatku ialah orang yang apabila namaku disebut lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat dan salam.

Jadi sungguh tepatlah kalau malaikat Jibrail sampai mendo’akan celaka ke atas orang yang jika disebut nama baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat dan salam.


3. Durhaka Kepada Ibubapa

Berbakti (ihsan) kepada kedua ibubapa adalah termasuk perintah yang paling utama sesudah kewajipan kita beribadah kepada Allah. Itulah sebabnya sungguh banyak ayat Al-Quran yang menggandengkan antara ibadah kepada Allah dengan ihsan kepada ibubapa. Umpamanya firman Allah:


وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibubapa”.
(An-Nisaa 4:36)


Dan sebaliknya durhaka kepada ibubapa adalah dosa yang paling besar sesudah syirik. Ini sebagaimana sabda Rasul (sallallahu alaihi wasalam):

“Adakah aku khabarkan kepadamu dosa-dosa besar yang paling besar? (beliau ulang tiga kali). Iaitu: Syirik kepada Allah dan durhaka kepada dua ibubapa”.
[HR Bukhari dan Muslim]

Kesan perbuatan durhaka kepada ibubapa bukan hanya akan dirasakan azabnya oleh anak ketika di akhirat nanti tetapi sejak di dunia lagi sudah akan dinampakkan oleh Allah. Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:

“Semua dosa akan ditangguhkan oleh Allah siksaannya pada Hari Kiamat kecuali dosa durhaka kepada ibubapa, maka Allah akan menampakkan siksaannya ke atas pelakunya di dunia lagi sebelum di akhirat”.
[HR Al-Hakim dan Al-Ashbahany]

Anak yang durhaka selain hidupnya tidak diberkati oleh Allah SWT juga sukar baginya mengucap dua kalimah syahadat menjelang matinya. Ingatlah “Kisah ‘Alqamah”, walaupun ia seorang sahabat Nabi yang banyak solat dan sadakahnya tetapi karena ia telah menyinggung perasaan ibunya, maka lidahnya menjadi kelu untuk mengucap kalimah tauhid ketika sakaratul maut. Ibunya tersinggung karena setelah ‘Alqamah kahwin ia tidak lagi memperhatikan nasib ibunya.

Oleh itu, jika kita berbuat baik kepada ibubapa di dunia ini, kita bukan saja mendapat ganjaran besar di akhirat nanti tetapi juga akan mendapat keutamaan yang lain di dunia ini seperti panjang umur dan murah rezki. Ini sebagaimana sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam).

“Siapa yang ingin agar umurnya dipanjangkan dan rezkinya ditambahkan, maka hendaklah ia berbuat baik kepada dua ibubapanya dan menghubungkan tali silaturrahmi”.
[HR Imam Ahmad]


Kesimpulan:

Kandungan hadis bab di atas seolah-olah menyuruh kita agar menjalin hubungan baik senantiasa dengan Allah SWT, dan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam), dan ibubapa kita. Ketiga-tiga pihak tersebut sangat berjasa dalam hidup kita. Oleh itu tingkatkan dalam bulan Ramadhan. Hormatilah Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dengan mengikuti sunnahnya dan banyak bersalawat kepadanya. Dan berbaktilah kepada kedua ibubapa sebab merekalah yang menjadi penyebab zahir kita di atas muka bumi ini.

Kamu serang, kami terang.

No comments:

Post a Comment