Friday, 16 January 2015

Sembunyikannya




Pernah satu hari, seorang murid Imam Abdullah bin Alawi al Haddad, membawa DUA JILID buku kompilasi akan kehebatan dan karomah gurunya. Lantas disuruh Imam Abdullah bin Alawi Al Haddad kepada muridnya agar mengambil air dan menjiruskan ke atas kedua-dua jilid buku tersebut agar dakwat tulisannya larut dan tidak boleh dibaca.

Begitu orang yang BENAR-BENAR hampir dengan ALLAH menjaga kehebatan mereka. Mereka menyimpan malah menyembunyikan kehebatan mereka dari pandangan manusia sebagaimana manusia pendosa menyembunyikan aib diri mereka dari diketahui manusia.

Zaman sekarang, orang yang tidak hebat pun sudah bercakap kosong, menceritakan kehebatan diri mereka kepada masyarakat. Kadang-kadang ada benarnya kata2 seorang kenalan, murid yang jahil dan bebal kerana gurunya dungu. Kalau guru pun fardhu ain tak lulus, cinta dunia, syariat tak kemas, muridnya apa lagi.

Dunia, dunia. Pandai sungguh dunia ini menipu.

AL FATIHAH buat Al Allamah Al Imam Abdullah bin Alwi Al Haddad.

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

No comments:

Post a Comment