Monday, 23 February 2015

Kamu Serang...Kami Terang!

Kamu Serang...Kami Terang!
Wahabi menggunakan Q.S. Az-Zumar:3 untuk mensyirikkan Ahlussunnah Wal Jamaah. Mari kita lihat ayat tersebut:
أَلَا لِلَّهِ ٱلدِّينُ ٱلْخَالِصُ ۚ وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِهِۦٓ أَوْلِيَآءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى ٱللَّهِ زُلْفَىٰٓ إِنَّ ٱللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِى مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَنْ هُوَ كَـٰذِبٌۭ كَفَّارٌۭ
٣٩:٣
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
Oleh kerana Wahabi menggunakan kaedah penafsiran literal, maka tidak hairanlah pemahaman mereka bagai anak-anak kecil. Wahabi menggunakan ayat ini untuk mensyirikkan Ahlussunnah Wal Jamaah yang menziarahi Maqam Sahabat, Salafussoleh, Para Imam Mazhab, Muhaditsin serta para Awliya yang terkenal dengan sumbangan mereka.
Ikhwan dan akhawat fillah, kami terangkan di sini, menafsir Al-Quran dengan mengambil teks secara literal adalah bukan daripada kaedah Ahlussunnah wal Jamaah. Setiap ayat al-Quran para ulama' terdahulu telah duduk sama bincangkan dan di sini kami ingin memberitakan kepada anda bahawa dakwaan Wahabi di atas itu salah, malah jauh dari ketepatan.
Jika kita lihat kepada Asbabun Nuzul; Sebab Turunnya Ayat Al-Quran oleh Jalaluddin As- Suyuthi, ayat Q.S.AzZumar:3 itu diturunkan berkenaan dengan tiga suku bangsawan; Amir, Kinanah dan Bani Salamah yang menyembah berhala, yang mereka mengatakan bahwa persembahan terhadap berhala itu adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah Swt. Kenyataannya mereka benar-benar menyembah berhala, yang mereka yakini berhala itu dapat memberikan manfaat dan ataupun mudarat. Oleh itu Allah tegaskan di akhir ayat, bahwa perkataan mereka itu adalah perkataan bohong lagi kafir, Allah Swt tidak akan memberikan hidayah kepadanya.
Di sini kalau dirujuk kepada kisah sebelum ayat ini, kita dapat jelas fahami bahawa Allah s.w.t. sedang memfokuskan ayat ini bagi mereka yang sudah asal dan jelasnya kafir dan penyembah berhala.
Maka tiadalah relevan dikaitkan dengan amalan kebanyakkan Ahlussunnah Wal Jamaah yang disebutkan di atas.
Berkenaan dengan wasilah atau bertawassul dengan Al-Quran, para Anbiya', Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, para Ulama'dan Fuqara'serta sekalian Awliya' Allah sudah tentu boleh kerana firman Allah dalam Q.S.Al-Maidah: 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
Sebenarnya, Asbabun Nuzul ayat ini terkait dengan ayat 32 & 33 sebelumnya menceritakan kisah yang berlaku. Dan seperti biasa kalau ia dijadikan hujjah terhadap pihak Wahabi, mereka akan menyempitkan pemikiran mereka dan menumpukan kepada maknya "wasilah" sahaja dgn hujjah yang panjang lebar.
Akhir kata, ingin kami nyatakan, hujjah pihak Wahabi adalah terkeluar konteks penafsiran dan pemahaman dan tidaklah boleh menjadi hukum mensyirikkan seseorang Muslim yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah melalui perantaraan/wasilah.
Wallahu a'lam


1. Imam Syafi'i. "Dari Ali bin Maimun, ia berkata: Saya mendengar Syafi'i berkata bahwa: Saya mencari berkah dengan mendatangi makam Abu Hanifah setiap hari. Jika saya memiliki
 hajat maka saya salat dua rakaat dan saya mendatangi makam Abu Hanifah. Saya meminta kepada Allah di dekat makam Abu Hanifah. Tidak lama kemudian hajat saya dikabulkan" (al-Hafidz Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad I/123)
2. al-Hafidz Ibnu Hajar. "al-Hakim berkata: Saya mendengar Abu Ali al-Naisaburi berkata bahwa saya berada dalam kesulitan yang sangat berat, kemudian saya bermimpi melihat Rasulullah Saw seolah beliau berkata kepada saya: Pergilah ke makam Yahya bin Yahya, mintalah ampunan dan berdolah kepada Allah, maka hajatmu akan dikabulkan. Pagi harinya saya melakukannya dan hajat saya dikabulkan" (al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Tahdzib al-Tahdzib XI/261). dst................

Pertanyaan : Benarkah atsar yang diriwayatkan oleh Al-Khothiib Al-Baghdaadi bahwasanya Imam As-Syafi'i sering bertabarruk dengan kuburan Imam Abu Hanifah?.

Jawab:


Atsar tersebut sebagai berikut :

Berkata Al-Khothiib Al-Bagdaadi –rahimahullah-

أخبرنا القاضي أبو عبد الله الحسين بن علي بن محمد الصيمري قال أنبأنا عمر بن إبراهيم المقرئ قال نبأنا مكرم بن أحمد قال نبأنا عمر بن إسحاق بن إبراهيم قال نبأنا علي بن ميمون قال سمعت الشافعي يقول : إِنِّي لأَتَبَرَّكُ بِأَبِي حَنِيْفَةَ وَأَجِيْءُ إِلَى قَبْرِهِ فِي كُلِّ يَوْمٍ يَعْنِي زَائِرًا فَإِذَا عَرَضَتْ لِي حَاجَةٌ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ وَجِئْتُ إِلَى قَبْرِهِ وَسَأَلْتُ اللهَ تَعَالَى الْحَاجَةَ عِنْدَهُ فَمَا تَبْعُدُ عَنِّي حَتَّى تُقْضَى

"Al-Qodhi Abu Abdillah Al-Husain bin Ali bin Muhammad Ashoimari telah mengabarkan kepada kami, ia berkata : Umar bin Ibrahim Al-Muqri' telah mengabarkan kepada kami, ia berkata : Mukrim bin Ahmad telah mengabarkan kepada kami, ia berkata : Umar bin Ishaq bin Ibrahim telah mengabarkan kepada kami, ia berkata : Ali bin Maymuun telah mengabarkan kepada kami, ia berkata : Aku mendengar As-Syafi'i berkata : "Sungguh aku bertabarruk dengan Abu Hanifah, dan aku mendatangi kuburannya setiap hari yaitu aku menziarahi kuburannya. Jika aku mempunyai suatu hajat maka akupun sholat dua raka'at dan aku mendatangi kuburannya dan aku meminta hajatku kepada Allah di sisi kuburannya maka tidak lama kemudian hajatku itu terpenuhi" (Taariikh Baghdaad 1/445)

No comments:

Post a Comment