YANG SAMPAI HANYALAH DOA KEPADA SI MATI.....ULAMA' TUA NUSANTARA JAHIL KERANA CIPTA TAHLIL ARWAH ???
Sebenarnya kitalah yang jahil kerana tidak faham konsep tahlil arwah. Kalau makan nasi semata-mata tanpa gulai ikan, sambal belacan, sayur..hambar. Nasi itu sahaja sebagai makanan ruji sudah cukup tak payah lah diiringi dengan lauk pauk. Yang berduit suka makan buffet di hotel sebab bukan sahaja ada nasi, tapi diiringi juga dengan pelbagai hidangan sampingan dari ais krim hingga kuih muih. Kalau bernikah cuma bawa satu dulang iaitu yang ada mas kahwin sahaja tanpa dulang-dulang iringan sebagai hantaran...hambar. Ada setengah orang berbangga dengan berbelas-belas malah berpuluh dulang iringan semasa kahwin.
Tahlil Arwah dimulai dengan Fatihah, bacaan ayat2 Quran, Selawat dan Zikir Lailahaillallah sebanyak 100x. Akhirnya barulah berdoa. Mendoakan si mati. Bacaan Quran, selawat dan zikir tadi walau berjuta kali sekalipun tidak dapat memberi manfaat kepada si mati. Yang dapat beri manfaat hanyalah doa. Dengan jauhnya kita dari Nabi SAW. Dengan banyaknya ulama' suuk di akhir zaman, dengan banyaknya dosa mata, telinga, kaki dan pelbagai dosa yg kita tempoh setiap hari. Bergelumangnya kita dengan sistem riba' dan pelbagai 1001 kemungkaran yang kita terlibat diakhir zaman ini, layakkah doa kita dipandang oleh Allah untuk meringankan beban si mati ??. Terkadangkala kita jauh lebih fasik dari si mati. Ingatlah siksa kubur itu adalah amat besar dan dahsyat sekali. Gagal di kubur, gagallah diakhirat. Si mati menempuh Alam Barzakh yang amat dahsyat dan mengerikan berseorangan. Dengan hanya doa semata-mata dari orang yang biasa-biasa sahaja untuk disembahkan ke hadrat Allah mentah-mentah begitu, terus maqbulkah permintaan kita untuk kesejahteraan si mati??? (Lainlah kalau anda betul2 yakin anda confirm tergolong dalam golongan orang soleh/anak soleh atau muqorrobin).
Cerdiknya Ulama' Tua Nusantara dahulu..doa itu diiringi dengan bacaan Quran, Selawat dan zikir seperti Nasi diiringi dengan pelbagai lauk pauk. Seperti dulang mas kahwin diiringi dengan dulang hantaran sampingan yang lain. Bacaan Quran, Selawat dan Zikir itu bertujuan untuk membersihkan diri hadirin yang sedang membacanya. Bukankah dengan Selawat sekali maka Allah dan malaikat akan selawat 10 kali kepada kita? Bukankah dengan membaca satu huruf dalam Quran, Allah akan beri 10 kebajikan ? ( Alif- 10 kebajikan, Lam- 10 kebajikan, Mim-10 kebajikan). Bukankah kalimah toyyibah Laailahaillah itu jika diucapkan, nilainya lebih berat dari seisi langit dan bumi? Mudah-mudah dengan membuat amalan-amalan dalam tahlil itu dosa-dosa hadirin yang membacanya akan diampunkan Allah dan darjat diangkat hasil berkat selawat dan bacaan Quran serta zikir itu. Ada bacaan istighfar dalam tahlil tanda kita merendah diri dan mengaku kesalahan kita. Setelah selesai bacaan tahlil tersebut barulah kita berdoa untuk arwah. Maka doa itu dibawa naik dan dipersembahkan kepada Allah bersama iringan-iringan amalan tadi. Moga Allah melihat kita yang bertahlil dengan belas ehsan dan mengampunkan dosa-dosa kita serta terus memakbulkan permintaan kita untuk keringanan dan kesejahteraan di mati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Al-Quran surah Al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu".
"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu".
Amalan Tahlil Arwah itu sendiri adalah doa yang disertakan dengan iringan-iringan amalan sunat yang banyak sandaran hadis sahih seperti kelebihan berselawat, baca Quran, ucapan kalimah toyyibah dll.
Ulama' adalah pewaris Nabi. Berlapang dadalah dengan khilaf dan perbezaan pendapat ulama' ulama yang masing masing ada ijtihad. Kalau betul ijtihad dapat 2 pahala, kalau salah ijtihad dapat 1 pahala. Tidak dihukum dengan dosa.
Al Fatihah dan Tahlil kita untuk Ulama pewaris Nabi yang telah pergi......
Wassalam
Sesungguhnya ketika kita berdoa dalam Alfatihah yaitu: Tunjukilah "kami" kejalan yang lurus, dst maksud dari kata "kami" itu bukanlah hanya bermaksud untuk diri pribadi, keluarga, jamaah shalat atau doa atau kaum muslimin. Tetapi untuk seluruh umat manusia yang "hidup" saat ini dan yang akan lahir bahkan bangsa jin. agar semua dapat menjalani hidup dengan benar dan baik. Tetapi kalau untuk orang yang sudah mati apa gunanya lagi petunjuk itu bagi mereka?
ReplyDelete