“KENDURI TAHLIL ARWAH BUKAN DARIPADA AJARAN ISLAM ?”
Saya Ustaz Haji sabri bin Usman selaku pengerusi pertubuhan Jamaah Pondok negeri Kedah menyatakan hasrat ingin menjawab serta menerangkan kepada seluruh orang awam di Malaysia dan terutamanya di Kedah supaya tidak terjadi kekeliruan dan syak serta tidak membuat tuduhan yang tidak berasas.
Amalan yang akan saya sebutkan ini telah pun tetap dan terpahat kukuh didalam hati orang-orang islam di Asia amnya,dan terutamanya di Malaysia lebih-lebih lagi di Kedah ini.Berpandukan dalil-dalil yang cukup kuat dan teguh yang berasaskan daripada sumber al-quran,hadis nabi,para ulamak Ahli Sunnah Wal jamaah dan qias.
Sehubungan itu,saya bercakap ini adalah diatas pegangan aqidah dan amalan orang islam yang sebenar tanpa mengira mana-mana parti sekalipun,kerana pada pegangan saya,yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah.Hal yang demikian kerana,saya ada terbaca dalam satu keratan akhbar sinar harian yang bertarikh 27 jun 2014 yang bertajuk “kenduri tahlil arwah amalan bukan dari ajaran islam” dan saya juga telah membaca kenyataan tersebut sehingga habis.
Maka,alangkah terkejutnya saya dengan tuduhan tersebut,yang mana ianya tidaklah menepati dalil dan madlul.Sedemikian itu,saya merasakan ini adalah tuduhan yang paling hina kerana pada katanya amalan tersebut tidak ada dalam al-quran mahupun hadis,sebaliknya tercatat didalam kitab-kitab kaum hindu.
Sebagaimana yang saya katakan diatas,InsyaAllah saya akan cuba sekadar pengetahuan saya yang ada untuk menjawab satu persatu tuduhan yang beliau perkatakan itu.Sebelum itu,saya ingin menyatakan terlebih dahulu pegangan dan sumber rujukan saya adalah sepenuhnya berpandukan daripada al-quran,hadis,ijmak ulamak dan qias, para ulamak daripada ulamak-ulamak yang muktabar yang mana ilmu mereka itu sampai pada peringkat mujtahid.Maka ditolaklah sama sekali percakapan-percakapan yang diungkapkan tanpa merujuk mana-mana kitab sebaliknya hanya mengikut akal fikiran semata-mata.
Pertama sekali,beliau ada menyebutkan dalam tulisannya itu satu firman Allah yang bermaksud “jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu urusan,maka kembalilah kepada Allah (al-quran) dan rasul (sunnah) jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian.”(surah an-nisaa: 59).Maka saya akui apa yang beliau katakan ini adalah yang betul dan sebenar.Oleh itu,apabila saya nyatakan hadis dan kitabnya yang menjadi tempat rujukan saya itu,maka saya berharap tiada yang mengingkar.
Sebagaimana diperkatakan,tajuk nukilan beliau didalam keratan akhbar tersebut adalah “kenduri tahlil arwah amalan bukan daripada ajaran islam” maka disini saya ingin menjawab bahawa sekadar apa yang saya dapati daripada kitab-kitab para ulamak ahli sunnah wal jamaah menyatakan bahawa boleh jamu ( buat jamuan),boleh buat kenduri,boleh buat tahlil dan baca ayat-ayat al-quran sebagaimana yang telah lama dilakukan itu.
Hal ini kerana,hadis عاصم بن كليب daripada seorang lelaki ansar telah berkata yang bermaksud “telah keluar kami bersama Rasulullah S.A.W pada mengusung orang mati,maka telah melihat aku akan Rasulullah pada hal ia diatas kubur sedang memberi pesanan ia akan penggali kubur, “perluaslah engkau pihak dua kakinya,perluaslah engkau pihak kepalanya.” Maka tatkala balik ia,menyambut dan mempersilakan oleh seorang juru panggil bagi perempuan,maka memperkenan Rasulullah akan panggilan itu.Bermula kami bersekali bersama-sama,maka dibawa datang kepada Rasulullah dan para sahabat akan makanan,maka Rasulullah meletakkan tangannya atas makanan itu kemudian turut meletakkan juga oleh kaumnya akan tangan mereka itu maka makan semuanya..(hingga akhir hadis.)” meriwayat akandia oleh Abu Daud didalam sunannya dengan hendak yang sahih daripadanya dan juga Al-baihaqi pada Dalail an-nubuwwah dan begitu juga dalam Mishkah al-mashobih pada bab mikjizat.
Sehubungan dengan itu,terdapat juga hadis lain yang juga boleh dijadikan sebagai dalil atas amalan yang dilakukan ini,iaitu sebuah hadis daripada طاووس تابعين yang bermaksud “seseorang yang mati itu difitnahkan mereka itu didalam kubur mereka itu selama tujuh hari,maka adalah mereka itu para sahabat Nabi S.A.W kasih dan suka mereka itu bahawa memberi makan daripada mereka itu dalam masa tujuh hari itu” meriwayat akandia oleh Imam Ahmad pada kitab الذهد dan Abu Na’im pada kitab الحليه.Maka secara langsungnya jadilah kedua-dua hadis ini (عاصم dan طاووس) sebagai dalil bagi menunjukkan atas bahawasanya membenarkan untuk dibuat jamuan dengan kelakuan tersebut.
Selain daripada itu,beliau juga ada menyebutkan “tahlil arwah,ratapi mayat”.Maka disini saya ingin menjawab atas bahawasanya kenyataan tersebut adalah salah sama sekali,dengan berdalilkan daripada hadis جرير itu yang telah dipakaikan oleh yang menta’liqkan dalam kitab mishkah al-mashobih dengan katanya “buat makanan ahli mayat pada hari mati dan tiga hari dan seterusnya dengan satu kedudukan yang mewajibkan malu ahli mayat,maka memberi makan mayat itu terpaksa.” Seperti didalam القول المفيد dan telah menanggungkan hadis جرير itu oleh tuan kitab سبل السلام (juzuk 2 m/s 117) dengan katanya “maka dipakaikan hadis جرير itu atas bahawasanya dekehendaki dengan dia ialah buat ahli mayat akan makanan itu untuk mereka yang menanam mayat dan menghadiri ahli mayat disisi mereka itu seperti adat ahli sebelah arab”
Oleh itu,adat yang diperkatakan oleh tuan سبل السلام ini nampaknya disisi ulamak adalah serupa seperti yang diguna pakai didalam kitab القول المفيد iaitu terpaksa ahli mayat buat makan bagi yang lain pada hal mereka itu didalam kedukaan,dan orang yang kedukaan itu jadi lesu kaki dan tangannya tidak mahu buat apa-apa seperti mana yang kita semua telah maklum.Maka setelah itulah telah menyuruh Nabi S.A.W supaya dibuat makanan untuk diberi kepada keluarga جعفر sesungguhnya telah datang perkara yang menyusahkan mereka itu.
Berkata صاحب نيل الاوطار (juzuk 4 m/s 104) kerana bahawasanya mereka itu disuruh dengan membuat bagi ahli mayat akan makanan maka menyalahi mereka itu akan demikian itu dan telah memberati dan menyusahkan ahli mayat untuk membuat makanan bagi orang lain.Sila rujuk didalam kitab نيل الاوطار mengkuatkan lagi didalam القول المفيد dan سبل السلام.Oleh itu kesimpulannya,memberi makan kepada orang tersebut maka yang ditegahkan itu ialah jamuan yang memberati akan ahli mayat.
Adapun membuat makan yang tidak termasuk pada kata memberati ahli mayat bahkan daripada reda dan pilihan tuan rumah dan ahli mayat,malahan pula membuatkan mereka bertambah seronok serta hilang duka cita,maka tidak ditegahkan seperti yang difahami.Selain itu hadis جرير بن عبد الله البجلي mengeluarkan hadis ini oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dan isnad yang sahih ertinya “adalah kami membilangkan berkumpul orang kepada ahli mayat dan buat makan kemudian daripada tanamnya satu bagai daripada meratib berbiji saba’.”
Dipakaikan oleh ulamak seperti mana yang tersebut didalam Mishkah Al-mashobih dengan buat makan pada hari mati dan tiga hari dan seterusnya yaitu dengan terpaksa,memberati dan manambahkan dukacita.Begitu jugalah seperti mana yang disebutkan dalam kitab تحفة لأحواذي syarah sunan Tirmizi (juzuk 2 m/s 134)”bermula buat ahli mayat akan makanan kerana berhimpun manusia atasnya adalah بدعه مكروهه ” bahkan telah sah hadis daripada جرير رضي الله عنه.
Ditanggungkan akan hadis عاصم atas hadir Nabi S.A.W yang tidak menyebabkan malu ahli mayat oleh kerana Nabi S.A.W dan sekalian sahabatnya pergi makan mereka itu dengan suka dan reda ahli mayat kerana menolong pahala jamuan bagi si mati dengan dalil makanan sudah siap sebelum berhimpun dan ini bukan paksaan atasnya.Sekiranya Nabi S.A.W dan para sahabatnya tidak menerima seruan itu nescaya berduka citalah dan susah hati yang teramat sangat.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “barang siapa yang melepaskan ia daripada orang mukmin kesusahan daripada beberapa kesusahan dunia,nescaya melepaskan oleh Allah daripadanya akan kesusahan daripada beberapa kesusahan akhirat.” Jadi,cuba kita lihat dan perhatikan jikalau ada seseorang dipanggil dan dijemput lebih-lebih lagi yang dijemput itu adalah orang yang ada kedudukan dan juga kerana hendak mengambil berkat,pada hal tidak hadir ia dengan tidak ada suatu keuzuran maka tuan rumah yang memanggil itu akan menjadi tidak seronok dan susah hati,Apatah lagi yang dipanggil itu adalah Rasulullah S.A.W.
Telah berkata Syaikh Ibnu Hajar Al-haitami didalam تحفه dan para ulamak yang bermazhab syafi’e didalam kitab mereka itu dengan بدعه مكروهه ditanggungkandia atas bahawasanya membuat jamuan dengan terpaksa,dukacita dan lain-lain lagi.Lantaran itu,menjawab pula oleh Syaikh Husain mufti mekah (قرة العين) “membuat kenduri tidak boleh dikatakan بدعه مكروهه kerana perkataan طاووس (كانوا الخ) termasuk dalam perkataan tabi’in adalah sahabat Nabi S.A.W pada masa Nabi S.A.W serta mengetahui nabi dan sama ia”
Manakala hadis جرير yang dibawa oleh Ibnu Hajar didalam تحفه itu tidak boleh menolakkan hadis طاووس dan عاصم kerana mauquf.
Selain yang demikian,didalam coretan beliau itu ada juga beliau katakan bahawa amalan tahlil ini adalah berasal dari agama lain,yang mana pada huraiannya itu yang berbunyi “Dewasa ini,kita melihat ada masjid dan ustaz mengambil kesempatan atas kejahilan umat dengan ‘menswastakan’ amalan ini; sedkah pahala bacaan al-quran,doa,jamuan agar arwah diberi pengampunan,dibebaskan dari neraka.(hingga akhir katanya..)”
Hal yang diperkatakan ini dirasakan memang keterlaluan,maka jawapan saya adalah sebagaiman yang telah termaktub didalam kitab-kitab ulamak menyatakan “dan adapun membaca al-quran itu maka sampai pahalanya kepada orang mati pada sisi jumhur ulamak salaf dan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik dan Imam Amad bin Hanbal.”
Bermula dalil atas sampainya pahala tersebut adalah diqiaskan atas do’a dan sedekah dan puasa dan diqias atas tasbih pelepah tamar yang menghantarkandia oleh Rasulullah S.A.W dan mengkhabar ia “bahwasanya diringankan daripada dua orang yang didalam dua kubur itu akan siksa selama berkekalan keduanya basah” (riwayat oleh BukharI dan Muslim dan Abu Daud dan Tirmizi dan Nasa’I dan Qhuzaimah)
Adapun mereka yang menyatakan bahawa ketiadaan sampai pahala bacaan kepada mayat/si mati,dengan berdalilkan ayat yang maksudnya berbunyi “bahawasanya tidak ada bagi manusia itu melainkan barang yang ia usahakan sahaja.” Lantaran itu,saya sertakan disini saya nyatakan beberapa dalil untuk dijadikan jawapan bagi memintas semula kenyataan tersebut.
Pertama sekali,ayat yang dinyatakan itu adalah ayat yang dimansuqhkan dengan ayat dari surah at-thur ayat 21 “dimasukkan anak kedalam syurga dengan sebab bapanya dan orang yang beriman dan anak cucu mereka dengan mereka dan kami tiada mengurangi sedikitpun daripada pahala amalan mereka itu.” Seterusnya,ayat ini ketentuan bagi umat Nabi Ibrahim danumat Nabi Musa عليهما السلام.Telah berkata ukrimah “adapun umat nabi kita maka baginya barang apa yang berusaha ia dan yang diusahai oleh orang lain.”
Selain itu,telah berkata Ar-rabi’ bin Anas “dikehendaki dengan الانسان itu ialah kafir,adapun orang yang beriman adalah baginya apa yang ia usahakan dan apa yang orang lain usahakan untuknya.” Dan daripada ابن ابي الدنيا daripada سفيان berkata ia “segala orang mati lebih berhajat mereka itu kepada doa daripada hajat orang hidup pada makanan dan minuman.”
Sesungguhnya,telah memindahkan akan ijmak ulamak bahawasanya doa memberi manfaat ia akan orang mati.Hal ini adalah berdalilkan daripada firman Allah yang bermaksud “mereka yang datang oleh mereka kemudian daripada muhajirin dan ansar hingga hari qiamat,maka bersembah mereka itu “hai tuhan yang menjadikan kami,ampunilah olehmu bagi kami akan dosa kami sekalian dosa saudara kami daripada agama isalm yang telah mendahului mereka itu akan kami denga membenarkan Nabi S.A.W.” maka memuji Allah Ta’ala akan mereka itu dengan sebab menuntut ampun mereka itu akan sekalian mukmin yang dahulu daripada mereka itu.”
Berikutan itu,maka dengan bahawasanya hal ini menunjuk atas manfaat mereka itu dengan istiqfar dan doa orang yang hidup kerana istiqfar itu termasuk pada kata doa.Ia juga menunjukkan atas mengambil manfaat oleh si mati dengan orang yang hidup oleh ijmak sekalian umat atas doa didalam sembahyang mayat.
Adapun sedekah,maka sampai pahalanya kepada orang mati dengan dalil ijmak dan dalil daripada hadis Siti Aisyah yang mencerita akandia oleh Bukhari dengan katanya yang bermaksud “bahawasanya seseorang lelaki datang ia akan Nabi S.A.W maka bersembah ia “hai Rasulullah bahawasanya ibuku mati ia dengan mengejut dan tiada ia bewasiat,dan aku sangka akandia jika berkata-kata ia nescaya bersedekah ia,maka adakah baginya pahala jika bersedekah aku daripadanya.” Lalu bersabda Nabi S.A.W “bahkan.” ”
Selain itu juga,bahawasanya terdapat hadis sahih daripada Nabi S.A.W yaitu “orang mati disiksa akandia dengan menangis ahlinya kerananya dan mudah-mudahan mendinding pahala akan maksiatnya.” Dan adapun membaca quran,maka sampai pahalanya kepada orang yang sudah mati pada sisi jumhur daripada ulamak salaf dan imam Abu Hanifah dan imam Malik dan imam Ahmad bin Hanbal.
Adapun ulamak Syafi’e,seperti syaikh al-islam didalam syarah الروض didalam kitab الاجارة “ianya dibolehkan kerana mengambil manfaat dengan turun rahmat ketika membaca al-quran.” Begitu juga imam Nawawi,imam As-subki dan begitu juga seperti mana yang tersebut didalam النهايه bagi syaikh Ramli syarah minhaj dalam bab الوصايا dan memfatwa oleh Al-qadhi Husain menyatakan bahawa sah membaca al-quran diatas kubur.
Imam Rafi’e juga ada mengatakannya,dan dipilih seperti yang mengata akandia oleh imam Nawawi bahawa sah mengupah semata-mata.Maka kebanyakan daripada salaf dan imam yang tiga berlaku mereka itu atas sampai,adapun perkataan imam Syafi’e “bahawasanya tidak sampai” ditanggungka atas yang lain daripada itu.
Bahkan,berkata imam Subki kerana mengikut ابن الرفعه atas masalah berniat dengan ketiadaan berdoa.Adapun amalan-amalan sekalian orang yang hidup sampai kepada si mati adalah daripada sumber al-quran,hadis Rasulullah S.A.W ,ijmak ulamak ahli sunnah wal-jamaah dan qias.Hal ini kerana,bahawasanya empat perkara yang menyebabkan sampai pahala kepada orang mati dengan ijmak ulamak iaitu sedekah,doa,istiqfar dan menunai segala yang menerima ganti seperti membayar hutang.
Lantaran itu,maka sah ganti daripada orang yang mati akan puasanya oleh orang yang hidup dan sampai pahalanya kepada si mati.Hal ini adalah berdailkan daripada hadis yang sahih yang bermaksud “barang siapa mati dan atasnya keberatan puasa nescaya berpuasa daripadanya oleh walinya” selain itu terdapat lagi hadis yang mengeluarkan dia oleh imam Ahmad dalam مسندث dan Abu Daud dan An-nasa’I dan Ibnu Hibban “bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud “baca olehmu atas sekalian yang mati daripada kamu dan ketiadaan mendhaifkan dia” riwayat Abu Duad ”
Oleh yang demikian,ianya menunjukkan atas bahawasa hadis ini patut dijadikan dalil dengan bahawa ia sahih atau hasan kerana berkata oleh Ibnu Hibban.Selain itu terdapat juga hadis Saidina Ali karramallah huwajhah daripada Rasulullah S.A.W menyebutnya oleh الحافظ السيوطي dalam شرح الصدور ,iaitu “من مرّ علئ مقابر وقرأ قل هو الله احد عشرة مرة ثم وهب اجرها لأموات أعطي من الأجر بعدد الأموات” dan adapun membaca quran diatas kubur memutuskan dengan boleh oleh syarih.
“barang siapa lalu di atas kubur-kubur dan membaca qul huwallahuahad sebelas kali kemudian menghibah yakni menghadiahkan pahala bagi mayat-mayat nescaya memberi Allah taala pahala dengan bilangan-bilangan mayat.”
Telah berkata oleh الزعفراني “telah bertanya aku akan imam Syafi’e daripada membaca quran pada sisi kubur,kemudian ia berkata “tidak memberi mudharat.” Dan berkata imam Nawawi dalam شرح المهذب “sunat orang yang ziarah kubur bahawa membaca yang mudah daripada al-quran dan berdoa mengiringinya.”
Akhir sekali,saya ingin tegaskan dan katakan kepada semua rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak agar kita teruskan sahaja amalan ini seperti mana yang telah kita lakukan semenjak dahulu kala lagi.Hal ini kerana,ianya adalah apa yang telah ditinggalkan oleh para ulamak dengan berdasarkan nas-nas dan dalil-dalil,yang mana perkara ini telah pun kita warisi dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan sebaliknya kita abaikan sahaja tegahannya itu.
Berkaitan itu,saya ingin minta kepada penulis agar jangan membuat suatu perkara yang mencela rukun orang ramai sehingga boleh menyebabkan timbul permusuhan serta perbalahan.Selain itu,beliau juga perlu terlebih dahulu untuk merujuk kepada segala a’lim ulamak di Asia tenggara,thailand,fathoni,indonesia dan seluruh dunia yang bermazhab Ahli sunnah Wal-jamaah yaitu Abu Hasan Asy-‘ari dan Abu Mansur Al-maturidi dan sekalian mereka yang mengikut akan kedua-duanya.
Tidak lupa juga sekalian ulamak yang mengikut mazhab yang empat seperti mana yang sedia maklum,oleh itu kami semua pondok-pondok di Malaysia dan seluruh pondok-pondok yang memegang teguh dengan mazhab-mazhab yang tersebut itu akan tetap dengan pegangan yang telah kukuh dan sekian lama kami pegangi ini.
Tidak lupa juga sekalian ulamak yang mengikut mazhab yang empat seperti mana yang sedia maklum,oleh itu kami semua pondok-pondok di Malaysia dan seluruh pondok-pondok yang memegang teguh dengan mazhab-mazhab yang tersebut itu akan tetap dengan pegangan yang telah kukuh dan sekian lama kami pegangi ini.
Lantaran itu,kami sama sekali tidak akan menerima mereka atau mana-mana pihak yang menolak atau menentang Abu Hasan Asy-a’ri dan Abu Mansur Al-maturidi atas sebab kejahilan yang mereka alami.Sebelum saya mengakhiri coretan saya ini,saya ingin mengambil suatu ungkapan yang disebutkan didalam kitab اتحاف سادات المتقين (juzuk 2 m/s 6) yang bermaksud “apabila di itlaqkan Ahli sunnahWal jamaah,maka dikehendaki dengannya adalah Al-a’sya’irah dan Al-maturidiah dan sekalian mereka yang mengikut akan kedua-duanya.”
Hal ini adalah kerana,apabila kita memperkatakan tentang Ahli sunnah Wal-jamaah maka kita perlulah kenal terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Ahli sunnah itu.
Setakat ini sahaja coretan saya..sekian..Wallah hua’lam…..
Ringkasan Oleh :
Ustaz haji Sobri Bin Osman.
Madrasah Al-ulum Ad-diniah Al-usmaniah Pondok Tanjung Kapur Kedah
Ringkasan Oleh :
Ustaz haji Sobri Bin Osman.
Madrasah Al-ulum Ad-diniah Al-usmaniah Pondok Tanjung Kapur Kedah
Huh ustaz?
ReplyDelete