Monday, 23 March 2015

QASIDAH mohon bantuan Rasullullah adalah SYIRIK?

QASIDAH mohon bantuan Rasullullah adalah SYIRIK?
Saya Sabri Bin Osman Pengerusi Pertubuhan Jemaah Pondok-Pondok Negeri Kedah, terbaca dalam sinar harian yang bertarikh 21 NOV 2014 pada hari Jumaat.
Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis yang telah membuat kenyataan berbunyi “qasidah mohon bantuan rasullullah syirik” . Jawatan Kuasa Fatwa Perlis turut melarang penduduk islam negeri itu sama ada dalam bentuk qasidah, nasyid ataupun doa yang menyebut perkataan Al Madad Ya Rasullullah.
Ingin saya tegaskan di sini, kami kesemua yang bermazhab Ahli Sunnah Waljmaah Abu Hassan As-shaari Dan Abu Mansor Al-Mathuridi dan ulama-ulama yang mengikut kedua-duanya membolehkan dan mengharuskan malah digalakkan bertawasul dan istiqosah di dalam islam sama ada dalam bentuk qasidah, nasyid atau doa.
Tersebut di Dalam Kitab Fathul Bari : Fi Syarah Al-Bukhori karangan Ibnu Hajar Asqolani juz 3 halaman 148 ertinya daripada Anas Bin Malik : beliau berkata telah datang seorang lelaki badawi kepada nabi saw lalu ia berkata kami datang kepada kamu kerana tidak ada lagi cinta yang di beban, tidak ada bayi yang berdengkur, kemudian ia membaca satu syair.
"Tidak bagi kami melainkan kepada engkau datang kami,
kemanakah manusia akan mintak bantuan kalau tidak kepada rasullullah" medengar permintaan itu, nabi terus berdiri menarik selendang beliau dan terus naik mimbar lalu berdoa Ya Allah, turunlah hujan. Hadis ini diriwayat oleh al-baihaqi.
1. Hadis ini ketika terjadinya kemarau, para sahabat datang kepada beliau kerana meminta hujan mereka sahabat ini tidak meminta terus kepada Allah taala tetapi datang kepada rasullullah supaya rasullullah saw meminta doa kepada Allah ini dinamakan tawassul dengan rasullullah atau istiqozah. Rasulllullah tidak menolak dan tidak pulak mengata supaya orang itu terus berdoa langsung kepada Allah dan tidak perlu datang kepada Rasullullah.
2. Rasullullah tidak marah mendengar syair itu mengatakan kalau keadaan sulit tidak ada tempat kembali melainkan kepada Rasul Ilahi. Rasulullah tahu faham bahawa para sahabat yang membaca syair itu bukan menganggap rasul itu tuhan hanya ucapan majaz iaitu pinjaman ucapan ini bukan syirik, kafir, tetapi ucapan biasa-biasa di ucap setiap hari
3. Dalam hadis ini juga boleh istiqosah mintak tolong kepada manusia jika dapat kesulitan seperti dikatakan hai kawan, tolonglah saya daripada kesulitan. atau hai teman, bebaskan saya dari kesulitan ini.
* jadi tidaklah terlarang seorang yang mendapat kesulitan mengatakan Ya Allah Ya Rasulullah yang pentingnya tidak mengittiqadkan bahawa Nabi Muhammad itu sama dengan tuhan.
Tersebut dalam Sahih Bukhori. “dari Anas Bin Malik bahawasanya Omar Ibnu Khattab apabila terjadinya kemarau minta hujan ia melalui Abbas Bin Abdul Mutalib maka beliau berkata Ya Allah bahawasanya kami telah bertawassul kepada engkau dengan nabi kami maka engkau turunkan hujan dan sekarang kami tawassul kepada engkau dengan nabi kami maka engkau turunkan hujan”. Dan kami tawassul kepada engkau dengan bapa saudara nabi kami maka turunlah hujan itu, maka dihujankan mereka itu.
Cuba kita lihat di dalam hadis ini sahabat nabi yang utama khalifah nabi yang kedua, Saidini Umar RA bertawassul dengan Nabi Muhammad Saw supaya diturunkan hujan pada musim kemarau. Jadi kita ummat rasullullah di suruh mengikuti Saidina Abu Bakar dan Saidini Umar sesudah kedua-duanya meninggal.
Dan lagi ketika Saidina Umar bertawassul dengan rasullulah dan dengan bapa saudara rasullullah nabi tidak menghalang tetapi membenarkan.
*Ini bererti atau bukti bahawa doa dengan bertawassul dan istiqosah di bolehkan dalam islam dan ibadat yang baik, di sini dapat dipahamkan kita boleh bertawassul berdoa,ber istiqosah yakni meminta bantuan kepada orang lain dengan erti dia itu bukan tuhan, tidak boleh memberi bekas dan kesan sesuatu hanya dia itu makhluk Allah yang lemah
Hanya yang menyampaikan sesuatu apa jua pun mudhorat atau manfaat ialah Allah jadi rasullullah para sahabat membolehkan dan memperaktikkan maka kita di suruh ikut.
Begitu juga dengan ubatan, nasi, air, api, angin tidak boleh memberi kesan dan Zat yang memberi bekas (kesan) hanya Allah. Barang siapa menganggapkan nasi, api, angin, ubatan dan lain-lain lagi memberi bekas, adalah ia syirik (kafir). Orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ikut Hassan As Shaari dan Abu Mansor Mathuridi mengittiqad semua itu tidak memberi bekas, yang memberi bekas ialah Allah semata-mata. Kita minum air apabila dahaga, bukan sembah air. Kita makan nasi apabila lapar,bukan sembah nasi, kita makan ubat apabila sakit, bukan sembah ubat, Cuma ialah adat sahaja.
Jadi kita mintak kepada Allah melalui Rasullullah, para sahabat, aulia, dan ulama soleh bukan kita beranggapan mereka itu tuhan atau ada kuasa lain yang memberi bekas.
Dalam Al-Quran ada diterangkan cerita Iskandar Zulqarnain yang menyatakan kepada kaumnya :
Surah Al-Kahfi ayat 90
Cuba lihat dan faham Iskandar Zulkarnain minta tolong kepada rakyatnya, adakah Zulkarnain minta tolong itu jadi kafir? Jawapannya tidak.
Dalam Al-Quran ada menyebut
“mintak bantuanlah dengan sabar dan sembahyang” dalam ayat ini disuruh dan dianjurkan supaya minta tolong atau minta bantuan dengan kesabaran dan sembahyang. Bermakna bukan
kita beranggapan sembahyang dan sabar yang menolong kita, bukan begitu, semuanya ialah Allah yang menolong, Insyaallah kalau kita sabar dan sembahyang, Allah akan tolong.
Lagi firman Allah
“hendaklah kamu tolong menolong dalam menyerjakan yang baik dan takwa”
soalannya adakah tolong menolong jadi kafir, jawapannya tidak,
kalau seseorang itu datang kepada ulama atau kepada orang soleh dannmeminta ulama itu mendoakan kepada Allah kerana ulama, orang soleh, dengan ilmunya amalannya lebih dekat diperkenan Allah berbanding dirinya. Meminta supaya anaknya atau wangnya itu dikembalikan.Adakah syirik?
Maka kami berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah orang yang beranggapan begini tidak jadi kafir bahkan digalakkan. Bermakna orang yang tidak mahu kepada bertawassul, istiqosoh, berdoa menyebut nama nabi adalah orang ini ketinggalan dan pandangannya sempit. Sedangkan ia tidak sedar bahawa ia pun bertawasul dan istiqosah.
Kerana dalam al-quran pun ada sebut tawassul dan makna istiqosah “wahai orang yang beriman,patuhlah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan kepadanya dan berjuanglah dijalan Allah. Mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”
Dalam ayat ini ada tiga hukum :
1. Wajib patuh kepada Allah.
2. Cari jalan mendekatkan diri kepada Allah
3. Disuruh berjuang dijalan Allah
Dalam Surah Al-Israk ayat 57.
“mereka mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhan”
Maka berdoa dengan bertawassul ialah mendoa kepada tuhan kalau kita perhatikan baik-baik, kita semua bertawassul di dalam satu-satu urusan seperti meminta pekerjaan sesuatu jawatan seperti qadi atau mufti terlebih dahulu mencari jalan bagaimana nak mendapatkan pekerjaan itu, oleh itu kita bertemu dengan sahabat kita yang rapat dengan ketua yang meluluskan mendapatkan pekerjaan itu, meminta pertolongannya supaya diterima permohonan kita maka inilah dinamakan tawassul (permohonan dengan wasilah)
Amal doa bertawassul serupa itu diamalkan oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah semenjak daripada dahulu lagi sampai sekarang tetapi Ibnu Taimiyah dan kawan-kawannya memfatawakan amalan seperti ini syirik atau kufur (nauzubillah).
akhir sekali saya membuat kesimpulan bahawasanya ijmak ulama atas boleh bertawassul kerana hadis yang sohih bahawasanya tiga orang masuk kedalam gua, maka jatuh batu yang besar kepada pintu gua itu, maka tidak dapat mereka itu keluar melainkan tawassul tiap-tiap seorang daripada mereka itu dengan amalan ikhlas malah banyak lagi hadis2 yang sohih dengan perkataan ulama yang membolehkan bertawassul, istiqosah dalam nasyid, qasidah dan doa. Sama ada orang yang hidup atau mati, kalau kita beranggapan orang hidup saja boleh bertawassul maka ia syirik kerana beranggapan orang hidup memberi bekas (kesan). Tidak orang mati sedangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegangan bahawa Allah semata-mata, tidak orang hidup maupun mati, mati cuma perantaraan sahaja.
Alhamdulillah seperti kerajaan Negeri Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, dan lain-lain lagi dapat menjayakan Program Mahabbah Rasul dengan sambutan yang menggalakkan. Adalah menjadi sangat baik manusia berselawat memohon pertolongan Allah melalui rasul dengan menyebut Al-Madad, Al Madad, Al Madad Ya Rasullullah, daripada menyanyi, menari, terlolong, terlalak, buka aurat, mat rempit, pesta sana sini, kenapa tidak di tegah.
Jadi keputusannya jika menghendaki melarang daripada bertawassul, istiqosah, berdoa, berselawat, maka telah menyalahi ijmak ulamak dan hadis yang sohih.
Dan tiap-tiap yang menyalahi dibuang jauh-jauh. Saya seru kepada orang ramai teruskan bertawassul, istiqosah, berselawat yang mana setiap tahun kita akan menyambut kedatangan Maulidur Rasul.
Ringkasan Oleh :
Ustaz haji Sobri Bin Osman.
Madrasah Al-ulum Ad-diniah Al-usmaniah Pondok Tanjung Kapur Kedah

No comments:

Post a Comment