Thursday, 30 April 2015

ISU MENGUSAP/MENCIUM KUBUR ORANG SOLEH - JAWAPAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH (SIRI 3)

ISU MENGUSAP/MENCIUM KUBUR ORANG SOLEH - JAWAPAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH (SIRI 3)
Terdapat gambar yang tidak jelas seorang sufi dituduh sujud di kubur. Jika gambar pun tidak jelas dan kabur mengapa berani letak tajuk menyembah kubur ?
Kemungkinan juga ahli sufi berkenaan mengusap/mencium kubur.
Allah suruh kita menyiasat dan menyelidik bukan terus menghukum :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦) .
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al Hujaarat: Ayat 6)
Adakah dalil mengenai mengusap/mencium di kubur/makam Rasulullah dan orang soleh ?
1. Sahabat Abu Ayyub al Ansori telah diriwayatkan mencium makam Nabi :
“Dawud ibn Salih berkata: pada suatu hari Marwan melihat seorang laki-laki menaruh wajahnya di atas makam Nabi sall llahu ‘alayhi wasallam. Marwan menegurnya, “Kau tahu apa yang kau lakukan?” Ketika Marwan sampai di dekatnya, orang tersebut menoleh dan memperlihatkan wajahnya ternyata orang tersebut adalah Abu Ayyub al-Ansari [salah seorang sahabat besar dari golongan Ansar). Sayyidina Abu Ayyub Al-Ansari radiyAllahu ‘anhu. berkata: “Ya, Aku datang kepada Nabi, bukan mendatangi batu. Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda "Jangan tangisi agama apabila diurus oleh ahlinya. Akan tetapi tangisilah apabila diurus oleh bukan ahlinya"
(Hadits riwayat Ibn Hibban dalam Shahihnya, Ahmad (5:422), Tabrani dalam Mu’jamul Kabir (4:189), Awsat, Ibnu Hajar Haythami dalam al-Zawa’id (5:245), al-Hakim dalam kitab Mustadrak (4:515), Tabrani dan al-Hakim, al-Subki dalam Syifa’ al-siqam (p. 126), hadits ini dishahihkan oleh IBNU HAJAR AL ASQALANI dan ADZ DZAHABI)
2. Sahabat Bilal radiyallahu 'anhu, muazzinur Rasul mengusap wajahnya ke makam Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.
Dari Abu al Darda bahawa Bilal radiyallahu 'anhu bermimpi Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan beliau bersabda kepadanya : "Mengapa kamu menjauh dariku wahai Bilal ? Belum tibakah waktumu berziarah kepadaku wahai Bilal ? Lalu Bilal terbangun dengan rasa gelisah dan takut. Lalu ia menaiki kenderaannya menuju Madinah. Lalu ia mendatangi makam Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menangis di sampingnya dan mengusap wajahnya kepadanya. Lalu datang Hasan dan Hussain. Ia (Bilal) merangkul dan mencium mereka. Lalu keduanya berkata kepada Bilal :
"Wahai Bilal, kami ingin mendengar azanmu yang dulu kamu azan untuk Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada waktu malam". Lalu Bilal melakukannya. Ia menaiki loteng masjid tempat ia azan dahulu. Ketika Bilal mengucapkan Allahu Akbar, Allahu Akbar, Kota Madinah menjadi gempar. Setelah ia berkata Asyhadu an La ilaha illaLlah, Madinah menjadi semakin gempar. Setelah ia berkata Asyhadu anna Muhammad RasuluLlah, maka kaum wanita keluar dari biliknya dan mereka berkata: "Apakah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah dibangkitkan kembali ?" Sehingga sepeninggalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah terlihat suatu hari yang lebih ramai orang-orang yang menangis, lelaki mahupun wanita dari hari tersebut ".
Diriwayatkan oleh al Ghassani dalam Akhbar wal Hikayat hal 45-46 dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq (7/137). Al Syaukani dalam Nail Al Authar (5/180): "Sanad hadith ini jayyid (bagus). Az Zahabi berkata dalam Siyar A'lam An Nubala' (1/358) : "Sanadnya lemah, dan hadithnya munkar. Kisah tersebut juga disebutkan oleh Al Nawawi dalam Tahzib al Asma' wa al Lughat dan al Mizzi dalam Tahzib al Kamal dan lain-lain.
3. Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bertanya kepada ayahnya tentang seorang lelaki yang mengusap kubur Nabi s.a.w. dan mimbar, lalu Imam Ahmad menjawab: “Tidak mengapa begitu”.
[Iqthida’ As-Sirat Al-Mustaqim m/s 401]
Dinukilkan juga oleh Ibnu Jamaah (as-Syafi’i) bahawasanya:
“Abdullah bin Ahmad bin Hambal pernah menceritakan perihal ayahnya. Ia (Abdullah) meriwayatkan: Aku pernah bertanya kepada ayahku tentang seseorang yang menyentuh mimbar Rasul dan bertabarruk dengan mengusap-usap juga menciumnya. Dan melakukan kuburan sebagaimana hal tadi (mengusap dan mencium) dengan tujuan mengharap pahala Allah. Beliau menjawab: “Tidak mengapa”
[Wafa’ al-Wafa’: 4/1414].
4. Imam Al-Hafiz Al-‘Iraqi meriwayatkan:
أخبرني أبو سعيد العلاني قال: رأيت في كلام ولد أحمد بن حنبل في جزء قديم أن الإمام أحمد سئل عن تقبيل قبر النبي صلى الله عليه وسلم وتقبيل غيره، فقال: لا بأس بذلك
Maksudnya: “Abu Sa’id Al-‘Allani memberitahuku bahawasanya: “Aku melihat dalam perkataan anak Imam Ahmad bin Hanbal dalam Juz’ Qadim (risalah ringkas yang lama) bahawasanya Imam Ahmad bin Hanbal ketika ditanya tentang mencium kubur Nabi s.a.w. dan mencium selainnya (selain maqam Nabi s.a.w.) lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa demikian”.
[Ar-Rad Al-Muhkam Al-Matin oleh Al-Ghumari m/s 273]
Dinukilkan juga oleh Sheikh Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Maqri dalam kitab Fathu al-Muta’al bi Shifat an-Ni’al:
“Dinukilkan daripada Waliyuddin al-Iraqi yang menyatakan: al-Hafiz Abu Sa’id bin al-‘Ala menyatakan: Aku melihat ungkapan Ahmad bin Hambal pada cetakan/bagian lama (juz’ qodim) dimana terdapat tulisan tangan Khath bin Nashir dan dari beberapa al-Hafiz lainnya yang menyatakan bahawasanya: “Sesungguhnya Imam Ahmad (bin Hambal) pernah ditanya tentang mencium kubur Nabi dan mencium mimbarnya. Lantas beliau berfatwa: “Hal itu tidak mengapa”.
Ia (al-Hafiz Abu Sa’id bin al-‘Ala) berkata:
“Lantas kutunjukkan hal itu kepada at-Taqi Ibnu Taimiyah kemudian dia terkejut dengan hal itu dengan menyatakan: “Aku hairan dengan (Imam) Ahmad yang sangat mulia disisiku, begini ungkapannya atau kandungan ungkapannya”.
Lantas (al-Hafidz Abu Sa’id bin al-‘Ala) berkata lagi:
“Adakah ia hal itu menghairankan sedangkan kita telah mengisahkan berkaitan dengan Ahmad bahawa ia telah mencuci baju As-Syafi’ie (Ibn Idris) dan lantas meminum air bekas cucian tadi”
[Lihat: Manaqib Ahmad karya Ibnu Jauzi m/s: 609, dan Al-Bidayah wa an-Nihayah 1/365 pada kejadian tahun 241 H].
Al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani berkata: “Sebagian ulama dalam mengambil kesimpulan/intisari (istinbath) tentang mengapa disyari’atkan mencium hajar aswad adalah dengan dengan dasar kebolehan mencium segala sesuatu yang berhak untuk dimuliakan; baik manusia atau lainya. Adapun tentang anjuran mencium tangan manusia (yang mulia) penjelasannnya telah lalu bahwa termasuk bentuk adab. Sementara anjuran terhadap selain manusia adalah dengan dasar (di antaranya) riwayat bahwa Imam Ahmad ditanya tentang mencium mimbar Rasulullah dan makamnya; beliau memandang itu bukan masalah (artinya boleh)”. (Wafa al Wafa Bi Akhbar Dar al Musthafa Karya Imam as Samhudi (W 911 H)
p/s : Alhamdulillah jelas dari hadith di atas terdapat amalan para salafussoleh yang mencium dan mengusap muka di kubur. Di Madinah makam Rasulullah ditutup terus dan makam para sahabat diratakan tidak dapat dikenali oleh umat Islam kecuali orang tertentu yang mahir di perkuburan berkenaan. Apatah lagi untuk bertabarruk sebagaimana para salafussoleh.
TInggalkan ajaran wahhabi yang terlalu bersangka buruk kepada sesama saudara seIslam, mudah menghukum kafir dan syirik tanpa hak yang dilarang oleh Allah dan RasulNya !.
Wallahua'lam bissawab.
SEBARKAN.

No comments:

Post a Comment