

Fakta keliru dalam artikel ini
1.Tajuknya membayangkan amalan ini rekaan sebahagian ulama Syafiie (boleh juga disebut bidah) dan tiada sandaran hadis (mungkin tajuknya editor yang buat)
2.Salah terjemahan kenyataan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari.Ibnu Hajar mengatakan berdasarkan nukilan dari Ibnu al-Munir hadis ini tidak boleh menjadi dalil tidak boleh menyapu dahi ketika solat kerana dia ada ihtimal pelbagai kalau adapun perbuatan tidak menyapu adalah perkara jibilliyyat bukan perkara ibadah mendekatkan diri pada Allah.(kesalahan faham makna Fathul Bari sangat ketara boleh lihat teks asal Fathul Bari jilid dua cetakan Dar al-Fikir halaman 322 Bab 151)
3.Ustaz Zahazan melepaskan tanggungjawab menjawab soalan sepenuhnya kepada buku Ustaz Zaharuddin tanpa teliti teks asal (ini tiada etika dalam ifta dan tahkik)
4.Menulis doa dalam riwayat dengan tulisan roman secara salah "ar rahmanar" "wal aza" (dimanakah sikap tahkik) mungkin alasannya kesilapan cetakan.
5.Haithami atau haisami ditulis Haitami.
6.Menjadikan masalah ini seolah-olahnya masalah khilaf mazhab sedangkan doa dan zikir seperti ini tidak disebut mazhab itu dan ini .Jika ada riwayatnya walaupun dhoif sebab untuk boleh mengamalkannya itu ada.
7.Meletakkan beban salah atas kitab Ianah tholibin seolah-olah pengarangnya menyendiri dalam nukilan.hadis ini Imam Nawawi membawanya dalam Azkar tidak lain tidak bukan kerana menurut pendapat beliau amalan ini boleh diamalkan.Juga dinukilkan dalam Hisn Hasin dan ditakhrijkan oleh as-Syaukani.(tengok sendiri dalam kitab asal)
8.Menggunakan kaedah sendiri dengan mengatakan bila tidak disebut dalam empat kitab mazhab Syafiie tersebut maka ia boleh disangkalan.
9.Ibnu Hajar al-Haitami menyebut amalan ini dalam kitab al-Iaab syarah Ubab (Nawawi dan ibnu Hajar Haitami dua muhaqqiq mazhab bergabung nak apa lagi)
10.Mendakwa masalah ini hanya disebut oleh ulama Syafiie sahaja sedangkan Tohtowi semasa mensyarahkan kitab Nur al-Idoh (kitab mazhab Hanafi)mendatangkan hadis ini untuk istidlal keharusan menyapu muka.
11.Tidak jumpa bukan makna perkara itu tiada.
Usap wajah lepas solat...
Dlm solat tuh ado doa..
Jadi bagik salam yg pertamo (ke kanan - rukun) ke kiri (sunat)...
Solat ekau dah selesai...
Kendian ekau nak usap muka takde masalah lah sbb tak masuk rukun, jadi ekau pung usap muka sbb doa yg terkandung dlm solat.. pung takdo masalah. Sbb Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pung usap muka lepaih berdoa.
Kendian Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni, sebut dalam kitabnya “Munyatul Musholli” halaman 18, antara lain: …Adapun termasuk sunnah yang dikerjakan ketika shalat, adalah bahwa Nabi SAW apabila selesai daripadanya maka beliau lalu menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: “Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kebingungan (stress) dan kedukaan.”
Doa nim ado dlm kitab al Azkar Imam Nawawi :
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).
Telah dikukuhkan juga perkara ini oleh Imam al-Syaukani dalam kitabnya Tuhfah al-Zakirin dengan ulasan status hadis:
هذا الحديث أخرجه الطبراني والبزار كما قال المصنف رحمه الله وهو من حديث أنس ابن مالك رضي الله عنه قال "كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا صلى وفرغ من صلاته مسح بيده وقال إلخ" وأخرجه ابن السني من حديثه أيضا بلفظ " كان رسول الله صلى الله عليه وسلم "إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال أشهد أن لا إله إلا الله هو الرحمن الرحيم الحمد لله اللهم أذهب عني الهم والحزن " قال في مجمع الزوائد بعد إخراج هذا الحديث: وفي إسناده زيد العمى وقد وثقه غير واحد وضعفه الجمهور وبقية رجال أحد إسنادي الطبراني ثقات وفي بعضهم خلاف وقد تقدم تفسير الهم والحزن فلا نعيده وأخرجه أيضا من حديثه الخطيب في التاريخ بلفظ " كان إذا صلى مسح بيده ". اهـ تحفة الذاكرين للشوكاني
Kendian toksah la ado plak yg berlagak hadith nih dhoief tak sahih... Ambe nak bgitau... salafussoleh pung amalkan hadith dhoief.. Jadik engko yg hidup lepas zaman salaf toksah la berlagak lebih-lebih. Dah la akhir zaman.. jauh dari zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam..
No comments:
Post a Comment