Berkaitan demgan isu Tsa'labah ibn Haathib yang hamba copy paste dari grup whatsaap. Semoga dapat memberi sedikit pencerahan.
KEKELIRUAN DALAM KISAH TSA'LABAH BIN HATIB
Dalam ayat و منهم من عاهد الله (التوبة 75) menyebutkan tentang satu kisah yang khas yang mana dinukilkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Mardawaih dan Baihaqi daripada riwayat Abu Umamah Bahili رضي الله عنه bahawa terdapat seorang yang bernama Sa’labah Ibnu Haatib Ansari yang datang kepada Baginda صلى لله عليه وآله وسلم dan meminta supaya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakannya menjadi kaya. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menanyakannya:- “Apakah kamu tidak menyukai tarikahku? Demi Zat yang mana jiwaku ditangannya, sekiranya aku mahu aku boleh menukarkan bukit-bukau di Madinah menjadi emas akan tetapi aku tidak menyukai harta yang banyak”. Maka, orang itu telah beredar kemudian datang kembali dan membuat permintaan lagi dengan berjanji bahawa:- Sekiranya aku mendapat harta aku akan memberikannya kepada orang yang berhak.
Maka Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakannya yang mana kesan daripada doa Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, kambingnya telah membiak begitu banyak sehingga bumi Madinah menjadi sempit baginya. Maka, dia telah berpindah ke luar Madinah dan hanya dapat menunaikan solat Zohor dan Asar sahaja bersama Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam di Madinah. Waktu lain, beliau laksanakan di hutan bersama hartanya. Kemudian kambingnya begitu menbiak sekali menyebabkan tempat itu pun juga menjadi sempit dan beliau terpaksa berpindah ke bandar lain yang lebih jauh dari Madinah. Dari sana, beliau hanya dapat menunaikan solat Jumaat sahaja di Madinah. Adapun solat yang lain beliau hanya tunaikan di bandar tersebut. Beberapa waktu kemudian, tempat itu juga menjadi sempit baginya menyebabkan beliau terpaksa berpindah begitu jauh daripada Madinah sehingga kesemua waktu solat tidak dapat dilakukan bersama Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Setelah beberapa lama, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam menanyakan khabar beliau. Orang ramai memberitahu bahawa hartanya begitu banyak sekali menyebabkan beliau berpindah jauh daripada Madinah. Mendengarkan itu, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda sebanyak tiga kali:- يا ويح ثعلبة (malangnya Sa’labah). Secara kebetulan, pada zaman itu telah turun ayat mengenai sedekah sehingga Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kepada orang Islam untuk membayar sedekah. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membuat kanun yang sempurna mengenai zakat haiwan dan telah melantik dua orang sebagai amil mengutip zakat dan diperintahkan supaya pergi kepada Sa’labah bin Haatib dan juga kepada satu orang daripada Bani Sulaim. Apabila mereka berdua sampai kepada Sa’labah dan menyampaikan sabdaan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepadanya, Sa’labah mula berkata:- “Kalau begitu, ini adalah jizyah yang sepatutnya diambil daripada orang kafir”. Kemudian dia berkata:- “Kalau begitu, kamu pergi dulu dan datang kembali selepas ini”. Maka mereka berdua telah beredar. Manakala satu orang daripada Bani Sulaim setelah mendengar sabdaan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, beliau telah memilih kambing dan unta yang terbaik sebagai nisab sedekah dan menyerahkannya kepada utusan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Kedua mereka berkata:- “Kami diperintahkan untuk tidak mengambil binatang jenis yang terbaik malah hanya jenis yang sederhana sahaja. Oleh itu kami tidak dapat menerimanya”. Beliau begitu menekan mereka supaya menerima zakatnya itu. Kemudian kedua Amil itu telah kembali datang kepada Sa’labah. Sa’labah lalu berkata:- “Tunjukkan kepada aku kanun sedekah”. Lalu ditunjukkan kepada beliau. Beliau lalu berkata:- “Ini adalah satu bentuk jizyah yang tidak sepatutnya diambil daripada orang Islam. Baiklah kamu pergi dulu, aku akan fikirkannya dan akan membuat keputusan nanti”.
Apabila keduanya pulang ke Madinah dan datang berjumpa Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum menanyakan hal Sa’labah mengucapkan:- “Ya Waiha Sa’labah(seperti yang diucapkan sebelum ini). Akan tetapi Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam begitu gembira mendengarkan khabar ahli Sulaim. Lalu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakannya. Maka telah turun ayat ومنهم من عاهد الله الى الاخر yakni diantara mereka ada yang membuat perjanjian dengan Allah lalu Allah mengurniakan kepadanya harta dan dia mensedekah khairatkan hartanya. Apabila Allah mengurniakan harta dengan rahmatNya, dia mula menjadi bakhil dan berpaling daripada mentaati Allah dan Rasul. Yakni Allah telah memasukkan nifaq ke dalam hati mereka disebabkan perbuatan buruk dan perlanggaran perjanjian mereka dan sekarang mereka tidak diberi taufiq untuk bertaubat.
Faedah: Dari sini diketahui bahawa setengah daripada kesan amalan yang buruk akan menyebabkan kita ditarik taufiq untuk bertaubat.
Ibnu Jarir selepas menyebutkan riwayat ini pada akhirnya menulis:- “Apabila Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam mengucapkan:- “Ya Waiha Sa’labah, maka dalam majlis itu terdapat juga kaum kerabat Sa’labah. Bila saja mereka mendengarkan ini, mereka bersegera pergi kepada Sa’labah dan menyampaikannya serta mula mengutuknya lalu memberitahunya:- “Disebabkan kamu telah turun ayat Al-Quran hari ini. Apabila mendengarkan ini, Sa’labah mula menjadi takut dan bersegera ke Madinah dan meminta supaya zakatnya diterima. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:- “Allah melarang daku daripada menerima sedekah dan zakatmu”. Mendengarkan itu, Sa’labah mula meletakkan tanah keatas kepalanya. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:- “Ini adalah disebabkan amalan kamu. Aku telah memerintahkan kamu tetapi kamu tidak mentaatinya. Sekarang sedekah kamu tidak dapat daku terima”. Sa’labah lalu pulang dengan putus asa. Beberapa hari selepas itu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam telah wafat dan Abu Bakar Siddiq telah menjadi khalifah, Sa’labah telah datang kepada beliau dan berkata:- “Terimalah zakatku”. Siddiq Akbar r.a berkata:- “Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak mahu menerimanya, bagaimana aku menerimanya?” Kemudian selepas kewafatan Abu Bakar, Sa’labah datang kepada Umar dan membuat permintaan yang sama dan jawapan yang sama diberi. Kemudian tiba zaman Usman Ghani r.a , permintaan yang sama dibuat. Usman r.a juga telah mengingkarinya dan di zaman pemerintahan Usmanlah Sa’labah telah meninggal dunia. (Tafsir Mazhari).
Keterangan: Di sini timbul persoalan apabila Sa’labah datang untuk bertaubat, kenapa taubatnya tidak diterima? Sebabnya yang zahir adalah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah pun mengetahui dengan perantaraan wahyu bahawa sekarangpun beliau tidak datang untuk bertaubat dengan ikhlas dan di dalam hatinya terdapat sifat nifaq dan beliau datang atas maslahat tertentu untuk mengaburi mata orang Islam. Disebab inilah zakat beliau tidak diterima Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dan apabila Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengikrar beliau sebagai munafiq, maka khalifah selepas Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga tidak ada hak untuk menerimanya kerana syarat untuk memberi zakat mestilah seorang itu Islam.(Tafsir Maariful Quran oleh Mufti Syafi’ Uthmani Jilid 4/muka surat 426-428)
Dari penjelasan ini dapat kita ketahui bahawa Mufti Syafi’ juga berpegang pendapat bahawa Tsa’labah dalam kisah ini adalah seorang yang munafik dan Tsa’labah ini bukannya Tsa’labah Ibnu Hatib yang terlibat di dalam perang badar. Ini kerana terdapat dua orang Tsa’labah yang berlainan. 1) Tsa’labah yang terlibat dalam perang Badar bersama Rasulullah SAW. Namanya adalah Tsa’labah Bin Amar Bin Ubaid Bin Mihsan Al-Ansari r.a dan Beliau syahid pada perang Uhud.(Tahziibul Kamal Jilid 2/ms 171 no 845 dan Taqribut Tahzib Jilid 1/ms 113 no 844)
2) Tsa’labah yang ke dua adalah Tsa’labah dalam kisah zakat di atas namanya adalah Tsa’labah Bin Hatib dan dikatakan juga namanya Tsa’labah Bin Abi Hatib dan dia berasal dari Bani Umayyah Bin Zaid dan Beliau meninggal pada zaman Uthman Ghani r.a (Ruuhul Maani Jilid 9-10 ms 455)
Di dalam kitab Mu’jamus Sahabah yang di tahkik oleh Syeikh Khalil Ibrahim telah menyebut :
وقد فرق الحافظ ابن حجر بين ثعلبه ابن حاطب صاحب هذه القصة الزي توفي في خلافة عثمان و بين ثعلبه بن حاطب الصاحب البدري الزي أستشهد بأحد
Sesungguhnya telah membezakan oleh Hafiz Ibnu Hajar Rh.a di antara Tsa’labah Bin Hatib yakni tuan kisah (zakat) yang mana wafat pada zaman Uthman r.a dengan Tsa’labah Bin Hatib sahabat yang pernah menyertai Badar yang syahid pada perang Uhud. ( Mu’jamus Sahabah Jilid 3/ ms 928 cetakan Darul Fikr).
Begitu juga apa yang diterangkan di dalam Tafsir Ruhul Maani oleh Allamah Aluusi Rh.a yang di tahkik dan takhrij oleh Syeikh Sayyid Muhammad Sayyid dan Syeikh Sayyid Ibrahim Imran di bawah tafsir ayat 75 surah Taubah beliau menyebut:
واما ثعلبه بن حاطب الانصاري ففي ترجمته خلط كثير اهو رجل واحد ام لا؟ اولهما الزي اخي رسول الله صعل بينه و بين معقب بن الحمرا و الزي شهد بدرا واحدا و الاخر هو صاحب هذه القصة: ان الاول قتل قتل يوم احد و جعلهما بعضهم رجلا واحدا و نفوا ان يكون قتل يوم احد
Adapun Tsa’labah Bin Hatib Al-Ansari padanya terdapat kekeliruan yang banyak: adakah beliau orang yang sama atautidak? Salah satunya Tsa’labah yang mana telah dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW dengan Ma’qab Bin Al-hamara’ dan beliau pernah menyertai Badar dan yang ke-dua Tsa’labah pada kisah (zakat) ini: Adapun yang pertama, terbunuh pada perang Uhud. Setengahnya telah mengirakannya sebagai orang yang sama dan menafikan bahawa ianya terbunuh pada perang Uhud.
Tinggal lagi kekeliruan yg ditunjukkan oleh saudara Suhili Nain begitu nyata seolah-olah menzahirkan ketidak cerdikan dirinya apabila merujuk kepada kitab Al-Isobah karya Ibnu Hajar Asqalani..dia mengatakan Ibn Hajar memasukkan pada dua tempat orang yang bernama Tsalabah Bin Hatib 1) pada no 930 dan 2) pada no 931 dan dia mendakwa ke dua-dua tempat itu adalah orang yang berlainan.cuba perhatikan dakwaan Suhili di bawah:
Justeru saya telah merujuk al-Ishabah dan mendapati Ibnu Hajar al-Asqalani meletakkan nama Tsa’labah bin Hatib pada dua tempat iaitu (no. 930) dan (no. 931).
Jika dilihat secara seimbas lalu seolah-olah keduanya adalah dua orang yang berbeza. Namun begitu, apabila membaca penjelasan Ibnu Hajar al-Asqalani dalam (no. 931) ternyata ia adalah orang yang sama dalam biografi (no. 930) cuma penjelasannya lebih terperinci pada bahagian (no. 931).
Kepeningan apakah ini? Apa guna mana-mana Musannif meletakkan dua nombor yang berbeza untuk menjelaskan orang yang sama??
Sekiranya ianya adalah orang yang sama sudah tentu Musannif meletakkan pada nombor yang sama. Pengasingan Musannif di dalam nombor yang berbeza itu adalah untuk menonjolkan perbezaan identiti dan individu Rijal itu sendiri. Maka kita katakan Tsalabah (no 930) itu adalah Tsalabah kisah zakat dan yang meninggal pada zaman Uthman r.a manakala Tsalabah yang ber (no 931) itu adalah Tsalabah yang terlibat dalam perang Badar dan syahid pada perang Uhud.pernyataan Suhili sendiri menyokong pendapat kita.cuba lihat pernyataanya di bawah:
Buktinya, Ibnu Hajar al-Asqalani sendiri menyebutkan bahawa Tsa’labah bin Hatib (no. 931) adalah termasuk ahli Perang Badar.
Untuk memastikan Tsa’labah bin Hatib (no. 930) dan (no. 931) adalah orang yang sama, saya telah merujuk kepada ats-Tsiqat Ibnu Hibban (no. 155) di sana jelas bahawa Tsa’labah bin Hatib (no. 930) dalam al-Ishabah wafat pada zaman Utsman bin Affan sama seperti Tsa’labah bin Hatib (no. 931) dalam al-Ishabah.
Justeru, jangan kita cepat membuat keputusan lalu meminggirkan pendapat Ulamak yang Muktabar dek kerana yakin dengan tahkik 10 sen kita. والله اعلم بالصواب
RUJUKAN KITAB
1. Tafsir Maariful Quran oleh Mufti Syafi’ Uthmani Jilid 4/muka surat 426-428
2. Tahziibul Kamal Jilid 2/ms 171 no 845 dan Taqribut Tahzib Jilid 1/ms 113 no 844
3. Ruuhul Maani Jilid 9-10 ms 455
4. Mu’jamus Sahabah Jilid 3/ ms 928 cetakan Darul Fikr
5. Tafsir Ruhul Maani oleh Allamah Aluusi Rh.a yang di tahkik dan takhrij oleh Syeikh Sayyid Muhammad Sayyid dan Syeikh Sayyid Ibrahim Imran di bawah tafsir ayat 75 surah Taubah.
6. Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Al Asqalaniy
7. ats-Tsiqat Ibnu Hibban (no. 155)
8.
ABU UKASYAH
Hulu Langat
Selangor.
30 April 2015
No comments:
Post a Comment