ISLAM LAKSANA SEBATANG POKOK YANG SEMPURNA
Agama Islam yang telah kita akui, yang telah kita warisi itu sebenarnya cantik dan indah. Sebab itu kedatangan Rasulullah SAW itu adalah rahmatan lil alamin, Kerana diberi peraturan hidup yang disebut dinul Islam. Kalau benar-benar difahami, diamalkan dan diperjuangkan di semua bidang dan aspek secara keseluruhan (kebulatan), bukan hanya di sudut tertentu maka sudah tentulah Islam itu akan membawa manusia berkasih sayang, menghubungkan silaturahim, menngukuhkan ukhuwah, anak-anak akan taat pada ibu dan ayah, ibu ayah akan senantiasa memberi kasih pada anak-anak, isteri-isteri sentiasa patuh kepada suami selain kepada ALLAH dan Rasul, suami-suami senantiasa memberi simpati pada isteri-isterinya.
Kalau pemimpin dia akan dapat menjadi payung bagi seluruh masyarakat, dia akan dapat melakukan keadilan kepada seluruh rakyat. Kalau ulama akan menjadi obor, penasihat kepada seluruh peringkat masyarakat. Kalau orang kaya akan terdorong menjadi bank, sehingga tidak perlu lagi membangun bank Islam. Selain itu Islam juga akan mendorong peniaga bertindak jujur dalam perniagaan, orang miskin akan redha dalam kemiskinan, atau setidaknya sabar. Masyarakat akan bersih dari maksiat, krisis, kejahatan, perkelahian dan peperangan, hingga manusia hidup harmoni, berpadu, aman, damai, selamat dan bahagia. Itu yang dikatakan Al Jannatul Ajilah, Syurga yang disegerakan di dunia sementara yang kemudian akan dihadiahkan kepada mereka yang mencetuskan keselamatan dan kebahagiaan sejati lagi hakiki ialah Syurga ALLAH di Akhirat kelak.
Yang malangnya dalam pengalaman hidup kita selama ini, kita belum dapat merasakan Islam itu cantik dan indah. Kita belum dapat merasakan ketenangan agama Islam, kebahagiaan agama Islam, merasakan kedamaian Islam, melihat suatu masyarakat yang bersih dari kemungkaran, kejahatan dan bersih dari segala bentuk krisis. Kita belum dapat merasakan kecantikan dan keindahan agama Islam. Kenapa ? Kerana sudah ratusan tahun setidak-tidaknya 700 tahun yang sudah, sesudah jatuhnya kerajaan Islam, Khalifah Usmaniyah di Timur Tengah, sejak itulah umat Islam seluruh dunia tidak mempelajari, memahami dan seterusnya memperjuangkan Islam itu secara kebulatan, secara keseluruhan, secara scope yang luas. Yang kita fahami hanya yang di sudut-sudut tertentu, di juzuk-juzuk tertentu.
Sebagaimana yang diminta oleh ALLAH, masuklah Islam secara keseluruhan.
Untuk mudah difahami, akan dibuat perbandingan Islam yang begitu cantik dan indah laksana sebuah istana dan mahligai yang cantik dan indah. Kita tidak dapat merasakan kecantikan dan keindahannya, lebih-lebih lagi tidak akan dapat merasakan keselamatan dan kebahagiaan, kalau kita hanya mendengar cerita istana itu dari mulut orang, atau kita melihat istana itu dari jarak yang jauh, di dalam suasana yang samar-samar. Mungkin yang kita lihat dari jauh itu atapnya saja, mungkin yang kita lihat sebahagian dinding istana, atau beberapa pohon yang berada di kawasan pekarangan istana. Mungkin yang kita lihat sebahagian pagar istana. Yang paling malang kalau kita terlihat dari jauh itu longkang istana. Kalau ada orang yang pernah melihat istana dari dekat, bahkan sudah masuk kawasan istana luar dan dalam, kemudian ia berkata istana itu indah dan cantik bahkan rasa selamat, orang yang melihat dari jauh bahkan hanya melihat longkangnya saja pasti akan menafikan dan menolak.
Kalau kita hendak melihat istana itu cantik dan indah lebih-lebih lagi untuk merasakan tenang dan damai dalam istana itu, mesti kita lihat dari dekat, kemudian masuk, lihat luar dan dalam, jangan ada yang tak kita lihat. Waktu itu kita akan mengagumi istana bahkan rasa aman dan selamat, kita akan bertahan dan tidak ingin pergi dari istana itu, lupa segala-galanya.
Begitulah kalau kita ingin merasakan Islam itu cantik dan indah sejak di dunia dan kita hendak merasakan aman dan damai sejak di dunia, maka hendaknya kita pelajari, fahami dan kita amalkan, kemudian kita perjuangkan ajaran Islam itu secara keseluruhan, skop yang luas, bukan di aspek-aspek tertentu atau di juzuk tertentu sahaja seperti yang kita lakukan 700 tahun lamanya.
Kalau begitu akan digambarkan bagaimana bentuk ajaran Islam yang sempurna, yang lengkap, yang menyeluruh, secara kebulatan, secara ilmiah, hingga kita dapat melihat bagaimana rangka atau structure Islam itu secara keseluruhan. Kalau secara ilmiah orang dulu belajar Islam setidak-tidaknya 10 tahun bahkan ada yang 20-30 tahun mengaji Islam. Tapi di sini akan diketengahkan jalan yang kedua, secara singkat, shortcut, dengan membuat perbandingan, bukan dari fikiran, menggambarkan melalui perbandingan yang berasal dari ALLAH, ALLAH ada membandingkan ajaran Islam yang sempurna itu dibandingkan dengan sebatang pohon yang lengkap.
Aku teringat akan dua potong ayat Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 24 hingga 25 yang bermaksud :
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. ALLAH membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. ALLAH membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat
[ Surah Ibrahim 24-25 ]
Titik tolak berawal dari ucapan kalimah Tayyibah. Kalau ada orang berkata seorang pakar yang mampu menguraikan kalimah Tayyibah, keluar isi kandungan Al Qur'an dan Sunnah dari kalimah tersebut. Sebab itu ALLAH pilih siapa yang ingin masuk Islam melalui gerbang kalimah Tayyibah, secara automatik dia mengaku akan mengamalkankan Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Kerana itu barang siapa yang mengucapkan lailaha illALLAH masuk Syurga, tapi bukan sekadar ucapan, di samping mengucapkan dapat memahami kehendaknya, dapat mengamalkan, juga memperjuangkan kehendaknya. Kalau hanya sekadar ucapan, terlalu mudah.
Jadi ALLAH telah menggambarkan ajaran Islam secara kebulatan itu laksana sebatang pohon yang rendang, yang akar tunjangnya benar-benar terjunam dan mencengkam ke bumi dan pucuknya menjangkau langit, membuat pohon itu setiap masa dan ketika berbuah dengan izin ALLAH SWT.
Cuba kita kaji tentang pohon yang sempurna dan rendang untuk membantu kita memahami ajaran Islam secara keseluruhan, tetapi secara ringkas, general dan secara umum.
Pohon apapun kalau akar tunjangnya benar-benar terjunam ke bumi menjadikan pohon itu gagah, kuat, teguh, ketika datang angin ribut, angin kencang, pohon itu tidak akan jatuh, tidak akan tumbang. Kalaupun ada yang jatuh, hanya daun-daun kering, ranting-ranting yang telah lama diatas yang hanya merusak pohon. Begitulah satu isyarat ALLAH kepada kita, orang yang benar-benar beriman, berjiwa Tauhid, roh Islamiah, dapat merasakan sampai peringkat hati. Tetapi banyak kita dengar ceramah-ceramah atau melalui berita di surat khabar, “mari tegakkan fikrah islamiah”. Itu satu kesalahan. Peringkat awal mungkin boleh fikrah Islamiah melalui bacaan dan pelajaran, tapi peringkat selanjutnya mesti dididik hingga berjiwa Islam.
Orang berjiwa Islam tak perlu terlalu banyak ilmunya. Walaupun sederhana ilmunya tapi sampai peringkat berjiwa Islam, imannya kuat, teguh, jadi sampai takut dengan ALLAH, gerun dengan ALLAH, cinta dengan ALLAH. Hati yang merasakan, bukan akal.
Jadi orang yang benar-benar berjiwa Islam, tauhidnya benar-benar terjunam dalam hati. Orang yang imannya begitu teguh, walaupun diuji dengan berbagai-bagai ujian, baik diuji dengan nikmat maupun diuji dengan siksaan, imannya tidak akan tumbang, Islamnya tidak akan jatuh, akhlaknya tidak akan terabai. Walaupun diserahkan dunia kepadanya, diberi pangkat besar, diberi kereta besar, rumah, tapi iman tidak akan tumbang. Bahkan makin bersyukur, makin halus akhlaknya. Walaupun diuji dengan penderitaan, walau papa kedana, makin kuat imannya, Islamnya tidak akan terabai, budi bertambah halus, akhlak bertambah kuat.
Tetapi kalau iman belum bertunjang dalam hati, baru berfikiran Islam, diuji dengan sedikit ujian, Islamnya runtuh, imannya roboh. Sedikit sakit, sudah tidak solat, kalaupun solat sudah tak khusyuk.
Pohon yang sempurna, kalau dapat difahami akan membantu kita memahami Islam secara lengkap. Pohon yang lengkap yang rendang, yang sempurna, terdiri dari :
Akar tunjang
Batang
Dahan-dahan besar, dahan-dahan kecil
Ranting-rantingnya banyak
Daunnya banyak
Bunganya banyak
Buahnya banyak
Ada isi buah dan ada rasa isi buah
Batang
Dahan-dahan besar, dahan-dahan kecil
Ranting-rantingnya banyak
Daunnya banyak
Bunganya banyak
Buahnya banyak
Ada isi buah dan ada rasa isi buah
Rasa isi buah itu adalah soal hakikat, maknawi, abstrak, tidak dapat disyarahkan. Kalaupun ada yang mendapatkan rasa hati yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambaNya yang dia pilih, yang telah dicabut sifat-sifat mazmumah, hingga membuat hati orang itu tenang dan bahagia, walapun menderita, miskin dan sakit. Terlebih lagi bila dia kaya, itu yang dikatakan Syurga dunia. Syurga yang disegerakan. Apakah dapat diceritakan ?
Bila orang itu meninggal maka rohnya akan diarak oleh kekasih-kekasih ALLAH dan para malaikat. Dia redha kepada ALLAH dan ALLAH redha kepadanya. Sebab itu ada ulama yang mengatakan, orang yang jiwanya tidak selamat di dunia, tidak dapat kebahagiaan di Akhirat.
Begitulah ajaran Islam, ada yang berkedudukan seperti akar tunjuang, batang, daun, dahan, bunga, buah, isi buah dan rasa isi buah. Persoalan Iman (aqidah) seperti mempelajari, memahami dan meyakini rukun Iman yang enam. itu soal aqidah, yang ada dalam ajaran Islam, itu baru akar tunjang.
Rukun Islam yang lima yang terpentingnya solat, hingga Rasulullah SAW bersabda, barang siapa meninggalkan solat, nyata dia kafir. Solat kalau laksana pohon tadi, itulah batang.
Rukun Islam yang lain kalau nisbah kepada pohon tadi, itulah dahan-dahan besar.
Sedangkan fardhu kifayah yang banyak kita dapati dalam ajaran Islam itulah dia dahan-dahan kecil. Walaupun yang kita tahu selama ini hanya dua sahaja perkara fardhu kifayah, sebab dua hal itu saja yang disyarahkan kepada umat, iaitu solat fardhu berjemaah dan menyelenggarakan mayat. Kita tidak faham menegakkan pendidikan secara Islam itu fardhu kifayah, kita tidak faham menegakkan amrun bil makruf wa nahyun anil mungkar itu fardhu kifayah, kita tidak faham jihad itu fardhu kifayah, kita tak faham menegakkan ekonomi secara Islam itu fardhu kifayah. Kita tidak faham menegakkan negara Islam itu fardhu kifayah. Begitulah banyaknya fardhu kifayah sampai peringkat antarabangsa.
Dahan-dahan kecil lebih banyak daripada dahan-dahan besar. Perkara-perkara yang sunat, baik yang muakkad maupun yang ghairu muakkad, termasuk perkara yang mubah, boleh kita jadikan ibadah, dengan syarat menempuh lima syarat. Ibadah furu' ini lebih banyak lagi dari ibadah pokok. Itulah ranting-ranting, daun-daun dan bunga-bunga. Buah belum ada lagi. Buah Islam kalau nisbah kepada pohon, itulah dia akhlak yang baik, budi pekerti yang baik, khusnul khuluq.
Jadi baru kita faham, ibadah yang fardhu ain, fardhu kifayah, sunat muakkad, ghairu muakkad dan yang mubah itu adalah untuk membuahkan akhlak yang baik sebagai tujuan.
Buah Iman dan Islam adalah akhlak, buah ibadah adalah akhlak. Jadi kalau orang menegakkan ibadah, dengan tujuan untuk melahirkan buah akhlak, supaya akhlak jadi pakaian kita, akhlak itu nilai diri manusia. Kalau begitu seorang itu ibadahnya walau banyak sekalipun tapi tidak dapat melahirkan buah akhlak, maka ibadah orang itu tidak ada nilai di sisi ALLAH, nilainya rendah. Tetapi walaupun hanya ibadah yang fardhu tapi dapat melahirkan buah akhlak yang mulia, lebih baik dari ibadah yang banyak tapi tidak dapat melahirkan buah akhlak. Jadi kalau orang yang menanam pohon rambutan tapi tak ada buah rambutan, senasib dengan orang yang tidak menanam pohon rambutan.
Sebab itu orang yang menegakkan amal ibadah walaupun banyak, tapi tidak berakhlak tidak dinilai oleh ALLAH SWT. Ada dua cerita dalam Hadis Rasulullah SAW, :
Pernah Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat, kemudian Rasulullah SAW berkata, saya memiliki seorang jiran wanita, dia berpuasa siang harinya dan di malam harinya solat tahajjud, tetapi ia ahli Neraka. Sahabat bertanya, bagaimana wanita itu menjadi ahli neraka sedangkan perempuan itu kuat beribadah ? jawab baginda Rasulullah SAW, wanita itu selalu menyakiti tetangga dengan lidahnya. (Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli Neraka. Kenapa ? Sebab ibadah tak berbuah. Jadi orang yang menyakiti orang lain, ibadahnya tidak melahirkan akhlak.
Sementara itu, satu hari Rasulullah SAW bercerita di hadapan sahabat, tidak lama lagi akan datang seseorang di majlis ini, dia ahli Syurga. Kalau Rasulullah SAW berkata, dia itu ahli Syurga, maka itu pasti ahli Syurga. Jadi sahabat menunggu siapa yang akan datang. Tak lama kemudian datang seorang pemuda. Setelah kuliah, ada di kalangan sahabat yang ingin mengambil perhatian dan ingin tahu apa amalan pemuda itu sehingga Rasulullah SAW sebut dia ahli Syurga. Sahabat itu mengikuti sampai ke rumah dan meminta izin untuk bermalam. Sahabat ingin melihat apa amalannya hingga Rasulullah SAW sebut, pemuda itu ahli Syurga. Jadi setelah diikuti sepanjang malam, tidak ada yang istimewa, solat sunat tak banyak yang dibuat, tahajud witir sahaja. Lepas subuh sahabat bertanya, …. “Waktu kuliah semalam Rasulullah SAW berkata, sebelum saudara datang, sebentar lagi akan datang soernag ahli Syurga. Saya ingin tanya apakah amalan saudara, sampai dapat dikatakan ahli Syurga”….. Jawab Si Pemuda, …. “Saya dalam seumur hidup bukan saja tidak ada hasad dengki dengan orang, niat untuk hasad dengki pun tidak ada.´…. Jadi ibadah yang sedikit tetapi berbuah akhlak yang mulia. Orang yang tidak ada hasad dengki adalah orang yang akhlaknya tinggi.
Rupanya sahabat tadi walaupun ibadahnya sederhana, tapi ibadahnya berbuah, Sementara wanita tadi walaupun ibadahnya banyak tapi tidak berbuah, tidak berakhlak, menjadi penghuni Neraka.
Jadi akhlak adalah buah ibadah, kalau orang beribadah tak dapat akhlak yang mulia maka ibadahnya tidak ada nilai di sisi ALLAH.
TAPIi jangan sampai sama sekali tak beribadah, yang penting berakhlak. Sahabat yang kita ceritakan tadi, ibadah asas tak tinggal. Jangan sampai tertinggal ibadah asas. Kalau kita semua dapat membuat ibadah asas, yang sunat tak dapat buat tak apa, tapi dapat berakhlak, itu lebih besar nilainya daripada sahabat yang ibadahnya kuat tetapi tidak berakhlak. Ibadah asas mesti dibuat. Jangan sampai keliru, tak buat solat, tak kerjakan puasa, pokoknya berakhlak.
Akhlak terbagi 2 :" Akhlak kepada ALLAH " dan “Akhlak kepada sesama manusia”
Akhlak kepada ALLAH :
1. ALLAH uji dengan sakit dan miskin, kita sabar. Jadi kalau orang itu diuji oleh ALLAH, dia tidak sabar, sebenarnya dia kurang ajar dengan ALLAH.
2. Kalau ALLAH tentukan suatu ketentuan kepada kita, kita mencari rezeki tapi dapat sedikit mesti redha. Sudah belajar sungguh-sungguh tapi tak lulus, mesti redha. Ingin jadi kaya, tapi ALLAH tentukan miskin juga, mesti redha. Redha menerima ketentuan dari ALLAH, itu akhlak. Jadi kalau orang tak redha dengan ketentuan ALLAH ertinya orang itu kurang ajar, biadab dengan ALLAH.
3. Merasa takut, gerun, cinta, malu, rasa selalu diawasi itu adalah akhlak kepada ALLAH. Kalau orang senantiasa terasa ALLAH mengawasi dia, malu kepada ALLAH, malu untuk buat jahat.
2. Kalau ALLAH tentukan suatu ketentuan kepada kita, kita mencari rezeki tapi dapat sedikit mesti redha. Sudah belajar sungguh-sungguh tapi tak lulus, mesti redha. Ingin jadi kaya, tapi ALLAH tentukan miskin juga, mesti redha. Redha menerima ketentuan dari ALLAH, itu akhlak. Jadi kalau orang tak redha dengan ketentuan ALLAH ertinya orang itu kurang ajar, biadab dengan ALLAH.
3. Merasa takut, gerun, cinta, malu, rasa selalu diawasi itu adalah akhlak kepada ALLAH. Kalau orang senantiasa terasa ALLAH mengawasi dia, malu kepada ALLAH, malu untuk buat jahat.
Akhlak kita kepada sesama manusia :
Lemah lembut
Pemurah
Kasih sayang
Lemah lembut
Pemurah
Kasih sayang
Tidak ada hasad dengki dengan orang, tidak pendendam, tidak pemarah, itu akhlak.
Kita beribadah untuk melahirkan akhlak. Jadi akhlak dalam ajaran Islam kalau dinisbahkan sebatang pohon untuk merupakan buah.
Kita beribadah untuk melahirkan akhlak. Jadi akhlak dalam ajaran Islam kalau dinisbahkan sebatang pohon untuk merupakan buah.
Kalau seorang itu hanya dapat menegakkan aqidah dalam dirinya, tapi tidak berbuat, tidak melaksanakan atau orang hanya sekadar beraqidah tapi tidak melaksanakan perintah ALLAH, kalau dinisbahkan pohon adalah pohon yang baru ada akar tunjang. Belum dapat bermanfaat kepada kita. Setelah beraqidah, ada yang solat saja, zakat dan puasa tak buat, fardhu kifayah tak buat, kalau nisbah kepada pohon tadi, pohon yang hanya ada akar tunjang dan batang, belum sempurna juga. Ada yang rukun Islamnya beres, fardhu kifayah tak buat, ibadah sunat tak buat dan seterusnya, orang yang seperti itu ibarat pohon yang belum sempurna. Sebahagian orang dapat melaksanakan perkara sunat walaupun tak penuh, yang mubah dapat sedikit banyak dijadikan ibadah, orang yang seperti itu kalau ibarat pohon, sudah ada sedikit daun, sedikit bunga, tapi buah belum ada. Kalau sudah memiliki beberapa akhlak yang baik dalam Islam, kalau dinisbahkan pohon maka sudah ada buah. Pohon itu sudah sempurna, sudah lengkap, hanya saja belum rimbun dan belum subur.
Kalau umat Islam itu dapat menegakkan Islam menurut gambaran yang akhir secara mayoritas, tentu umat Islam sudah ada kekuatan. Perpaduan, kemajuan, tamadun sudah dibangunkan, syiar sudah nampak di mana-mana. Terlebih lagi yang paling sempurna, lebih-lebih secara sempurna. Secara sempurna, pohon yang sudah rendang, sudah rimbun, bila kita lihat menarik hati dan indah. Sejuk hati kita, semua orang senang. Siapa saja berteduh di bawahnya pohon itu dapat melindungi dari panas matahari. Pohon itu dapat memberi khidmat kepada semua orang yang mendekat, semua orang suka datang, suka berteduh, bukan hanya manusia bahkan burung-burung pun menjadikannya tempat bermain.
Kalau Islam laksana pohon yang sempurna itu dapat ditegakkan oleh majoriti umat Islam barulah umat Islam ini gagah, berpadu, menjadi payung, bukan saja memayungi umat Islam bahkan yang bukan Islam pun layak duduk di bawah payung umat Islam. Waktu itu umat Islam akan diberi kekuasaan sebagaimana zaman gemilangnya dahulu. Dunia ini akan diserahkan kuasa. Tak perlu dakwah banyak-banyak, orang lihat gambaran Islam begitu cantik, berpadu, berkasih sayang, bersih dari kejahatan, dengan sendirinya orang bukan Islam akan berbondong-bondong masuk Islam, terasa masyarakat cantik dan indah.
Tetapi kalau kita bawa kepada diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negara kita, orang Islam seluruh dunia saat ini, amalan mereka kalau kita selaraskan dengan Islam, sebahagian hanya aqidah saja, sebahagiannya selain beraqidah hanya solat saja, sebahagian yang lain, selain beraqidah, solat, hanya menegakkan rukun Islam yang 5 saja, fardhu kifayah tak buat. Paling tidak setelah beraqidah, tegakkan rukun Islam yang 5, dapat buat 2-3 fardhu kifayah, sedikit-sedikit sunat, dapat menjadikan 2-3 hal yang mubah menjadi ibadah. Itupun golongan yang minoriti. Kadang-kadang itupun sudah membuat gempar dan heboh orang ramai., Orang anggap dia sudah ekstrim, berbuat lebih dari Rasulullah SAW. Padahal belum sempurna tapi kerana banyak yang tak buat, mereka terkejut, seolah-olah sudah melampaui batas.
Hal itu terjadi kerana kita selama ini mengamalkan Islam tidak sebagaimana rendangnya pohon, tidak selengkap sebatang pohon. Sebab itu sejak di dunia kita tak terasa dapat keamanan dengan Islam, tidak terasa Islam itu cantik dan indah, tidak dapat berpadu dengan Islam, tidak dapat berkasih sayang dengan Islam, tidak dapat kita tegakkan ukhuwah Islamiah dengan ajaran Islam. Masyarakat kita penuh dengan kejahatan, tak ada beza dengan yang bukan Islam. Akhirnya umat Islam hina di mana-mana, sebab ALLAH telah memberitahu wujudnya golongan manusia percaya setengah isi kitab, setengah lagi isi kitab, mereka tak percaya. Maksudnya Al Qur'an dan sunnah. Tidak ada orang yang bersifat demikian melainkan hina hidup di muka bumi. Kalau sifat ini kita puasakai samapi masuk kubur, di Akhirat akan ALLAH campakkan ke dalam Neraka yang Maha dahsyat azabnya, yang Maha hebat siksanya. ALLAH tidak lalai terhadap apa yang kamu buat. Sebagaimana firman ALLAH yang ertinya :
"Siapa yang membuat kebaikan walaupun sebesar habuk akan dilihat dan barang siapa yang membuat kejahatan walaupun sebesar habuk akan dilihat"
Kalau ajaran Islam itu kita ambil setengah-setengah maka akan hina di dunia, Neraka di Akhirat. Hina di mana-mana, Neraka di Akhirat. Itu jaminan dari ALLAH. ALLAH Maha Suci dari dosa, kata-kata ALLAH adalah Maha Benar. Setelah kita tidak melaksanakan dan memperjuangkan amalan Islam itu secara kebulatan, maka kita telah jadi hina dimana-mana, kalah dimana-mana.
Misalnya kehinaan di dunia, dalam bidang pendidikan, berapa banyak yang telah mendidik anak secara Islam, padahal pengikut pendidikan Islam yang utama adalah anak-anak. Dalam hadis yang ertinya :
"Hendaklah kamu perintahkan anak-anak kamu solat ketika telah sampai berumur 7 tahun. Ketika sudah sampai 10 tahun tak juga solat, tak mau juga, boleh pukul tapi yang tidak mencacatkan"
Solat itu tiang agama yang penting setelah rukun Iman, ertinya kalau kita ingin mendidik anak-anak kita mulai dari kecil walau untuk hal-hal yang sunat sekalipun, adakah sistem pendidikan ini kita buat, sejak kecil sudah kenalkan solat, sudah ajar bersuci, sudah kenalkan air, sudah kenalkan najis, sudah ajarkan mana yang halal, mana yang tidak, ajarkan hukum-hukum.
Begitu juga dengan hal menutup aurat. Pernahkah kita ajar anak-anak kita sama ada lelaki mahu pun perempuan akan batasan aurat mereka ? Apakah kita prihatin menegur dan menasihati mereka untuk menutup aurat sejak kecil lagi, agar apabila mereka sudah besar, mereka menjadi doctor, jadi lawyer, jadi jurutera, jadi pensyarah, mereka sudah sempurnah menutupaurat ?
Hakikatnya, anak-anak pendakwah pun tak buat, anak-anak ustaz-ustaz pun tak buat. Tapi kalau anak tidak lulus ujian kita berani merotan. Jika anak gagal lulus ujian matematik, kita marah mereka. Jika anak tak lulus ujian biologi, kita marahi mereka. Sedangkan apabila anak-anak tidak solat, bila anak-anak tidak tutup aurat, kita mendiamkan sahaja tidak menegur. Itu sudah terbalik. Akibat kita lalai mendidik anak-anak kita dengan sistem pendidikan Islam, apa yang terjadi ? Anak-anak bukan saja tak kenal ALLAH, ibu ayah pun mereka tak hormat. Anak-anak kita kalau pergi dan pulang sekolah tak pernah ucapkan salam, mendoakan ibu dan ayah. Setelah besar, ibu jadi kuli, anak jadi tuan. Anak-anak gadis yang dididik tidak secara Islam, dengan kelulusan sedikit, dapat kerja di pabrik saja, gaji kecil. Sampai ke rumah cekak pinggang, perintah ini itu kepada ibu, ini tanda alamat kiamat. Malas menyajikan makan minum kepada ibu dan ayah, lebih senang berkhidmat pada bos di pabrik daripada kepada ibu dan ayah. Itulah hina di dunia.
Begitu juga kita tak anggap membangun klinik dan rumah sakit secara Islam itu fardhu kifayah. Sistemnya secara sistem Islam. Kalau isteri akan bersalin, doktor laki-laki, tentu hina, tapi kita tak terasa hina, kerana hati telah hitam. Padahal orang yang dayus tak masuk Syurga. Inilah kehinaan yang ALLAH timpakan kepada kita apabila kita tidak melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah.
Hati ditempa dengan makan-minum, bila makan minum haram dan syubhat menghitamkan hati. Bila hati hitam, hati keras, sudah nampak kebenaran tapi berat untuk menegakkan solat, berat berpuasa, malas berjuang, sebab hati hitam. Tetapi dengan maksiat hati sudah senang.
No comments:
Post a Comment