Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengatakan ALLAH wujud TIDAK bertempat. Bukan di langit dan bukan di mana-mana.
Antara kesesatan Wahabi. Mereka menolak ayat-ayat Al Quran dan Hadith yang tidak sesuai dengan nafsu mereka.
Al Quran, merka hanya menerima ayat ke 5 dari Surah Taha sahaja dalam bentuk LITERAL.
Hadith, mereka hanya menerima hadith Kullu bida'atin dhalolah. Yang lain mereka guna kata2 Tok Guru mereka. hehehe
Dan yang paling kelakar, Wahabi menggunakan video youtube sebagai dalil untuk menolak dalil Al QUran, Hadith dan pandangan ulamak muktabar.
Makna Istawa Mengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
Soalan: Apakah makna firman Allah: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [Surah Taha: 5]?
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
Ayat ini adalah tergolong dalam ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat dalam al-quran. al-Mutasyabihat didefinisikan sebagai ayat yang tidak jelas maknanya atau ayat yang memiliki banyak kemungkinan makna sehingga perlu diteliti dan direnung (oleh ulama) agar diperolehi pemaknaan yang tepat serta sesuai dengan ayat-ayat muhkamat.
Manakala Muhkamat ialah ayat yang dari segi penggunaan Bahasa Arab memiliki satu makna sahaja dan tidak mempunyai kemungkinan untuk ditakwil ke makna yang lain atau juga didefinisikan sebagai ayat yang diketahui maknanya dengan jelas (lihat al-Hafiz al-Muhaddith al-`Arif Billah Abdullah al-Harary di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim, halaman 61).
Ada dua metode untuk memahami makna ayat-ayat mutasyabihat termasuklah ayat (الرحمن على العرش استوى) dan kedua-dua metode tersebut adalah benar :
Pertama : Metode Ulama Salaf iaitu orang-orang yang hidup pada abad tiga hijriyah yang pertama (kurun Atba` At-Tabien, kurun Tabien dan kurun para sahabat yang didampingi oleh Rasulullah Salla Allahu `Alaihi Wa Sallam). Kebanyakan dari mereka mentakwil ayat-ayat mutasyabihat secara umum (takwil ijmali), iaitu dengan beriman dengannya serta meyakini bahawa maknanya bukanlah sifat-sifat jism (sesuatu yang memiliki ukuran dan dimensi), tetapi memiliki makna yang layak bagi keagungan dan kesucian Allah tanpa menentukan makna khusus bagi ayat tersebut. Mereka mengembalikan makna atau pentafsiran ayat-ayat mutasyabihat tersebut kepada ayat-ayat muhkamat seperti firman Allah dalam Surah asy-Syura, ayat 11):
( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىءٌ ﴾ (سورة الشورى: ۱۱)
Mafhumnya: "Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhluk-Nya (baik dari satu segi mahupun semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya)". Takwil ijmali ini adalah seperti yang dikatakan oleh imam as-Syafi'e -semoga Allah meredhainya- :
" ءَامَنْتُ بِمَا جَاءَ عَنِ اللهِ عَلَى مُرَادِ اللهِ وَبِمَا جَاءَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى مُرَادِ رَسُوْلِ اللهِ "
"Aku beriman dengan segala apa yang datang daripada Allah sesuai dengan apa yang dimaksudkan Allah dan aku beriman dengan segala yang datang daripada Rasulullah Salla Allahu Alayhi wa sallam sesuai dengan maksud Rasulullah", iaitu bukan sesuai dengan makna yang dibayangkan oleh prasangka dan akal fikiran manusia yang merupakan sifat-sifat fisik dan benda (makhluk) yang sememangnya mustahil bagi Allah.
Al-Imam Malik berkata:
اسْتَوَى كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ وَلا يُقَالُ عَنْهُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوعٌ
Maknanya: "Allah istawa (استوى) seperti yang Dia mensifatkan Zat-Nya, tidak boleh dikatakan bagaimana tentangnya (istawa), dan persoalan bagaimana itu mustahil bagi-Nya". Bagaimana (bentuk) adalah sifat makhluk dan antara sifat makhluk ialah duduk, mendiami, bertempat dan berpihak. Jadi, ayat (الرحمن على العرش استوى) menurut ulama salaf:
استوى استواء يعلمه هو مع تنزيهه عن استواء المخلوقين كالجلوس والاستقرار.
"Allah memiliki sifat istiwa' yang diketahui oleh-Nya, disertai keyakinan bahawa Allah maha suci dari istiwa'-nya makhluk yang bermakna duduk, bersemayam dan seumpama dengannya". Ini bermakna golongan Salafussoleh telah menafikan al-kaifiat (segala sifat makhluk) bagi Allah taala seperti berbentuk, bersemayam, duduk, menetap, diam dan gerak dan sebagainya kerana sifat tersebut adalah sifat yang dikongsikan manusia, jin, haiwan, binatang, serangga dan sebagainya.
Mereka menembalikan pentafsiran atau makna ayat tersebut kepada ayat muhkamah seperti firman Allah (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىءٌ) dan tidak melibatkan diri dalam menentukan makna tertentu bagi kalimah tersebut serta menafikan tashbih daripada Allah taala (Lihat as-Syeikh Dr Saleem Ulwan al-Hasani dalam kitabnya Tafsir Uli an-Nuha, halaman 92).
Kedua : Metode Ulama khalaf iaitu mereka yang mentakwil ayat-ayat mutasyabihat secara terperinci dengan menentukan makna-maknanya yang sesuai dengan penggunaan kata tersebut dalam Bahasa Arab. Seperti halnya ulama Salaf, mereka tidak memahami ayat-ayat tersebut seperti zahirnya. Metode khalaf ini boleh diambil dan diikuti, terutama ketika dikhawatiri terjadi kegoncangan dan kecelaruan terhadap keyakinan orang awam demi untuk menjaga dan membentengi mereka dari tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya). Sebagai contoh, firman Allah dalam mencela Iblis :
( مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ ﴾ (سورة ص : 75)
al-Yadayn di dalam ayat ini boleh ditafsirkan dengan maksud al-'Inayah (perhatian khusus) dan al-Hifzh (pemeliharaan dan penjagaan). Tidak boleh meyakini perkataan al-yadain di sini dengan makna anggota badan (lihat al-Hafiz al-Muhaddith al-`Arif Billah Abdullah al-Harary di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim, halaman 64 dan 66).
Berhubung dengan pentafsiran ayat (الرحمن على العرش استوى), ayat ini wajib ditafsirkan bukan dengan makna bersemayam, duduk dan seumpamanya. Bahkan orang yang meyakini demikian hukumnya kafir. Bererti ayat ini tidak boleh diambil secara zahirnya tetapi harus difahami dengan makna yang tepat dan dapat diterima oleh akal. Dalam mentafsirkan ayat ini ulama salaf mahupun khalaf tiada seorang pun yang memahaminya secara zahir atau literal meaning.
Menurut ulama khalafussoleh (juga sebahagian daripada salaf) perkataan istiwa di sini boleh ditakwilkan dengan takwilan yang terperinci iaitu dengan makna menguasai (استولى) dan menundukkan (القهر).
Dalam bahasa Arab dikatakan :
اسْتَوَى فُلاَنٌ عَلَى الْمَمَالِكِ
Jika seseorang berjaya menguasai kerajaan, memegang pengendalian segala urusan dan menundukkan orang, seperti dalam sebuah bait syair :
قَدْ اسْـتَوَى بِشْرٌ عَلَى الْعِرَاقِ مِنْ غَيْرِ سَيْفٍ وَدَمٍ مِهْرَاقِ
"Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa senjata dan pertumpahan darah".
Antara ulama yang mentakwilkan istiwa dengan makna menguasai (استولى) dan menundukkan (القهر) :
1. Al-Lughawi al-Salafi al-Adib Abu Abdul Rahman Abdullah bin Yahya Ibnu al-Mubarak ( W 237 H) di dalam kitabnya Gharib al-Quran wa Tafsiruhu, halaman 243.
2. Al Imam Abu Jaafar Muhammad bin Jarir al-Thabari (W 310 H) di dalam kitabnya Jami` al- Bayan, Jilid 2, halaman 191-192.
3. Al-Imam al-Lughawi Abu Ishak Ibrahim bin al-Sirri al-Zajjaj (W 311 H) di dalam kitabnya Ma`ani al-Quran wa I`rabihi, Jilid 3, halaman 350.

No comments:
Post a Comment