Friday, 8 May 2020

HUKUM VAKSIN



APA HUKUM VAKSINASI?

1. HARUS - Harus hukumnya memvaksin. CONTOH : Kajian terkini mengindikasi, SALAH SATU penyebab Ovarian Cancer ialah virus Human Papilloma Virus (HPV). HPV ini banyak tersebar disebabkan oleh hubungan seks rambang. Anda seorang wanita yang beriman dan tidak mengamalkan seks rambang. Tetapi ahli keluarga anda mempunyai sejarah penyakit kanser, bermaakna kebarangkalian anda mendapat kanser adalah tinggi. Maka HARUS untuk anda mengambil vaksin HPV. Harus maknanya, nak ambil boleh, tak nak ambil pun boleh. Ini adalah kerana ovarian cancer juga boleh disebabkan oleh pemakanan dan terdedah kepada bahan carcinogen.

2. MAKRUH - Makruh hukumnya memvaksin. CONTOH : Berlaku bencana banjir di sebuah negeri. Antara wabak penyakit yang akan tersebar dalam kejadian banjir ialah TYPHOID. Anda tidak berada di dalam kawasan bencana banjir dan tidak bercadang masuk ke kawasan bencana banjir. Tetapi anda ada menguruskan sukarelawan untuk masuk ke kawasan bencana banjir. Anda tidak perlu di vaksinkan. MAKRUH hukum memvaksin kerana anda menggunakan vaksin tersebut bukan untuk maslahatnya yang sebenar.

3. SUNAT - Sunat hukum memvaksin. CONTOH : Anda akan berdakwah ke sebuah negara yang dikenal pasti mempunyai hepatitis A yang tingi selama 40 hari. Dikenal pasti juga pengurusan makanan di negara tersebut boleh dicemari dengan virus Hepatitis A. Sedangkan di negara sendiri tidak berlaku wabak Hepatitis A. Maka hukumnya, SUNAT memvaksin diri diri anda sebagai satu usaha ikhtiar mencegah terkena wabak penyakit dan membawa penyakit tersebut kembali ke tanah air.

4. HARAM - Haram hukum memvaksin. CONTOH : Anda ada life-threatening allergies kepada external protein. Anda sedang demam high grade fever. Anda sedang menerima rawatan Chemotherapy. Anda ada Guillain-Barré Syndrome. Anda sedang menjalani rawatan immunotherapy. kerana situasi ini akan merendahkan sistem pertahanan diri anda.

5. WAJIB - Wajib hukum memvaksin. CONTOH : Berlaku wabak Diphtheria yang mengakibatkan ratusan kanak-kanak mati kerana kegagalan sistem pernafasan akibat jangkitan Diphtheria. Seperti yang berlaku kat perkampungan Al Arqam pada tahun 1989. Pengikut Al Arqam antara dikenal pasti kelompok yang tak memvaksin anak-anak mereka. Pada tahun 1989, berlaku wabak diphtheria dia perkampungan Al Arqam. Ramai anak-anak ahli Al Arqam yang dijangkiti diptheria dan mati. Maknanya, jika tidak memberikan vaksin kepada kanak-kanak lain maka wabak penyakit akan tersebar dan lebih ramai kanak-kanak dijangkiti Diphtheria. Maka WAJIB memberikan vaksin kepada anak-anak sebagai satu usaha ikhtiar dalam mengawal jangkitan poenyakit agar tidak mengakibatkan kemudaratan.

Jadi jika anda anti-vaksin dan enggan memberikan suntikan vaksin yang DIWAJIBKAN kepada anak-anak sehingga anak-anak anda boleh mati atau anak-anak anda menjadi media pembawa penyakit dan mengancam nyawa kepada anak-anak kecil yang lain, maka bersedialah untuk anda menanggung dosa kerana hukum HARAM terpakai kepada anda.

Nanti timbul lak isu. Vaksin ni halal ke haram?

Ada seorang yang anti-vaksin menulis panjang lebar memburuk-burukkan vaksin. Dia Google cari artikel yang anti-vaksin, translate dan viralkan. Tapi tak tahu langsung apa yang ditulis dalam artikel yang ditranslate tu. Semua main Google. Lepas tu buruk-burukkan vaksin seolah-olah, orang yang vaksin anak-anak ni semua confirm masuk neraka.

Mengalahkan Wahabi. Wahabi ni bodoh dan jumud. Cari ayat Al Quran atau Hadith. Translate sebiji-biji tanpa guna disiplin ilmu. Berdasarkan terjemahan yang literal dan jumud itulah Wahabi membida'ahkan, menyesatkan, menerakakan, mensyirikkan dan mengkafirkan uat Islam atas perkara khilafiyah.

Tak ada beza sebenarnya Wahabi dengan anti-vaksin ni.

Tak perccaya, cer try tanya orang yang jumud dan bodoh anti vaksin ni.Trypsin ni untuk apa? Confirmed dia akan Google.

Layak ke orang yang tak pernah tahu proses penghasilan vaksin ni nak kondem vaksin?

Macamlah seorang Mufti, suka-suka hati cakap DNA babi boleh makan. Bila tanya, DNA tu apa? DIa sendiri tak tahu DNA tu apa. Tapi lorat nak komen.

Kemudian bila dah kalah hujjah, nanti ada lak yang cakap pasal teori konspirasi untuk masukkan najis babi dalam manusia menerusi vaksin.

Kepada yang pegang kepada teori konspirasi ni. Nak bagi tahu. Kalau kau iut Mufti Badigol yang halalkan makan DNA babi, itu lebih teruk dari teori konspirasi yang sememangnya TAK ADA BUKTI.

Yang pastinya, jia kau orang tak vaksin anak-anak kau orang. Anak kau orang mati berasbabkan penyakit bawaan virus tu, aku tak kesah sangat. Tapi bila anak-anak kau orang yang tak divaksin, menjadi pembawa penyakit dan menjadi asbab anak-anak orang lain kena penyakit dan mati. Aku rasa itu lebih zalim dan lebih badigol dari teori konspirasi bodoh ko orang tu.

Baik ko orang buat teori konspirasi, musuh Islam nak masukkan babi dalam tubuh orang Islam melalui ROKOK. Sebab terbukti, dalam rokok ada DNA babi. Betul tak?

So janganlah jadi bodoh, jumud dan badigol.

Untuk pengetahuan semua.

Isu besar dalam penghasilan vaksin ialah penggunaan TRYPSIN, sejenis enzim. Trypsin ini terdapat dalam semua haiwan termasuklah manusia.

Yang menjadi isu ialah penghasilan vaksin menggunakan TRYPSIN dari BABI.

Bagaimana pula jika penghasilan vaksin menggunakan Trypsin dari LEMBU? Nanti ada puak anti-vaksin yang kata, lembu tu tak disembelih menurut syarak. Maka tetap najis.

Maka diusulkan pula, guna TRYPSIN dari manusia. Bagaimana? Halal ke haram? Nanti puak-puak antivaksin akan kata pulak, tak kan nak sembelih manusia? Maka saya jawab, sebab tu lah kau tu bodoh. Untuk dapatkan Trypsin TAK PERLU membunuh pun.

Dan yang paling best. Satu teknologi dipelopori oleh anak Melayu. Menghasilkan vaksin dengan menggunakan KULAT atau BAKTERIA baik. SEED vaksin diambil, dimasukkan ke dalam unisel kulat atau bakteria. Dibiarkan kulat/bacteria replicate dan membiak. Setelah sampai satu tempoh tertentu, kulat/bacteria tersebut dibunuh, dan vaksin tersebut di"harvest". Teknologi ini dipanggil Chemie Biogrow. Satu kajian usahasama antara Olainfarm Ltd dan WHO. So nak tanya. Ustaz Mee Segera AntiVaksin. Vaksin yang guna kulat/bacteria ni halal atau haram?

Nanti puak jumud anti-vaksin akan cakap. Kami nak tahu pasal vaksin yang guna Trypsin Babi (walau ada Trypsin lembu, monyet dan manusia). Puak-puak jumud anti-vaksin ni bukan pandai sangat pun. Dia orang semua macam Wahabi gak. Google, translate dan viral. Tapi tak faham apa-apa pun.

Untuk menjawab soalan ini, ada dibahaskan dalam kitab-kitab Fiqh. Di bawa satu keadaan. Ada seorang manusia, berada di sebuah pulau. Pulau tu ada babi sahaja. Tidak ada makanan. Maka untuk kelangsungan hidup, dibolehkan manusia itu memakan babi sekadar untuk kelangsungan hidup. Jika manusia itu tidak makan dan membawa kepada kematian, maka hukumnya adalah HARAM dan dianggap membunuh diri.

Bahasannya :

الضرورة تبيح المحظورات

Keadaan Darurat Dapat Menghalalkan Hal-Hal Yang Dilarang

Dalam qawaid fiqqiyyah, sebagian ulama seperti As-Suyuthi memasukkan kaedah ini sebagai cabang dari kaedah “adh-dharar yuzalu” yang berarti keadaan darurat dapat menghalalkan hal-hal yang dilarang. Ia merupakan cabang dalam kaedah al-masyaqqah tajlib at-taysir yang dimana banyak menghasilkan kaedah-kaedah lain. Antaranya ialah:

(i) الضرورة تبيح المحظورات (keadaan darurat dapat menghalalkan hal-hal yang dilarang)
(ii) إذا ضاق الأمر إتسع (bila suatu perintah itu menyusahkan, maka meluas [mudah] )
(iii) إذا اتسع ضاق (Apabila keluasan kembali maka persoalan kembali kesemula)
(iv) ما أبيح للضرورة يتقدر بقدرها (sesuai yang dibolehkan kerana darurat sesuai dengan ukuran kedaruratan itu)
(v) ما جاز لعذر بطل بزواله (apa yang dibolehkan kerana uzur, akan batal dengan hilangnya ke uzuran itu)
(vi) الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت خاصة ( keperluan itu dapat menempati kedudukan kedaruratan umum ataupun khusus)
(vii) الإضطرار لا يبطل حق الغير (Menepis kedaruratan tidak boleh menghilangkan hak orang lain)
(viii) الميسور لا يسقط بالمعسور(Sesuatu perintah yang tidak dapat dikerjakan secara sempurna tidak bererti harus ditinggalkan.)

Syariat diturunkan untuk menjaga kemaslahatan manusia dan mencegah kefasadatan. Dalam kehidupan sehari-hari ada kalanya hal-hal yang tidak terduga dan darurat dirasakan oleh manusia. Sehingga untuk menghindari hal-hal yang dilarang menjadi suatu yang sangat sulit. Di lain sisi, agama diturunkan untuk kemudahan bukan suatu kesusahan. Kaedah dharurah tubih al-mahzurat diambil dari kata-kata pengecualian yang terdapat dalam nash Al-quran.

Diantara dalilnya,

Ayat Al-quran yang ertinya,

“Mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama ALLAH ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya ALLAH telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-NYA atas mu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya.( Surat Al-An'am : 119)

“...Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Baqarah ayat 173)

Melalui kaedah ini, yang dirumuskan dari Al Quran dan sunnah bahawa dalam keadaan darurat seseorang dapat mengerjakan hal-hal yang dilarang. Namun bukan bererti kaedah ini dapat dipakai seenaknya tanpa batasan-batasan yang perlu diperhatikan. Untuk itu, batasan-batasan darurat perlu diketahui. Adapun ketentuan dan batasan darurat itu adalah:

(1) Keadaan darurat benar-benar terjadi,
(2) Tidak ada media/jalan mubah lain untuk mencegah kemudaratan tersebut,
(3) Darurat menyangkut kebinasaan/kerosakan jiwa dan tubuh,
(4) Orang yang mengalami keadaan darurat itu tidak boleh melanggar prinsip-prinsip dan akidah Islam, dan melanggar hak-hak orang lain,
(5) Mahzurat yang dibolehkan itu dalam ukuran sedikit,
(6) Diketahui wali al-amr ketika darurat umum

Contoh-contoh dalam kaedah:

الضرورة تبيح المحظورات (keadaan darurat dapat menghalalkan hal-hal yang dilarang)

CONTOH SATU : Boleh memakan bangkai atau daging babi. Jika dalam keadaan darurat memakan makanan yang diharamkan demi menyambung nyawa kerana kelaparan, ia di perbolehkan memakannya sebatas menutupi rasa lapar, seadanya. Sebab, sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Imam Ahmad meriwayatkan dari Waqid Al-Laetsy, bahwa mereka bertanya kepada Nabi Muhammad saw : “Wahai Rasulullah, pertanian kami ditimpa kekeringan, lantas bila kami dibolehkan memakan bangkai ?” Nabi menjawab : “Apabila kamu tidak dapat makan siang dan makan malam, dan tidak memperoleh sayuran yang dapat di makan, maka kamu berhak menentukan perkara tersebut (apakah mahu memakannya atau tidak).”

Adapun batasan atau kadar yang dibolehkan memakan makanan haram dalam keadaan darurat. Sebahagian mengatakan seadanya, sekadar menutupi lapar. Sebahagian lagi berpendapat boleh memakannya hingga kenyang, dan tidak diikat dengan sekadarnya. Dalilnya terdapat dalam Q.S. Al-Maidah : 4-5.

Islam juga memperhitungkan dan mengukur secara cermat kondisi-kondisi darurat, karena adanya unsur yang membahayakan nyawa manusia. Dalam hal ini dihalalkan hal-hal yang haram, sesuai kondisi dan kadar daruratnya tanpa melampaui batas-batas darurat.


CONTOH DUA : Boleh berubat dengan sesuatu yang najis jika tidak terdapat ubat selainnya. Mencari kesembuhan dari penyakit atau berubat adalah perkara yang disyariatkan dalam Islam. Diantara dalilnya adalah sebuah hadith "Berubatlah wahai hamba ALLAH, kerana ALLAH tidak menimpakan suatu penyakit kecuali DIA pula menjadikan ubat baginya, kecuali satu peyakit, yaitu kematian" ( Bukhari)

Tentu ubat yang disyariatkan untuk dicari sebagai usaha ikhtiar kesembuhan adalah ubat-ubatan yang halal, sebagaimana halalnya makanan. Lalu bagaimana bila seseorang dihadapkan kepada pilihan berubat dengan sesuatu yang haram, apakah syariat membolehkan atau tidak?

Pada asalnya ulama mazhab sepakat tidak boleh berubat dengan benda najis atau sesuatu yang diharamkan. Ini berdasarkan keumuman dalil "Sesungguhnya ALLAH subhanahu wata'ala telah menurunkan penyakit dan menurunkan ubat, serta menyediakan ubat bagi setiap penyakit, maka berubatlah, dan jangan berubat dengan sesuatu yang haram." (Abu Daud)

Lalu bagaimana bila dalam keadaan darurat, seperti keadaan tidak ada ubat lain selain benda najis atau uzur lainnya?

Para ulama berbeza pendapat dalam perkara ini, sebahagian tetap memegang kukuh mengharamkan, sedangkan sebahagian lain ulama membolehkan dalam keadaan seperti itu iaitu keadaan darurat.

Pendapat Yang Mengharamkan : Kalangan yang berpendapat bahwa berubat dengan yang haram itu dilarang berhujjah dengan dalil-dalil berikut ini "Sesungguhnya ALLAH subhanahu wata'ala telah menurunkan penyakit dan menurunkan ubat, serta menyediakan ubat bagi setiap penyakit, maka berubatlah, dan jangan berubat dengan sesuatu yang haram." (Abu Daud)

Hadith Abu Hurairah radiyallahu anhu, bahawasanya ia berkata "Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam melarang untuk berubat dengan barang yang haram." (Ibnu Ma'ah).

Pendapat ini dpegang .leh jumhur ulama mazhab dari kalangan Malikiyah, Hanabilah dan pendapat yang masyhur dari mazhab Hanafyah.

Pendapat Yang Membolehkan : Sedangkan sebahagian ulama yang lain cendrung mebolehkan berubat dengan yang haram asalkan BUKAN hamr (arak).Pendapat ini dipelopori oleh para ulama dari kalangan mazhab Asy Syafieyyah dan sebahagian perkataan dari kalangan Hanafyah.
Al Imam Izz Abdussalam berkata, "Dibolehkan berubat dengan barang najis sekalipun jika tidak ada ditemukan dihadapannya benda yang suci halal. Kerana mencari keselamatan dan keafatan itu didahulukan dari sekadar menghindari najis. Namun tidak dibolehkan berubat dengan Khamr."

Dalil yang digunakan oleh kalangan ini pertama adalah keumuman kaedah bahawa sesuatu yang dharurat itu boleh menghalakan sesuatu yang dilarang. Firman : "Maka, barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Al Baqarah ayat 173).

Selain itu, ada beberapa riwayat yang menguatkan bolehnya seseorang berubat dengan sesuatu yang najis dan benda terlarang lainnya.

PERTAMA : Dibolehkan suku 'Ukl dan 'Uraynah berubat dengan meminum air kencing unta.

Dari Anas bin Malik berkata, Beberapa orang dari 'Ukl atau 'Urainah datang ke Madinah, namun mereka tidak tahan dengan iklim Madinah hingga merekapun sakit. Baginda lalu memerintahkan mereka untuk mendatangi unta dan meminum air kencing dan susunya....." (Bukhari dan Muslim)

KEDUA : Adanya sebuah riwayat dari Anas radhiyallahu 'anhu yang menyebutkan bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam memberi keringanan (rukhsah) kepada Zubair bin Al-Awwam dan Abdurrahman bin Auf untuk memakai kain sutera untuk mengubati penyakit kulit yang ada pada keduanya. Namun kebolehan berubat dengan benda najis menurut kalangan ini tidak bersifat mutlak, namun memiliki syarat dan ketentuan, yakni :

(i) tidak ditemukan ubat yang berasal dari bahan yang suci yang boleh menggantikannya, dan

(ii) diketahui secara keilmuan bahawa benda najis/haram tersebut memang boleh memberikan kesembuhan.

Jadi saya harap, artikel ringkas ini akan menghindarkan para asatizah dari mengeluarkan kenyataan yang merugikan diri sendiri akan perkara yang sudah lama dibahaskan. Lebih-lebih lagi ada teknologi baru penghasilan vaksin melalui teknik biogrow.

Ada banyak lagi isu penting dan lebih aula untuk diperjuangkan dari melayan mentaliti rendah puak jumud yang anti-vaksin.

No comments:

Post a Comment