Friday, 8 May 2020

JANGAN GOPOH NAK JADI IMAM MUJTAHIDIN



TEGURAN TEGAS

Saya ditanya ... Apasal kita nak bermazhab ?

Saya tanya ... apasal tanya soalan ni?

Penanya berkata ... ada orang cakap, tak boleh TAKSUB kepada mazhab.

Saya tanya lagi ... faham tak taksub tu apa?

Penanya .... ENTAH

Hmmmm

Yang bertanya, dan yang buat pertanyaan. Kedua-duanya TAK FAHAM pun apa makna taksub.

Pernah dengar perkataan asobiyah? Ini pun dari suku kata asal yang sama dengan taksub.

Waktu saya kecil .... Saya diajar oleh arwah atok ... TAKSUB ni maknanya TAQLID BUTA. Ikut menonong, tanpa ilmu.

Contoh taqlid buta .... Ada seorang menipu, dia kata ... "di Malaysia sahaja yang berselawat antara solat tarawih." ... Mana dia dapat kenyataan ini? Dari Ajaran Wahabi. ... Sedangkan di seluruh dunia terbukti bukan di Malaysia sahaja yang berselawat antara solat tarawih. Orang yang buat kenyataan tipu tersebut, TAKSUB kepada ajaran Wahabi.

Nak contoh lagi?

Contoh kedua .... Amalan tahlil, zikir jahar , qunut Subuh, Mawlid, IJMA ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH telah sepakat, mengatakan kesemua amalan tersebut BUKAN perkara pokok sebaliknya perkara khiafiah ekrana ADANYA DALIL UMUM yang mengharuskannya. Dah selesai bahas sejak 1400 tahun yang lalu. TETAPI orang yang taksub kepada mazhab Wahabi ni, sampai imam-imam pun dipecat guna nama Istana sebab tak nak ikut ajaran Wahabi. Orang yang berakal waras akan menerima kenyataan saya ni.

Nak contoh taksub lagi ?

Contoh ketiga .... Amalan tahlil, zikir jahar , qunut Subuh, Mawlid, IJMA ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH telah sepakat, mengatakan kesemua amalan tersebut BUKAN perkara pokok sebaliknya perkara khiafiah kerana ADANYA DALIL UMUM yang mengharuskannya. Mazhab Syafie tidak pernah menuduh mazhab Maliki, Hanbali sesat sebab tidak membaca qunut. Begitu juga mazhab Hanbali tidak membidaahkan mazhab Syafie kerana amalan tersebut. Tetapi ajaran Wahabi, membida'ah, mensyirikkan, menerakakan, mengkafirkannya. Malah Wahabi juga membida'ahkan Mazhab Maliki, Hanafu, Syafie dan Hanbali. Mereka hanya ikut mazhab Wahabi.

Jadi kepada Ustaz-ustaz Wahabi. Nak ingatkan. Kamu tu semua BUKAN PANDAI DAN ALIM dibidang agama pun. Hehehe

Kamu tu semua TAK LAYAK pun nak bercakap tentang agama. Kamu hanya glamour dan cari publicity yang menyebabkan muka-muka kamu dikenali. In terms of knowledge, sorry to say. YOU ARE ZERO!!!

Mana tidaknya.

1. Kamu menipu, konon kat Malaysia sahaja berselawat antara tarawih. Kamu ni BODOH ke sampai tak kenal menipu tu hukumnya HARAM? Kemudian pengikut kamu ikut aje. Tak terasa ke, yang ikut kamu ni semua orang-orang BODOH yang lebih bodoh dari kamu? Ni baru TAKSUB namanya. Dah tahu penipu, pergi ikut. Bila kamu menipu, kamu sendiri menjadikan diri kamu TIDAK TSIQAH. Malanglah kepada siapa yang ikut kamu, Kepada pengikut kamu. Nak tanya Benar ke nak jadi ahi hadith? Kalau betul, sila tinggalkan penipu ini, dia tidak tsiqah. JANGAN TAKSUB.

2. Kamu tu tukang fitnah. Kamu ni BODOH ke sampai tak tahu fitnah tu dosa yang lebih besar dari membunuh, hukumnya HARAM. Kemudian pengikut kamu ikut aje. Tak terasa ke, yang ikut kamu ni semua orang-orang BODOH yang lebih bodoh dari kamu? Ni baru TAKSUB namanya. Dah tahu penipu, pergi ikut.

3. Tapi yang tak boleh belah, bila kamu mengatakan malaikat Munkar dan Nakir mencatat apa yang dilakukan manusia di dunia. Kamu tahu tak rukun iman itu enam perkara dan salahs atunya ialah percaya kepada malaikat? Budak taska KAFA pun tahu malaikat. Kamu yang dah tua masih tak kenal malaikat??? MasyaAllah. Kemudian nak berlagak pakar hadith. LAYAKK KE? TAK MALU KE?

Kalau tidak bermazhab, siapa yang akan kamu ikuti?

Nak ikut Al Quran dan Hadith SAHAJA???

Kamu baca Al Quran guna qiraat siapa?

Hendak baca Al Quran pun kena da mazhab Bro. Bukan main taram aje. Ko baca Al Quran ikut mazhab siapa?

Imam Asim rahimahullah ke?

Imam Nafi' rahimahullah ke?

Imam Ibnu Kathir rahimahullah ke?

Imam Abu Amru rahimahullah ke?

Imam Kisaie rahimahullah ke?

Imam Hamzah rahimahullah ke?

Nak direct dengan Al Quran dan Hadith ?

Pastikan kamu sudah kuasai kesemua qiraat Al Quran. Kalau qiraat Al Quran yang kamu baca pun kamu tak kenal. Tajwid pun lintang pukang macam tok Mopti kamu. Layak ke nak buat fatwa sendiri?

Tak rasa malu ke? Perasan boleh kleuarkan fatwa sedangkan tajwid lintang-pukang? Paling kelakar, nak buat fatwa, guna TERJEMAHAN ayat Al Quran.

Baca Al Quran (yang tak tahu betul ke makhraj, tajwid dan qiraat), lepas tu baca terjemahan dalam bahasa Melayu atau ENglish. Main faham-faham sendiri. Lepas tu buat fatwa sendiri.

Macam tu ke kamu berfatwa?

Patut pun sesat barat. Hehehe

JANGAN GOPOH NAK JADI IMAM MUJTAHIDIN

Ikutan kamu tu pun baca Al Quran tak reti, rukun iman pun tak kenal, kaki penipu, kaki fitnah, taksub buta, tak ada ilmu, jahil murakab. Apa kelas kamu nak berijtihad? Hehehehe

Jom muhasabah. LAYAK KE KE ORANG yang makhraj Al Quran terkehel, Tajwid Al Quran lintang pukang ni berfatwa?

PERTAMA: menguasai bahasa Arab : Imam ghazali telah menentukan kadar yang wajib diketahui oleh seorang Mujtahid iaitu seorang Mujtahid harus mampu memahami ucapan orang arab dan penggunaan yang biasa digunakan di kalangan mereka ,sehingga dapat membezakan antara yang sharih ,zhahir , dan mujmal, hakikan dan majaz , yang umum dan yang khusus, dan lain-lain nya.

Ciri-ciri tersebut tidak akan dicapai melain kan orang yang bahasanya telah capai pada tahap ijtihad.

*tidak diharuskan kepada Mujtahid menguasaia seluruh pembendaharaan kata dan uslub serta perbezaan penggunaan nya yang tidak mungkin dikuasai oleh seseorang , akan tetapi wijib bagi nya supaya tidak sampai tidak mengetahui rahsia-rahsia bahasa arab secara umum.

KEDUA : Menguasai Al-Quran serta Nasakh dan Mansukh nya. Ulama berpendapat bahawa seorang mujtahid itu wajib baginya untuk memahami secara mendalam terhadap ayat-ayat hukum yang terdapat didalam alquran ya di anggarkan lebih kurang 500 ayat .

Pengetahuannya terhadap ayat-ayat tersebut harus lah mendalam sampai pada yang Khas dan yang Am , dan pengkhususan dari hadis. Begitu juga perlu mengetahui ayat-ayat yang telah di nasakhkan dan sebagainya.

*tidak diharuskan untuk menghafal aAl-Quran seluruhnya, akan tetapi cukup sekadar mengatahui kedudukan-kedukan setiap ayat sehingga membolehkannya merujuk kembali bila memerlukan nya.

*tidak dinafikan bahawa pengusaan yang paling sempurna adalah menghafal Al-Quran seluruhnya dengan baik.

KETIGA : Menguasai Hadis. Bukanlah dengan ada PD berCGPA Hadith. Wajib kepada Mujtahid mengetahui hadis sama ada berbentuk kata-kata atau pun perbuatan ataupun taqrir . seorang Mujtahid juga perlu menguasai seluruh hadis yang berkaitan dengan hukum-hukum taklifi (تكليفى) dan memahami maksud dari hadis-hadis tersebut. Mujtahid juga harus mengetahui Nasakh dan Mansukh dalam hadis, Am dan Khas , Mutlak dan Muqayyad , Takhsis dari yang umum dan sebagai nya.

*Mujtahid tidak disyaratkan perlu menghafal seluruh hadis hukum , akan tetapi cukup dengan mengetahui kedudukan dan cara untuk mendapat kan hadis denga tepat .
*disyarat kan kepada Mujtahid untuk mengetahui riwayat hidup perawi secara umum.

KEEMPAT : Mengetahui kedudukan Ijmak dan kedudukan khilaf
Syarat ini yelah disepakati oleh ulama. Kerana tidak diragukan nerlakunya ijmak dikalangan para sahabat dan juga para ulama dalam masalah-masalah fiqh.

Yang dimaksudkan memelihara semua kedudukan ijmak itu bukan lah menjadikan pegangan yang selalu dimenangkan dalam semua situasi, akan tetapi yang dimaksudkan adalah mengetahui seluruh masalah yang telah menjadi ijma sekira ada dan mengetahui khilaf sekiranya ada berlakunya khilaf.
Dengan mengetahui kedudukan ijma yang telah disepakati oleh para ulama , maka seorang Mujtahid perlu juga mengetahui perbezaan pendapat yang terjadi diantara para ulama.

Dengan demikian , Mujtahid mampu membezakan antara pendapat-pendapat yang sahih dan tidak sahih serta dapat mengetahui kaitan dekat dan jauhnya dengan Al-quran dan Hadis serta dapat capai kepada pucak ijtihad .

KELIMA ; Mengetahui Qias. Wahabi tak ikut qias. Sekali gus mengeluarkan Wahabi dari arus Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana qias adalah salah satu sumberr hukum Ahli Sunnah Wal JAmaah. Imam Syaie berkata bahawa ijtihad itu adalah Qias. Seorang Mujtahid perlu mengetahui mengenai Qias, hai ini kerana untuk dia mengetahui hukum-hukum asal yang telah ditetapkan berdasarkan Nas dan dalil, yang memungkinkan seorang Mujtahid memilih hukum asal yang lebih dekat dan sesuai dengan masalah yang menjadi sasaran ijtihadnya.

3 perkara yang perlu diketahui oleh Mujtahid :

1- Mengetahui seluruh Nas yang menjadi dasar hukum asal beserta illahnya untuk dapat menghubungkan dengan hukum furu'
2- Mengetahui kaedah-kaedah Qias
3- Mengetahui manhaj yang dipakai oleh ulama sallafussaleh dalam mengetahui illah-illah hukum dan sifat-sifat yang digunakan sebagai asas untuk membina hukum diatasnya.

KEENAM : Mengetahui tujun-tujuan hukum. Syariat islam mestilah mampu menjaga kemaslahatan manusia yang tiga;

1- Dharuriat(ضروريات)
2- Hajiyyat (حاجيات)
3- Tahsinat (تحسينات)

Seorang Mujtahid perlulah mengetahui kemaslahatan manusia agar dia mampu mentetukan hukum menggunakan kaedah Qias (bagi mazhab yan mengatakan bahawa sesorang boleh mengambil hukum sampai ke tahap Qias sahaja). Adapun bagi mazhab yang lain , maka seorang mujtahid itu boleh menggunakan dalil masalihul mursalah (مصالح المرسلة) atau istihsan (الإستحسن) dan lain-lain.

Agar fatwa seorang Mujtahid benar-benar mampu menyentuh kemaslahatan , maka ia harus menyetahui maslahah hakiki(المصالح الحقيقي) dan maslahah wahmiyah (المصالح الوهمية) ,begitu juga perlu tahu mempertimbangkan diantara maslahah dan mudharat, dan menolak muhdarat diutamakan dari mencapai maslahah , manfaat kepada umum harus diutamakan daripada manfaat perseorangan dan lain-lain. Demikian lah asas dalam berijtihad.

*Imam Syatibi berpendapat: Dasar ijtihad ada 2:

1- Memahami tujuan syari'ah (مقاصد الشريعة)
2- Kemampuan unutk mengeluarkan hukum dan menentukan hukum dengan menggunakan pengetahuan nya dalam bahasa arab, hukum quran hadis dan ijma, pengetahuannya terhadap ijma dan khilaf , dan pengetahuan nya terhadap alat-alat untuk berijtihad.

*oleh itu Imam syatibi mengatakan bahawa dasar pertama sebagai landasan , adapun yang kedua adalah sebagai pelengkap yang pertama.

KETUJUH : Menpunyai kefahaman yang benar dan penentuan yang baik. Syarat ini merupakan satu alat untuk mengolah semua pengetahuannya yang telah disebutkan sebelum ini.
seorang Mujtahid perlu mengetahui definisi, syarat-syarat pembatasan , bukti-bukti, penyusunan lafaz dan penyimpulan terhadap suatu hukum agar tidak berlaku kesilapan.

*Syarat ini seolah-olah mensyaratkan juga untuk mengetahui ilmu Mantik (منطيق) kerana didalam nya terdapat perkara-perkara tersebut.

*ulama berselisih pendapat mengenai perlu untuk Mujtahid itu menguasai ilmu mantik atau pun tidak, hal ini kerana ulama-ulama mujtahid terdahulu mampu berijtihad walaupun masih belum muncul lagi ilmu mantik. Tapi cukup sekadar seorang mujtahid itu mampu memahami dan membuat penetuan dengan benar dan baik.

Syarat Tambahan : Akidah dan Niat yang benar
Dengan hati yang ikhlas, seseorang yang mencari hakikat kebenaran pasti akan dapat ditemui .

Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah berkata "Untuk berfatwa, seseorang itu hendaklah menghafal sekurang-kurangnya 400,000 hadith beserta sanad dan matannya."

Ko orang yang gila nak berfatwa ni dah hafal berapa hadith?

Kalau kamu tanya aku mengapa aku bermazhab?

Jawapan aku senang aje ... Aku berguru dengan guru yang bermazhab, mereka belajar dengan guru mereka yang bermazhab yang ilmunya dari ulama terdahulu yang juga bermazhab kemudian ulama tersebut bermazhab dan belajar dari tabi' tabiin, tabi' tabiin belajar dengan tabiin dan belajar dari para sahabat Rasulullah SAW dan belajar dari Rasulullah SAW. ADA SANAD yang menjamin AUTHENTICITY ILMU.

Pendek kata. Dengan bermazhab maka authenticity ilmu itu TERJAMIN.

Yang ko orang main Google, Youtube, Wikipedia, FB dan Social Media yang lain. TERJAMINKAH ILMU KAMU dengan kedangkalan ilmu dan kejahilan kamu tetang agama?

Wallahu a'lam ...

Coming soon ... Syarat-sayrat menjadi Mufti. Lepas ni ko orang boleh hisab Mufti ko orang tu, cukup syarat ke tak. Hehehehehe


No comments:

Post a Comment