Saturday, 28 June 2014

Bertabaruk Dengan Janggut Nabi SAW 22 July 2013

Wahabiy cakap KONONnya mereka hanya berpegang kepada hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Dalam kitab Fathul Bari yang mensyarahkan hadis Bukhari ada disebut tentang Sahabat RA berubat dengan rambut Rasulullah SAW.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dengan sanadnya dari Israel Bin Yunus dari Uthman Bin Abdullah Bin Muhib, bekas hamba keluarga Talhah, mengatakan:

"Keluargaku mengutusku kepada Ummi Salamah (Isteri Rasulullah SAW) dengan semangkuk air, manakala Israel (salah seorang perawi Hadis ini) memegang mangkuk itu dengan tiga jari (mangkuk kecil) di dalamnya ada beberapa helai Rambut Rasulullah SAW. Adalah jika seseorang terkena 'Ain atau sesuatu, maka mereka akan mengutus kepada Ummi Salamah RA dengan semangkuk air. Maka aku lihat dalam mangkuk itu, maka aku nampak ada beberapa helai rambut berwarna merah (yang dihinai)."
[Fathul Bari Syarah Hadis Imam Bukhari 10/353 & 354]

Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Kitab Fathul Bari 10/353 berkata: "Yang dimaksudkan ialah apabila seseorang mengadu kesakitan, maka mereka akan menghantar kepada Ummu Salamah mangkuk air dan Ummu Salamah akan merendamkan dan membasuhkan rambut Rasulullah SAW dalam air itu dan kemudian diminum atau dibuat mandi oleh pesakit berkenaan maka berhasillah BARAKAHnya."

Jadi ini MEMBUKTIKAN, bahawa Wahabiy ini tidak mengikut hadis Bukhari malah MEMBIDAAHKAN apa yang disebut dalam hadis Bukhari. Jelas Wahabiy adalah sesat, menyesatkan, rosak aqidah dan terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ada masalah ke ? Hehehe

No comments:

Post a Comment