Saturday, 28 June 2014

Pendirian Mereka

Inilah pendirian yang benar. Kenyataan pendirian oleh Sheikh Osama Al-Azhari dan Sheikh Al-Habib Ali Al-Juffri mengenai konflik di Mesir suatu tamparan bagi para radikalis Ikhwan dan Salafi-Wahhabi Mesir. Kegagalan Ikhwan Muslimun mengawal percaturan politik semasa yang ia sendiri memilih untuk bermain-main dengan kuasa Zionis tidak sewajarnya mengheret seluruh ummah kedalam kancah permusuhan dan pembunuhan. Pendirian dan sikap Ikhwan sememangnya selalu cuba menonjolkan seolah-olah ia satu-satunya definisi yang tepat mengenai Islam dan mereka yang tidak bermuafakat dengan mereka pula dilabel sebagai tidak Islamik dan tersasar dari ruh Islam. Sebenarnya mereka yang menolak Ikhwan tidak ada kena mengena dengan menolak agama, sebaliknya menolak pendekatan serta percaturan politik Ikhwan itu sendiri.

Mantan Mufti Besar Mesir Syeikh Ali Gomaa mengeluarkan kenyataan tersebut bersama Dr Abla Al-Kahlawi, Al-Habib Ali Al-Gefri, Sheikh Osama Al-Azhari dan Moez Masoud pada malam Juma'at 5/07/2013 dan turut disiarkan dalam media sosial mereka.

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hatta tak menjadikan agama itu bahan mainan.

1-Konflik ini adalah politik semata bukan konflik agama. Desakan mewacanakan kepada masyarakat bahwa ini adalah konflik agama, maka merekalah yang tidak berfikir secara Islamik.

2-Kami mengecam mereka yang mempolitikkan Islam dengan menganjurkan untuk berjihad, mati syahid dalam sengketa kepolitikan antara penduduk sebangsa senegara hingga saling membunuh sampai terjadi pertumpahan darah. Dan kami juga mengutuk mereka yang melemparkan tuduhan kepada yg tak sehaluan ideologi politiknya dengan fasiq, melakukan sesuatu yg songsang sehingga ke tahap [berani] mengkafirkan.

3-Barang siapa yang fanatik pada golongan tertentu, dan dengan kefanatikannya itu ia memusuhi saudara seiman dan setanah-airnya hingga terjadi pertumpahan darah yang suci, maka ia termasuk golongan yang melakukan dosa yang amat besar. Dialah orang yang dibutakan oleh kefanatikannya hingga merosakkan agama dan negaranya.

Dan juga ia telah menghancurkan Maqasid Syar'iyyah Islam yang menjaga negara/bangsa, iaitulah agama, nyawa, akal, maruah, dan harta. Barang siapa baik individu atau pun golongan yang mengatasnamakan agama namun ia menghancurkan Maqasid Syara', maka agama sesungguhnya bebas darinya.
 — with Ozat King and 7 others.

No comments:

Post a Comment