Saturday, 28 June 2014

Menolong orang

Pagi tadi sekitar jam 7.45am di Restoran Nasi Kandar Padang Kota, terlihat seorang wanita tua, berbangsa Cina, mungkin penganut Buddha atau Tao, berjalan dari meja ke meja. Menyapa dan berkata sesuatu kepada pelanggan restoran yang sedang bersarapan. Dari riak wajahnya, kelihatan raut kehampaan kerana tidak mendapat layanan dari pelanggan restoran. Namn dia terus berusaha, berjalan dari meja ke meja, menyapa pelanggan, sambil menadahkan tangannya.

Sehinggalah wanita tersebut sampai ke sebuah meja di sisi ku dan menyapa pelanggan yang sedang makan. Kata wanita tersebut ... Sorry Sir. I no money. I no eat. .... Lelaki tersebut yang mengamati wanita tersebut dari tadi seperti ku, tanpa membuang masa terus menghulurkan duit RM5 kepadanya.

Terpancar wajah kegembiraan di wajah wanita tua. Kedua-dua tangannya dirapatkan dan digoyang-goyangkan sebagai tanda terima kasih sambil tersenyum. Ku lihat, air mata mengalir di wajahnya. Mungkin dia sedang amat lapar dan sudah lama meminta-minta, dan baru kini usahanya berhasil. Dia terus berlalu, sambil mengesat air matanya dengan lengan bajunya ......

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dalam buku AMALAN DI JAMIN KE SYURGA ... ada dimuatkan sebuah hadis dan sebuah kisah .... seorang , dimasukkan syurga oleh ALLAH hanya kerana  memberi minum kepada seekor anjing yang sedang kehausan.

Tuan/Puan .... Apa yang ku lihat sebentar tadi, bukanlah seekor anjing yang kehausan, sebaliknya seorang manusia, walau pun berbeza bangsa dan agama, tetapi dalam keadaan kelaparan. .... Mungkinkah jika Tuan/Puan memberinya sedekah dan menggembirakannya dengan makanan dan minuman, maka ALLAH akan memasukkan Tuan/Puan ke dalam syurga ?

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW, sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada mansuia yang lain.

Ayuh kita bermuhasabah diri dan perbaiki mutu akhlak kita agar kita menjadi seorang hamba ALLAH yang mendapat rahmat dan maghfirah ALLAH SWT. (gambar wanita tua tadi sedang menjamu sarapan yang bayar oleh seorang hamba ALLAH)

No comments:

Post a Comment