AHLUL BAYT : Siapakah Ahlul Bayt Part 2

SIAPAKAH AHLUL BAYT ?
Syiah mengaku mereka adalah mazhab Ahlul Bayt. Adakah mazhab Ahlul Bayt mengkafirkan Aisyah r.ha., Saiyidina Abu bakar As Siddiq, Saiyidna Omar Al Khattab
Radhiyallahuanh., Saiyidina Osman Radhiyallahuanh. ? Layakkah Syiah mengaku mereka adalah mazhab Ahlul Bayt ?
Untuk itu, ayuh kita mulai dengan satu soalan .... Siapakah Ahlul Bayt di sisi Syiah ?
Ahlul Bait menurut pandangan Syiah Imamiah Isna Ashariah ialah Saiyidina Ali karamallahu wajhah, Saiyidatina Fatimah rha, Saiyidina Hassan ra dan Saiyidina Husin ra SAHAJA. Selain dari mereka, TIDAK tergolong dalam Ahlul Bayt malah Syiah MENGKAFIRKAN isteri-isteri Rasulullah SAW dan para sahabat Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam, melainkan Salman Al Farisi (kerana Salman adalah dari bangsa Parsi).
Syiah juga membuat banyak hadis-hadis palsu dan juga ayat Al Quran palsu bagi menyokong aqidah sesat mereka. Syiah juga membuat riwayat dusta atas nama keturunan Rasulullah SAW bagi menyokong sikap dan tindakan mereka mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW dan para isteri Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam,
.
Apa kata nasab keturunan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam berkenaan Syiah ?
Melihat kepada pegangan serta amalan mereka yang bertentangan dengan Al-Quran, Sunah, Khulafa‟ Ar-Rasyidin serta para sahabat dan Ahlul Bayt r.a, adalah jelas golongan Syiah ini pada HAKIKATNYA TIDAK ADA hubungan dengan Ahlul Bayt.
Terdapat riwayat-riwayat yang banyak di kalangan Ahlul Bayt sendiri yang mengutuk tindakan Syiah menyebarkan ajaran bidaah, sesat dan kufur atas nama Ahlul Bayt. Salah seorang daripada Ahlul Bayt, yaitu Ali bin Al-Husain Zainol Abidin (cucu Saiyidina Ali yang didakwa oleh Syiah sebagai imam ke-empat mereka), ketika menyifatkan hubungan Syiah dengan Ahlul Bayt:
“Sesungguhnya Yahudi kasih kepada Uzair hingga mereka kata apa yang mereka kata tentangnya; Uzair bukan daripada mereka dan mereka bukan daripada Uzair. Kaum Nasrani mengasihi Nabi Isa a.s hingga mereka kata padanya apa yang mereka kata ; Isa bukan daripada mereka dan mereka bukan daripada Isa. Keadaan kami (Ahlul Bayt) juga demikian. Segolongan daripada pengikut kami akan mengasihi kami sehingga mereka kata kepada kami apa yang di kata oleh Yahudi pada Uzair dan Nasrani pada Isa. Mereka (Syiah) BUKAN DARIPADA GOLONGAN KAMI DAN KAMI BUKAN DARI GOLONGAN MEREKA (Syiah). (Rujukan “رخال انكشي ” halaman 111.)
Imam Jaafar As-Sadiq berkata kepada salah seorang Syiah yang mendakwa sebagai pengikutnya, “Wahai Jabir, sampai kepadaku bahawa segolongan mereka (Syiah) yang mendakwa mengasihi kami di Iraq, mencerca Abu Bakar dan Umar r.a mereka mendakwa aku yang menyuruhnya. Sampaikan kepada mereka bahawa aku dengan nama Allah membersihkan diriku daripada mereka. Demi ALLAH, sekiranya aku mempunya kuasa, pasti aku bertaqarrub kepada Allah dengan darah mereka”.
Maka jelaslah bahawa Syiah ini BUKAN mazhab Ahlul Bayt. Malah Ahlul Bayt dari susur galur Saidina Ali karamallahuwajhah sendiri iaitu Ima Ja’far As Sadiq sendiri mengancam akan memerangi Syiah jika beliau mempunyai kekuatan dan kuasa.
Siapakah Ahlul Bayt di sisi Ahlus Sunnah Wal Jamah ?
Memandangkan kita adalah pendokong Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka gunakan Al Quran dan Sunnah dalam mengenal siapakah Ahlul Bayt. Kita tidak menggunakan selain Al Quran dan Sunnah, walaupun batu delima. Bagi memperjelaskan Ahlul Bayt di sisi AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH, ayuh kita lihat beberapa dalil dari Hadis berkenaan Ahlul Bayt.
1. Shahīh Muslim, vol. 7, hal. 130. : Aisyah berkata, "Pada suatu pagi, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam keluar rumah menggunakan jubah (kisa) yang terbuat dari bulu domba. Hasan datang dan kemudian Rasulullah menempatkannya di bawah kisa tersebut. Kemudian Husain datang dan masuk ke dalamnya. Kemudian Fatimah ditempatkan oleh Rasulullah di sana. Kemudian Ali datang dan Rasulullah mengajaknya di bawah kisa dan berkata, "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (QS. Al-Ahzab [33]:33)
2. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)
3. Di riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam bersabda “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baytku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baytku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baytku!”
4. Sebuah Hadis riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut : Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam bersabda : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-Baytku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-Baytku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”
5. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam :
"Amma ba'du, Perhatikan! Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia (seperti kalian) yang sudah hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, lalu aku menyambut. Dan, aku tinggalkan pada kalian dua hal yang besar; Kitab ALLAH subahanahu wa ta'ala (al Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpedomanlah dengan Kitab ALLAH subahanahu wa ta'ala dan berpegang teguhlah dengannya."
Kemudian Baginda bersabda,
"Dan semua keluargaku; aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku."
Lalu Saidina Husain radiyaLlahu 'anhu bertanya, "Siapakah keluarga Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam wahai Zaid ? Bukankah isteri-isteri Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam termasuk keluarga?"
Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) menjawab, "Isteri-isteri Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam termasuk keluarga Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi, keluarga Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam adalah orang-orang yang haram menerima sedekah."
Saidina Husain radiyaLlahu 'anhu bertanya kembali, "Siapa mereka?"
Dia menjawab, "Keluarga Saidina Ali radiyaLlahu 'anhu, keluarga Saidina 'Uqail radiyaLLahu 'anhu, keluarga Saidina Ja'far radiyaLLahu 'anhu, dan keluarga Saidina Abbas radiyaLlahu 'anhu" .
Saidina Husain radiyaLLahu 'anhu bertanya, "Semua mereka ini haram menerima sedekah?"
Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) pun menjawab, "Benar."
(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 366; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlmn 1873).
6. Daripada Zaid bin Arqam katanya, Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam bangun berkhutbah di satu wadi berair yg dikenali Khom yg terletak di antara Makkah dan Madinah. Lalu baginda mengucap tahmid dan memuji ALLAH dan memberi nasihat serta menyebut : Adapun selepas itu, ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia, sudah hampir datangnya utusan Tuhanku, lalu aku menyahutnya. Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang besar, pertamanya Kitabullah yg didalamnya ada petunjuk dan cahaya, maka hendaklah kamu mengambil Kitabullah dan berpegang teguh dengannya. Lalu baginda menyuruh supaya beramal dengan kitabullah dan menggalakkannya, kemudian baginda bersabda: dan ahli Baytku, aku ingatkan kamu pada ahli Baytku, aku ingatkan kamu pada ahli Baytku, aku ingatkan kamu pada ahli Baytku. (Riwayat Imam Muslim)
Berdasarkan hadis-hadis di atas boleh kita simpulkan :
- Ahlul Bayt adalah nasab keturunan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam, termasuklah Saiyidina Ali karamallahuwajhah dan ahli keluarganya, Siti Fatimah Az Zhara rha dan ahli keluarganya, Saiyidina Hasan ra dan ahli keluarganya, Saiyidina Hussain ra dan ahli keluarganya , Saiyidina ‘Uqail bin Abu Talib ra dan ahli keluarganya , Saiyidina Ja’afar bin Abu Talib ra dan ahli keluarganya , Saiyidina Abbas bin Abdul Mutalib ra dan ahli keluarganya dan seluruh isteri-isteri Rasulullah SAW dan ahli rumah baginda SAW.
- Ahlul Bayt HARAM memakan sedekah, haram menerima zakat walau keduanya dihalalkan kepada yang bukan Ahlul Bayt. Jika perkara yang harus pun diharamkan ke atas Ahlul Bayt kerana menjaga darah kemuliaan, lebih-lebih lagilah memakan perkara yang haram seperti rasuah. Maka sebab itu, halangan menerima sedekah dan zakat adalah penanda aras seseorang Ahlul Bayt.
Kem Sungai Udang, Melaka
6 Jun 2013
11.25 am
No comments:
Post a Comment