Sunday, 29 June 2014

Debat Pelajar Ahlus Sunnah Wal Jamaah VS Wahabi Salahpi Part 5

Debat Pelajar Ma'ahad Ahmadi VS Ittiba' Sunnah Part 5

PIS : Saudara hanya berhujjah dengan akal. Saudara tidak menggunakan Al Quran dan Hadis. Itulah beza kami bermanhaj salaf yang hanya berpegang kepada Al Quran dan Hadis. Kami tidak berpegang kepada akal.

PMA : ANDA SILAP !!! Sekali lagi, anda mendedahkan kesilapan anda. MALAH Kali ini anda mengaku kebodohan dan kejahilan anda.

Seperti saya nyatakan di awal. Salaf BUKAN ditakrifkan berdasarkan pengakuan Mohd Abdul Wahab atau Nasaruddin Al Bani atau DR MAZA atau Fathul Bari atau Asrie Sobrie.

SALAF ditakrifkan berdasarkan hadis sahih Bukhari iaitu orang yang hidup 300 tahun sekitar zaman kehidupan Rasulullah SAW.

Pendekata, anda bukan bermanhaj Salaf walau sejuta kali anda mendakwa anda adalah Salaf.

Saya juga telah membuktikan, manhaj aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asya'airah wal Maturidiyah adalah manhaj aqidah salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah YANG SEBENAR. Sedangkan fahaman aqidah yang anda bawa adalah aqidah Mujassimah Wal Musyabihah yang difatwakan KAFIR oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah dan Imam Ja'far At Tohawi.

Saya juga telah membuktikan bahawa anda bukan sahaja menetapkan sifat kelemahan kepada ALLAH Ta'ala , anda juga telah menetapkan ZAT bagi ALLAH Ta'ala.

Saya juga berjaya membuktikan Imam Abu Hassan Al Asya'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi menyusun ilmu Tauhid berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Bukannya falsafah Yunani.

Setiap hujjah saya, anda tidak mampu hendak nafikan. MELAINKAN anda hanya mampu menyampuk dan mencelah. Sayangnya, setiap kali anda menyampuk dan mengganggu perbahasan saya, anda hanya mendedahkan lebih banyak kejahilan anda, lebih banyak kesilapan dan kesesatan manhaj aqidah anda.

Anda menolak menghukum dengan akal, sedangkan dalam Al Quran ada banyak menyebut hubungkait AKAL dengan tauhid kepada ALLAH Ta'ala. Antaranya :

Cuba and baca Surah Shod ayat ke 29 :

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَيۡكَ مُبَـٰرَكٌ۬ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٢٩)

Al-Quran ini sebuah Kitab yang KAMI turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang BERAKAL beringat mengambil iktibar.

Maknanya Al Quran ini diturunkan kepada kita untuk kita fahami, teiliti. Hanya orang yang BERAKAL yang akan memanfaatinya.

Jika anda menolak hukum akal, maknanya akal anda sebenarnya bermasalah. Saya sudah bentangkan hujjah dari Al Quran dan Hadis akan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah bertafwidh dan berta'wil ke atas ayat-ayat mutasyabihat. Namun anda masih dengan pegangan anda memegang makna yang zahir. Anda mendakwa berpegang kepada Al Quran dan Hadis, tetapi bila dibawakan dalil Al Quran dan Hadis yang terang nyata menyesatkan fahaman anda, anda tidak terima. Adakah itu sebagai tanda akal anda bermasalah ?

ALLAH Ta'ala berfirman lagi dalam Surah Muhammad ayat 24 :

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ

Setelah diterangkan yang demikian, maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran?

Apakah hati anda sudah dikunci hingga tidak mampu menerima firman ALLAH Ta'ala ? Sebaliknya anda hanya menerima ajaran oleh Mohamad Abdul Wahab, Nasiruddin Al Bani, DR MAZA, Fthul Bari dan Asrie Sobrie walau pun jelas ianya bertentangan dengan Al Quran dan Hadis ?

Betapa kuat hubungan akal dengan Al Quran dan Hadis disebut lagi dalam Al Quran Surah Az Zumar ayat ke-9 :

أَمَّنۡ هُوَ قَـٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيۡلِ سَاجِدً۬ا وَقَآٮِٕمً۬ا يَحۡذَرُ ٱلۡأَخِرَةَ وَيَرۡجُواْ رَحۡمَةَ رَبِّهِۦ‌ۗ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

Engkaukah yang lebih baik atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan azab hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi kepadanya: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang BERAKAL SEMPURNA.

Dalam Surah Ar Ra'du ayat 19

:اَفَمَنۡ يَّعۡلَمُ اَنَّمَاۤ اُنۡزِلَ اِلَيۡكَ مِنۡ رَّبِّكَ الۡحَـقُّ كَمَنۡ هُوَ اَعۡمٰىؕ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ اُولُوا الۡاَلۡبَابِۙ ﴿۱۹

“Adakah orang yang mengetahui bahwasa apa yang diturunkan kepadamu dari Robbmu itu benar sama dengan orang yang buta, Hanyalah orang-orang yang BERAKAL saja yang dapat mengambil pelajaran.

Kesemua ayat-ayat itu membuktikan agama ini HANYA untuk orang yang BERAKAL. Maka sebab itu antara syarat wajib Solat ialah BERAKAL. Antara syarat wajib HAJI adalah BERAKAL. Syarat wajib puasa ialah BERAKAL. Kerana agama ini hanya untuk orang yang BERAKAL.

Inilah kepentingan akal. Hendak mengetahui, memahami Al Quran dan Hadis juga perlu gunakan akal.

Jika anda tolak hukum akal, bermakna anda menolak ayat-ayat Al Quran yang saya sebutkan tadi. Ini BUKAN SALAF. Ini sesat namanya.

Apakah HUKUM AKAL ?

Kita hurai lebih dalam. Kita berikan definisi. Dah kenal barulah boleh bercinta. Bak kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta.

Sebelum itu, kita kenali APA ITU HUKUM ?

Kita sudah tahu apa itu jirim, jisim, jauhar, sifat dan zat.

Maka HUKUM ialah menetapkan sesuatu sifat atau rupa kepada sesuatu zat atau perbuatan. Maknanya kita menetapkan sifat.

Apa itu sifat ? Sifat ialah perkara yang bersandar kepada zat. Sifat perlukan zat untuk menzahir.

CONTOH :

1. Pertama : Dinosaur besar. Dinosaur adalah zat. Besar adalah sifat. Maka kita menghukum dengan akal, Dinosaur itu adalah satu benda atau satu zat yang besar. Ini hukum akal.

2. Kedua : Berlari pantas. Berlari adalah perbuatan. Pantas adalah sifat. Maka kita menghukum dengan akal, berlari adalah perbuatan yang dilakukan dengan pantas. Ini hukum akal.

Dalam Ilmu Tauhid, hukum akal ini di bahagi kepada tiga.

1. Pertama : Wajib
2. Kedua : Mustahil
3. Ketiga : Mumkin.

Apa makna WAJIB PADA AKAL dalam Ilmu Tauhid ?

Wajib pada akal dalam ilmu Tauhid bererti, akal menentukan dan menghukumkan bahawa sesuatu itu tidak boleh tidak, mestilah begitu.

Hukum wajib pada akal dalam Ilmu Tauhid ini pula di bahagi dua :

A. PERTAMA hukum wajib pada akal dan ditentukan oleh akal dengan serta merta tanpa memerlukan penyelidikan dan dalil. MAKNANYA, akal menetapkan sesuatu perkara begitu tanpa perlu kajian atau dalil. Contohnya :

1. Contoh Pertama : Ada sebuah kereta. Pasti ada YANG MENCIPTA kereta. Maknanya, akal menetapkan, menentukan, menghukumkan bahawa kalau ada kereta mesti ada kilang kereta. Tidak perlu dalil. Tidak perlu kajian, kerana secara logik, kereta tak boleh ada tanpa kilang.

2. Contoh Kedua : Saya berusia 14 tahun, awak pula berusia 18 tahun. Maka Awak (PIS) adalah lebih tua dari saya. Maknanya, Akal atau logik, kita mengetahui dan menentukan dan menghukumkan, Awak adalah lebih tua dari saya. Tak boleh tidak. Tak perlu dalil. Tak perlu kajian, kerana umur 18 tahun secara logiknya sememangnya lebih tua dari umur 14 tahun.

3. Contoh Ketiga : Imam Abu Hassan Al Asy'ari yang lahir pada tahun 260 Hijrah adalah lebih hampir hidupnya dengan Rasulullah SAW, berbanding Al Bani, DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie. Maknanya, akal menetapkan, menentukan, menghukumkan bahawa Imam Abu Hassan Al Asya'ari adalah kehidupannya lebih hampir dengan Rasulullah SAW, lebih Salaf dari Al Bani, DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie. Tidak perlu dalil. Tidak perlu kajian, kerana secara logik, Imam Abu Hassan Al Asya'ari sememangnya wajib lebih hampir dengan Rasulullah SAW dan lebih salaf dari DR MAZA, Fathul Bari, Asrie Sobrie dan Al Bani.

B. KEDUA Hukum Wajib Pada Akal yang dapat ditentukan dengan memerlukan penyelidikan yang rapi dan cukup kuat. Contohnya :

1. Contoh Pertama : Awak seorang yang pandai. Sebelum akal dapat menentukan awak seorang yang pandai dan menghukumkannya, penyelidikan dan bukti perlu dibuat. Penyelidikannya, melalui keputusan PMR dan STPM awak, peperiksaan tahunan sekolah awak bagaimana. Jika anda mendapat straight A's. CONFIRM awak seorang yang pandai. Dan wajib pada akal mengatakan, menetapkan dan menghukumkan anda seorang yang pandai.

2. Contoh Kedua : Nasiruddin Al Bani BUKAN ulamak hadis. Sebelum akal dapat menentukan Nasiruddin Al Bani bukan ulamak hadis dan menghukumkannya, penyelidikan dan bukti perlu dibuat. Penyelidikannya, melalui, kita dapatkan sanad pengajian hadisnya, siapa ulamak hadis yang menjadi gurunya, ijazahnya dari mana ? Jika Nasiruddin Al Bani tidak ada sanad ijazah pengajian hadis, tiada guru hadis, CONFIRM dia bukan ulamak hadis. Dan wajib pada akal mengatakan, menetapkan dan menghukum bahawa Nasiruddin Al Bani bukan ulamak hadis.

3. Contoh Ketiga : Nasiruddin Al Bani, DR MAZA, Fathul Bari dan Mohd Asrie Sobrie BUKAN ulamak SALAF. Sebelum akal dapat menentukan Nasiruddin Al Bani, DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie itu bukan ulamak SALAF dan menghukumkannya, penyelidikan dan bukti perlu dibuat. Penyelidikannya, sama ada mereka bertafwidh atau menta'wil ayat-ayat mutasyabihat seperti ulamak salafussoleh atau tidak ? Jika mereka pegang makna zahir, tidak bertafwidh, tidak menta'wil ayat-ayat mutasyabihat. CONFIRM mereka bukan ulamak SALAF. Dan Wajib pada akal mengatakan Nasiruddin Al Bani, DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie menetapkan dan menghukum, mereka BUKAN ulamak salaf.

Apa pula makna MUSTAHIL Pada Akal dalm ilmu Tauhid ?

Makna MUSTAHIL pada akal dalam ilmu Tauhid adalah pengertian yang sebaliknya kepada pengertian WAJIB pada akal dalam ilmu Tauhid.

MUSTAHIL pada akal dalam ilmu Tauhid bererti, akal tidak boleh terima dan tak boleh menentukan dan tidak boleh menghukumkan bahawa sesuatu itu begitu.

Sebagaimana hukum WAJIB pada akal dalam Ilmu Tauhid, hukum MUSTAHIL pada akal juga boleh dibahagi dua.

1. Mustahil pada akal yang boleh ditentukan oleh akal dengan serta merta tanpa memerlukan penyelidikan dan dalil.

Contoh Pertama : Mustahil seorang yang berusia 14 tahun lebh tua dari seorang yang berusia 18 tahun. Tidak perlu kepda pengkajian kerana akal tidak boleh terima usia 14 tahun itu lebih tua dari usia 18 tahun.

Contoh Kedua : Mustahil Imam Bukhari yang maqamnya besar di Samarkand adalah ahli bida'ah. Akal yang waras tidak dapat terima Imam Bukhari yang merupakan ulamak hadis SAHIH itu ahli bida'ah walaupun binaan bangunan kuburannya besar. Tidak perlu kepada pengkajian kerana semua tahu Imam Bukhari adalah ulamak hadis SAHIH.

Contoh Ketiga : Mustahil DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie lebih tua dan lebih salaf dari Imam Abu Hassan Al Asy'ari. Tidak perlu kepada pengkajian, kerana realiti faktanya Imam Abu Hassan Al Asy'ari hidup lebih hampir dengan Rasulullah SAW berbanding DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie yang masih bernafas hingga kini.

2. Dan Mustahil pada akal yang ditentukan dengan memerlukan penyelidikan yang rapi dan cukup kuat.

Contoh Pertama : Mustahil Tuhan boleh dibunuh seperti dakwaan orang Kristian. Sebelum akal dapat menghukum bahawa mustahil Tuhan boleh mati dan dibunuh sebagaimana kepercayaan Kristian terhadap Jesus, maka perkara tersebut hendaklah diselidik dan berhajatkan dalil.

Contoh Kedua : Mustahil DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie itu seorang ulamak salaf, kerana salaf ialah 300 tahun dari zaman kehidupan Rasulullah SAW. Maka pengkajian dan penyelidikan perlu dibuat untuk membuktikan bahawa DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie tidak hidup sekitar 300 tahun dari zaman kehidupan Rasulullah SAW. Akal yang waras tak boleh terima, orang yang hidup 1400 tahun dari zaman Rasulullah SAW adalah salaf.

Contoh Ketiga : Mustahil DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie lebih tinggi ilmu dari Baba-baba di Fathoni. Maka pengkajian dan penyelidikan perlu dibuat untuk membuktikan bahawa DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie tidak menguasai ilmu-ilmu Usuluddin, UsulFiqh, Tasawwuf, Nahu, Bayan, Syarof, Balaghah, Asbabun Nuzul, Mustalahal Hadis, Urudh dan lain-lain. Sebab ulamak di Fathoni, untuk dapat title Baba kena menguasai sekurang-kurangnya 20 ilmu asas dan ilmu alat Islam serta mampu mensyarahkannya. DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie ada ?

Hukum Akal yang ketiga ialah MUMKIN Pada Akal.

Apakah makna mumkin pada akal dalam ilmu Tauhid ?

Mumkin Pada Akal dalam ilmu Tauhid ertinya ialah akal kita dapat menentukan atau menghukumkan bahawa sesuatu benda atau sesuatu zat itu boleh berkeadaan tertentu atau boleh pula berkeadaan tidak begitu.

Mumkin pada akal dalam ilmu Tauhid ini juga terbahagi dua.

Pertama Mumkin pada akal yang tidak memerlukan dalil dan pembuktian. Ia itu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil.

Contoh Pertama ialah bila langit mendung, mumkin hujan turun lebat mumkin hujan turun renyai-renyai, mumkin tidak turun hujan. Langit mendung dan hujan adalah zat, sementara lebat, renyai atau tidak turun hujan adalah hukum mumkin.

Contoh Kedua ialah penyakit DR MAZA mumkin sembuh dan mumkin tidak sembuh. DR MAZA adalah zat. Sembuh atau tidak sembuh adalah hukum mumkin. Hukum mumkin di sini tidak memerlukan kajian atau berkehendakkan hujjah atau dalil.

Kedua Mumkin Pada Akal yang memerlukan dalil dan pembuktian. Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil.

Contoh Pertama ialah manusia MUMKIN hidup, kemudian tidur beratus tahun, kemdian baru terjaga dan ghaib dan mucul semula di akhir zaman. Ianya MUMKIN dan perlukan dalil. Maka dalilnya ialah kisah Pemuda Ashabul Kahfi di dalam Al Quran yang ALLAH Ta'ala ciptakan mereka, hidupkan mereka dan ALLAH Tidurkan mereka selama 309 tahun, ALLAH Ta'ala kejutkan mereka dan ALLAH Ta'ala tidurkan mereka semula dan akan dikembalikan di akhir zaman sebagai pembantu AL Mahdi berdasarkan hadis.

Contoh KEDUA mumkin pada akal memindahkan satu menara Petronas di KLCC dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ke Pekan Gemenceh dalam sekelip mata. Maka perkara ini hendaklah dikaji, dibahaskan dan dicarikan dalil. Maka kita buka Surah An Naml ayat ke 40, Wazir kepada Nabi Sulaiman AS mampu memindahkan istana Ratu Balqis dari Yaman ke Palestine dengan sekelip mata.

PIS : Ini membuktikan manhaj aqidah saudara mementing akal. Tidak mementingkan Al Quran dan Sunnah.

PMA : Setiap kali anda menyampuk, anda SILAP. Seperti diawal perbahasan, saya nyatakan hubung kait aqidah dengan akal. Agama ini hanya untuk orang yang berakal. Maka sebab itulah syarat wajib untuk solat, antara lainnya adalah BERAKAL. Syarat wajib berpuasa, antara lainnya adalah BERAKAL. Solat wajib bagi Haji, antara lainnya adalah BERAKAL. Maka dalam bertauhid juga syarat wajib baginya adalah BERAKAL. Maka kita tidak boleh lari dari memperkatakan HUKUM AKAL.

Mengapa hukum akal ? Untuk mempastikan akal seseorang itu waras dari sudut syariat agar mampu di pertanggungjawabkan segala hukum ke atasnya.

PMA : Saya ingin bertanya kepada anda. Apakah pekerjaan ayah anda ?

PIS : Ayah saya seorang polis.

PMA : Apakah tugas seorang polis ?

PIS : Menjaga perlaksanaan undang-undang negara oleh rakyat.

PMA : Apakah syarat-syarat untuk menjadi seorang polis ?

PIS : Antara syarat-syaratnya, sihat tubuh badan, tidak berkaca mata, kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM, lulus ujian Bahasa Malaysia.

PMA : Mengapa TIDAK ADA disebut untuk menjadi seorang polis WAJIB ada Degree Undang-undang ? Bukankah tugas polis itu menjaga undang-undang ?

PIS : Itu SYARAT KELAYAKAN. Selepas diterima menjadi polis, barulah ilmu undang-undang didedahkan kepada polis agar mereka tahu menjalankan tugas mereka.

PMA : Terima kasih. Anda sudah menjawab soalan anda sendiri. Mengapa belajar tentang hukum akal ? Kerana ianya adalah SYARAT KELAYAKAN untuk mempelajari dan membahaskan SEGALA ilmu. Bukan ilmu Tauhid saja. Ilmu Syariat, ilmu Akhlak, dan lain-lain lagi. Setelah kenal hukum akal, barulah kita mudah mengupas, membahas akan ilmu-ilmu yang lain. Pendekata, hukum akal ini mendidik kita untuk berfikiran waras, tidak gila dan mengesahkan kita ini BERAKAL.

Orang yang tidak berakal waras mereka TIDAK LAYAK membahaskan ilmu agama apatah lagi membuat fatwa. Kita pernah lihat seorang menuduh manhaj aqidah Asy'airah dan Maturidiyah itu dari falsafah Yunani, tetapi mereka tak mampu hendak buktikan dakwaan mereka malah yang terbukti adalah sebaliknya. Terbukti manhaj aidah Asya'irah dan maturidiyah dari Al Quran dan Hadis. Maka orang yang membuat dakwaan fitnah tersebut sebenarnya TIDAK BERAKAL.

Saya akan buktikan secara mudah akan keadaan orang tak waras. Saya ambil contoh dari pembahasan awal saya. Imam Abu Hassan Al Asy'ari adalah seorang yang WAJIB pada akal seorang salafussoleh kerana dia hidup di zaman salaf. Mohamad Abdul Wahab, Al Bani, MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie MUSTAHIL pada akal seorang salaf kerana dia hidup di zaman kita. Mumkin pada akal aqidah Mohamad Abdul Wahab, Al Bani, DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie tersasar dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah kerana tmenolak ajaran ulamak salaf.

Sementara orang yang berakal waras pula.

Saya ambil contoh yang saya pernah sebut. Seorang berusia 18 tahun WAJIB pada akal LEBIH TUA dari seorang yang berusia 14 tahun. Seorang berusia 14 tahun MUSTAHIL pada akal lebih tua dari orang berusia 18 tahun. TETAPI seorang berusia 14 tahun MUMKIN pada akal lebih bijak, lebih pandai, lebih berakal, lebih bertauhid dari seorang yang berusia 18 tahun.

Ini dikatakan BERAKAL WARAS. Barulah kita layak membahaskan usul agama.

P/S SEBARKAN dan TAGG KAWAN2

LINK

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 1 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=731784316833203&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=1&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 2 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=732161653462136&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=1&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 3 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=734891733189128&set=pb.100000049233947.-2207520000.1391226506.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 4 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=738850592793242&set=pb.100000049233947.-2207520000.1392891112.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 5 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=742554039089564&set=pb.100000049233947.-2207520000.1392891718.&type=3&theater )

DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI ITTIBA'SUNAH PART 6 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=748805221797779&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=3&theater )

SEBARKAN dan TAGG KAWAN-KAWAN

To Be Continue .....
 — with Abu Zahrah Abdullah Thohir and Zainorein Ali Omar.

No comments:

Post a Comment