DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH Part 4
PIS : Saudara menyesatkan aqidah kami tetapi pada masa yang sama saudara mendewa-dewakan Ilmu Tauhid Sifat 20, Tidakkah itu perbuatan yang mungkar kerana menghadkan sifat-sifat ALLAH kepada 20 sifat sahaja ? Bukankah dalam Asmaul Husna tersebut 99 nama yang juga sifat bagi ALLAH ? Tidakkah ini menyesatkan kerana menafikan 79 lagi nama dan sifat bagi ALLAH ?
PMA : Sekali lagi anda silap. Setiap kali anda menyampuk, anda hanya menampakkan kesilapan anda. Sebenarnya bukan saya yang menyesatkan aqidah anda yang menjisimkan ALLAH Ta'ala. Sebaliknya yang menyesatkan fahaman aqidah tajsim anda adalah ulamak-ulamak muktabar sejak zaman Salafussoleh lagi. Antaranya ialah Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah yang terang dan nyata mengatakan ... Barangsipa yang mengatakan ALLAH itu jisim, tetapi tidak seperti jisim-jisim (makhluk) maka dia juga jatuh kafir. Maknanya sesiapa yang mengatakan ALLAH Ta'ala itu bertangan tetapi tidak sama dengan tangan-tangan makhluk maka Imam Ahmad Bin Hanbal memfatwakan bahawa orang itu sudah jadi kafir. Wal iyazubillah.
Saya hanya menyampaikan sahaja fatwa tersebut dalam perbahasan ini, sebagai peringatan kepada semua khususnya diri saya akan kesesatan menjisimkan ALLAH Ta'ala.
Seperti saya nyatakan di awal-awal perbahasan kita. Manhaj ilmu Tauhid Sifat 20 atau ilmu Tauhid Asya'irah wal Maturidiyah adalah selaras manhaj ilmu aqidah Salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan para sahabat radhiyallahuanhum yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Saya juga sudah membuktikan bahawa, ilmu sifat 20 itu adalah untuk orang terkemudian untuk mempelajari aqidah Salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Benarkah ilmu tauhid sifat 20 ini menghadkan sifat-sifat ALLAH Ta'ala kepada 20 sahaja ?
Kepada yang mengatakan, ilmu Tauhid Sifat 20 ini menghadkan sifat-sifat ALLAH Ta'ala kepada 20, membuktikan mereka sendiri TIDAK PERNAH belajar ilmu Tauhid Sifat 20. Jika tidak pernah belajar, apa hak mereka menyesatkan sesuatu perkara yang mereka sendiri TIDAK TAHU ? Ini adalah kerana di MUQADDIMAH setiap kitab tauhid ilmu Sifat 20 ada menyebut bahawa ALLAH Ta'ala bersifat dengan SEGALA sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi NYA, yang tidak terbilang dan mustahil bersifat dengan sifat-sifat kelemahan. Maknanya sifat-sifat kesempurnaan ALLAH Ta'ala itu infiniti. Tidak terbilang. Maka menghadkan sifat ALLAH Ta'ala itu kepada 99 adalah satu perbuatan bida'ah lagi mungkar.
Mengapa sifat 20 ?
Jawapannya kerana ulamak ilmu Tauhid Ahlus Sunah Wal Jamaah membahaskan 20 sifat yang setelah dikaji dan diteliti dengn cermat sifat-sifat ALLAH Ta'ala yang terkandung di dalam Al Quran dan Hadis. Maka berdasarkan kebijaksanaan mereka menyampaikan ilmu, maka mereka melakukan TAJDID dalam penyampaian, maka terhasillah sifat 20.
Sama seperti belajar Al Quran. Bermula dari membaca Al Quran di zaman Salafussoleh TANPA baris, titik dan tanda sabdu serta mad. Di tajdidkan kepada huruf-huruf yang berbaris, bertitik bersabdu dan ada tanda mad. Disusun pula ilmu tajwid. Kemudian ada pula kaedah Al Baghdadi untuk mudah belajar Quran. Kemudian di tajdid dan di upgrade lagi kepada kaedah Iqra' bagi memudahkan dan lebih pantas belajar Quran dan sekarang ada pula kaaedah AL BADAR yang terbukti dalam masa 3 hari, sudah boleh membaca AL Quran bagi mereka yang tak pernah belajar Al Quran.
Maka begitulah proses tajdid yang berlaku ke atas pengajaran Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dari asas atau sumber ilmu Tauhid iaitu Al Quran dan Sunnah maka tajdid dalam penyampaian ilmu dilakukan bagi memudahkan kita orang akhir zaman ini beriktiqad dengan tauhid salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Sebelum kita pergi jauh dalam membicarakan tentang MENGAPA SIFAT 20 ? Saya ingin memperjelaskan beberapa terminologi agar kita faham akan perbincangan yang saya bawa ini.
Apakah itu SIFAT ?
Apakah itu ZAT ?
ZAT makhluk tidak sama dengan ZAT ALLAH Ta'ala. Zat bagi makhluk terbina dari jirim berbentuk daging, tulang, urat, darah dan sebagainya. Sedangkan zat ALLAH Ta'ala itu ada WUJUD tetapi hanya ALLAH Ta'ala yang Maha Mengetahui, maka inilah tafwid dalam kita beraqidah.
Zat makhluk terdiri dari jirim.
Apakah jirim ?
JIRIM adalah sesuatu yang mengambil ruang dan tempat.
Jika jirim itu besar, maka di panggil JISIM.
Jika jirim itu kecil, maka dinamakannya JAUHAR. Contohnya ialah diri manusia itu sendiri. Batang tubuh manusia, memakan ruang dan tempat. Maka manusia adalah jirim. Kerana zatnya memakan ruang dan tempat.
MAHA SUCI ALLAH dari berjisim dan MAHA SUCI ALLAH dari mengambil tempat dan ruang. ALLAH Ta'ala sama sekali TIDAK mengambil ruang dan tidak mengambil tempat. Maka zat ALLAH Ta'ala sama sekali TIDAK MENYAMAI apa pun.
Jauhar pula ada terbahagi dua.
PERTAMA ialah Jauhar MURAKKAB iaitu jirim yang kecil dan disusun atau diatur untuk menyempurnakan sesuatu jisim. Contohnya tubuh manusia, disusun oleh jirim yang kecil iaitu carbohydrate, protein, lemak, Calcium dan lain-lain lalu membentuk daging, tulang dan darah seterusnya menjadi tubuh manusia.
KEDUA ialah Jauhar FIRID iaitu jirim yang terlalu kecil sehingga tidak boleh dipecahkan lagi. Contohnya dari tubuh manusia, diambil Calcium, lalu dipecahkan kepada atom. Atom mengandungi nukleus yang terdiri dari proton dan neutron. Atom pula di kelilingi secara orbit oleh elektron. Inilah satu contoh Jauhar Firid.
Dan setiap jirim-jirim ini ada mempunyai sifat.
Apa itu sifat ? Sifat ialah sesuatu yang bersandar kepada zat. Contohnya : Daun hijau. Daun ialah Zat, warna hijau adalah sifat. Sifat bersandar kepada zat. Warna hijau perlukan daun untuk bersandar. Warna hijau tidka boleh terawang-awangan di udara melainkan bergantung tempat kepada zat, iaitu daun.
Contoh kedua : Tangan kanan. Kanan adalah sifat. Tangan adalah zat. Sifat bersandar kepada zat. Maka Kanan bersandar kepada tangan.
Kesimpulannya, bila anda berpegang kepada makna ayat-ayat mutasyabihat yang zahir tanpa tafwidh dan tanpa ta'wil, seperti anda mengatakan "ALLAH Ta'ala mempunyai TANGAN KANAN." ... Anda sebenarnya bukan sekadar menetapkan sifat yang tidak layak bagi ALLAH Ta'ala, malahan anda juga TELAH MENETAPKAN zat ALLAH Ta'ala bertangan. Kerana sifat kanan itu bersandar kepada zat tangan.
Sedangkan Rasulullah SAW sendiri melarang memikirkan zat ALLAH Ta'ala dalam sabda baginda SAW yang bermaksud : Fikrkanlah akan nikmat-nikmat ALLAH, JANGAN fikirkan tentang zat ALLAH.
Apa yang fahaman aqidah anda bawa ialah, anda tidak memikirkan nikmat-nikmat ALLAH Ta'ala dan kejadian alam ini, sebaliknya anda menetapkan zat dan sifat bagi ALLAH Ta'ala berdasarkan ayat-ayat mutasyabihat.
Maka sebab itu Imam Ahmad menghukumkan ..... orang yang mengatakan ALLAH Ta'ala itu jisim tetapi tidak menyerupai jisim jisim ... atau maknanya .... orang yang mengatakan ALLAH Ta'ala itu mempunyai tangan tetapi tangan ALLAH Ta'ala tidak sama dengan tangan-tangan manusia .... adalah KAFIR.
Kerana fahaman aqidah salafi palsu kamu menetapkan zat dan sifat kelemahan bagi ALLAH Ta'ala. TERBUKTI apa yang kamu bawa adalah bertentangan dengan aqidah salaf.
PIS : Saudara menimbulkan isu jirim, jisim, jauhar, zat dan sifat. Tapi tidak ada satu pun hujjah dan dalil dari Al Quran.
PMA : Anda SILAP LAGI !
Ayuh kita kembali kepada persoalan MENGAPA SIFAT 20 ?
Dari asas sumber ilmu tauhid iaitu Al Quran dan Hadis, para ulamak muktabar membahagikan sifat-sifat ALLAH Ta'ala yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis, termasuklah yang terkandung di dalam Asmaul Husna kepada dua perbahasan.
Pertama : Sifat Az-Zat iaitu sifat-sifat yang ada pada Zat ALLAH Ta`ala, yang antara lain adalah sifat 20.
Kedua, Sifat al-Af`al, iaitu sifat-sifat yang sebenarnya adalah perbuatan ALLAH Ta`ala, seperti sifat Al Qabid, Al Basit, Al Khafid, Ar Rafik, Al Muiz dan Al Muzil.
Untuk lebih jelas dan faham, kita lihat perbezaan antara Sifat Az-Zat dengan Sifat Af'al. Apakah perbezaan antara Sifat Az-Zat dengan Sifat Af'al ?
Perbezaan antara keduanya adalah, sifat Az-Zat merupakan sifat-sifat yang menjadi syarat ULUHIYYAH.
Apakah uluhiyyah ?
Syarat uluhiyyah ialah syarat mutlak ketuhanan ALLAH Ta`ala. Ini bermakna Sifat Az-Zat adalah sifat yang menyucikan zat ALLAH Ta`ala daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi ALLAH Ta'ala. Sifat-sifat itu menafikan sifat-sifat yang tidak layak bagi ALLAH Ta'ala. Menafikan sifat kekurangan bagi ALLAH Ta'ala. Menafikan sifat kelemahan bagi ALLAH Ta'ala. Menafikan sifat ALLAH menyamai sesuatu. Malah adalah mustahil untuk disandarkan kepada zat ALLAH yang Maha Agung Lagi Maha Sempurna dengan sifat-sifat kelemahan seperti memerlukan tempat, memerlukan ruang, memerlukan arah, bertangan, berwajah, bertempat, berkaki dan lain-lain lagi. Dari sini para ulama’ telah menetapkan bahawa Sifat Az Zat ini adalah azali yang tidak ada permulaan, dan baqa’ yang tidak ada pengakhiran bagi ALLAH. Sebagai contoh :
1. PERTAMA. Wajib ALLAH bersifat dengan sifat WUJUD yang bermakna ADA. Mustahil ALLAH bersifat dengan sifat ADAM iaitu TIADA.
2. KEDUA : Wajib bagi ALLAH Ta'ala bersifat dengan sifat MUKHALA FATUHU LIL HAWADIS yang bermakna ALLAH Ta'ala itu tidak sama dengan sesuatu apa pun. Mustahil bagi ALLAH Ta'ala bersifat dengan sifat MUMATHALATUHU LIL HAWADIS iaitu mustahil ALLAH Ta'ala boleh menyamai dengan sesuatu.
3. KETIGA : Wajib bagi ALLAH Ta'ala bersifat dengan sifat HAYAT iaitu hidup. Mustahil bagi ALLAH bersifat dengan sifat MAUT iaitu mati.
Dalam sifat Az-Zat, sifat yang TIDAK layak bagi ALLAH Ta'ala pada zat ALLAH Ta'ala, TIDAK boleh menjadi sifat kepada zat ALLAH (sifat mustahil bagi ALLAH). Maka terhasillah, dan terjelaslah, dan tenyatalah, dan nampak keberlawanan antara sifat wajib dan sifat mustahil. Maka inilah dikatakan Sifat Az-Zat.
Hal tersebut berbeza dengan Sifat Al Af`al. Ketika ALLAH Ta`ala memiliki salah satu daripada Sifat Al Af`al, maka lawan kepada sifat tersebut adalah TIDAK mustahil bagi zat ALLAH Ta`ala, malah ia menjadi bukti dan menguatkan lagi perihal kehebatan dan keagungan ALLAH Ta'ala kerana mampu mencipta dua perkara yang saling berlawanan berdasarkan fungsi yang terkandung di dalam nama-nama dan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh ALLAH Ta`ala kepada zat-NYA yang Maha Agung. Contohnya :
1. PERTAMA : ALLAH Ta'ala bersifat dengan sifat Al Qabid iaitu Yang Menyempitkan makhluk-NYA. Tetapi lawan bagi Al Qabid adalah Al Basit iaitu yang melapangkan makhluknya. Dua sifat yang saling berlawanan, tetapi bersandar kepada Zat ALLAH Ta'ala sebagai tanda kehebatan dan keagungan ALLAH Ta'ala.
2. KEDUA : ALLAH Ta'ala bersifat dengan sifat AL KHAFID iatu sifat yang merendahkan makhluk-NYA. Tetapi lawan bagi Al Khafid ialah Ar Rafi' iaitu sifat yang meninggikan makhluknya. Dua lagi sifat yang saling bertentangan, tetapi bersandar kepada Zat ALLAH Ta'ala sebagai bukti kehbatan dan keagungan ALLAH Ta'ala.
Di samping itu, para ulama’ mengatakan bahawa sifat-sifat Al Af`al itu adalah baqa’. Dan baqa' adalah salah satu sifat dalam kategori Sifat Az-Zat. Maknanya sifat-sifat Af'al ini tidak mempunyai kesudahan.
Saya yakin, anda, DR MAZA, Fathul Bari dan Asrie Sobrie malah Nasiruddin Al Bani pun tidak pernah mengkaji Al Quran dan Hadis se-"detail" Imam Abu Hasan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Maka sebab itu anda, DRMAZA, Fathul Bari, Asrie Sobrie dan Nasiruddin Al Bani mudah-mudah menyesatkan manhaj aqidah Salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
MENGAPA SIFAT 20 ?
Sebab kedua adalah para alim ulamak muktabar, setelah mengkaji. Dua puluh sifat Az Zat yang ada di sebut ssecara nyata dalam Al Quran dan Hadis, itu sudah cukup memadai dan amat kuat dalam menjadi benteng aqidah dalam berhadapan dengan aqidah-aqidah yang sesat seperti Qadariyah, Jabariyah, Mujassimah, Musyabihah, Syiah, Khawarij dan Wahhabiyah.
Inilah beza antara TAQLID kamu dengan TAQLID kami.
Kamu bertaqlid kepada DR MAZA, Fathul BAri, Asrie Sobrie dan Nasiruddin Al Bani .... mereka kata "INI BIDA'AH, INI SESAT, INI SYIRIK, INI MASUK NERAKA" hanya berdasarkan satu hadis yang dipegang makna zahirnya tanpa ditafsir berdasarkan disiplin ilmu. Kamu terus percaya. Telan bulat-bulat.
Kami bertaqlid kepada Imam Mazhab adalah berdasarkan ilmu, maka huraiannya panjang dan, detail, jelas, nyata dan jazam. Tiada ruang untuk jahil, syak, dzon atau waham bertapak dalam hati.
LINK
DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 1 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=731784316833203&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=1&theater )
DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 2 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=732161653462136&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=1&theater )
DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 3 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=734891733189128&set=pb.100000049233947.-2207520000.1391226506.&type=3&theater )
DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 4 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=738850592793242&set=pb.100000049233947.-2207520000.1392891112.&type=3&theater )
DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI VS ITTIBA' SUNNAH PART 5 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=742554039089564&set=pb.100000049233947.-2207520000.1392891718.&type=3&theater )
DEBAT PELAJAR MA'AHAD AHMADI ITTIBA'SUNAH PART 6 (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=748805221797779&set=a.101466089865032.3421.100000049233947&type=3&theater )
SEBARKAN dan TAGG KAWAN-KAWAN
To Be Continue ..... — with Mohd Hanif and 19 others.

No comments:
Post a Comment