Saturday, 28 June 2014

Madu Tiga

Satu hari ketiga-tiga isteri Habib Jamil telah berkumpul dan bertanya tiga soalan kepada Habib Jamil.

Cik Latipah : Abang. Apakah nikmat yang paling besar di dunia ini ?

Habib Jamil : Nikmat yang paling besar di dunia ini adalah nikmat iman dan Islam. Tak ramai yang mendapat nikmat iman dan Islam. Para sahabat Rasulullah SAW, ada yang awalnya kaya tetapi menjadi hidup susah, kerana inginkan nikmat iman dan Islam seperti Mus'ab bin Umair. Abu Talib walaupun dia membantu perjuangan Rasulullah SAW, tapi ALLAH tidak rezkikan nikmat iman dan islam sewaktu hidupnya. Maka nikmat iman dan Islam lah nikmat yang terbesar yang ALLAH anugerahkan kepada hamba hamba NYA.

Kemudian Hasnah pula bertanya kepada suaminya Habib Jamil.

Cik Hasnah : Selepas nikmat iman dan islam, apakah nikmat yang kedua besar ya Ustaz ?

Lalu dijawab oleh Habib Jamil ...

Habib Jamil : Nikmat kedua terbesar selepas nikmat iman dan Islam ialah nikmat menjadi umat Rasulullah SAW. Ramai orang mengaku beriman dan mengaku Islam. Tetapi mereka menyakiti Rasulullah SAW dengan mengkafirkan sahabat, isteri dan zuriat Rasulullah SAW seperti Syiah, Wahabi dan Mujassimah. Ramai mengaku beriman dan Islam tetapi menyamakan ALLAH dengan makhluk seperti Wahabi dan Mujassimah. Ramai mengaku mengikut Al Quran dan Hadis tetapi berdusta atas nama Rasulullah SAW seperti dilakukan oleh Wahabi Mujassimah dan Asaari Arqam. Yang menyelamatkan nikmat yang pertama dan memeriahkan nikmat kedua ialah ILMU yang benar.

Setelah itu Habib Jamil ditanya soalan ketiga oleh isteri yang ketiga, Cik Rohani.

Cik Rohani : Kalau begitu Sir, apakah nikmat ketiga bagi setiap insan selepas nikmat iman dan Islam dan nikmat menjadi umat Rasulullah SAW ?

Dijawab oleh Habib Jamil.

Habib Jamil : Nikmat yang ketiga ialah istiqamah. Ramai orang boleh berbicara tentang iman dan Islam. Ramai orang mampu mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Ramai orang berjaya menguasai ilmu yang benar dan menyampaikannya kepada masyarakat. Tetapi tidak ramai yang mampu istiqamah dalam beramal terutamanya dalam menjaga hati. Ramai dikalangan umat Muhammad SAW, saat diuji bala musibah, mereka ingat kepada ALLAH, mereka bermunajat kepada ALLAH. Tetapi saat mereka menerima nikmat, mereka kufur dan lupa kepada ALLAH. Ramai umat Muhammad SAW, saat dihina dan di caci mereka mampu mengekalkan rasa kehambaan, tetapi bila dipuja dan di puji, mereka lupa mensyukuri nikmat ALLAH lantas berlaku sombong dan angkuh.

Hehehe

No comments:

Post a Comment