Saturday, 28 June 2014

Wahabi Membida'ahkan Sambutan Awal Muharam

Pada satu malam di 1 Muharram ....

Si Anak berkata kepada ayahnya Pak Wahab ....

Si Anak : Ayah saya mahu ke masjid malam ini.

Pak Wahab : Ada apa di masjid ?

Anak : Malam ini malam 1 Muharram. Saya nak bersama ahli Jemaah membaca doa memohon ampun kepada ALLAH di awal tahun ini.

Pak Wahab : Itu perbuatan tak ada nas dari Al Quran dan Hadis. Bida'ah. Setiap yang bida'ah adalah sesat. Setiap yang sesat adalah di neraka. Jika mahu doa, bila-bila masa sahaja boleh berdoa. Tak semestinya dijadikan adat atau rutin pada masa-masa tertentu. Apasal mahu berdoa sewaktu malam 1 Muharram ? Mengapa perlu dikhususkan berdoa pada malam 1 Muharram ?

Si Anak .... melopong mulut ......

Pada satu malam ... menjelang peperiksaan SPM

Pak Wahab berkata kepada isterinya, Mak Bongak ....

Pak Wahab : Esok akan bermula peperiksaan SPM.Saya hendak solat hajat dan berdoa kepada ALLAH semoga anak kita lulus peperiksaan SPM.

Maka Si Anak menjawab

Anak : Ayah mahu masuk ke neraka kah ?

Pak Wahab : Mengapa mulut kamu celupar sangat mengatakan ayah mahu masuk neraka ?

Anak : Solat hajat dan berdoa khusus bila menjelang SPM itu merupakan perbuatan yang tak ada nas dari Al Quran dan Hadis. Bida'ah. Setiap yang bida'ah adalah sesat. Setiap yang sesat adalah di neraka. Jika mahu solat hajat dan berdoa, bila-bila masa sahaja boleh. Tak semestinya nak ada exam SPM. Tak semestinya dijadikan adat atau rutin pada masa-masa tertentu. Apasal mahu berdoa sewaktu nak dekat SPM? Mengapa perlu dikhususkan berdoa pada malam menjelang peperiksaan SPM ?

Pak Wahab ... melopong mulut ... lalu pergi mendapatkan telefon dan mendail nombor 05-5332333 ... HALLO. Ada borangkah nak masuk ke sana ? Saya rasa saya adalah pesakit SKIZOFRENIA.

Hehehe

Note : No tel Hospital Tanjung Rambutan 05-5332333

No comments:

Post a Comment