Mengirim Salam Kepada Rasulullah SAW

Baru-baru ini ramai sahabat-sahabat FB yang pergi mengerjakan Umrah. Maka kesempatan ini saya gunakan untuk mohon jasa sahabat-sahabat menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW. Saya menulis di wall mereka :
“Sampaikan salam kepada Rasulullah SAW”
Dan seperti biasa, pemuja-pemuja BERHALA Mohamad Abdul Wahab Al Wahabiy dan Tukang Repai Jam Al Bani terus menghantar bulk mesej di inbox. Antara mesej mereka :
“Wahai kafir ahbash. Nabi sudah mati. Baik kau kirim salam kpd atok kau.” .... saya jawab ... "Saya memberi salam kepada seluruh umat Islam yang hidup dan mati hehehe"
“Islam itu sudah sempurna. Tak perlu tambah2 amalan baru.” .... saya jawab .... "Benar Islam sudah sempurna. Tak perlu ditambah dengan ajaran ahli bidaah Wahabiy dan Tukang Repair Jam hehehe"
Dan ada banyak lagi mesej-mesej yang berbaur kejahilan murakab dan intipatinya tuduhan HARAM, SESAT, BIDAAH, SYIRIK dan KAFIR.
Perlu diingatkan. Bila menuduh seseorang SESAT, AHLI BIDAAH dan SYIRIK, jika orang yang dituduh itu ADA dalil dari sumber hukum yang telah disepakati oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah, MAKA tuduhan itu berbalik semula kepada orang yang menuduh. WAKTU itu, orang yang menuduh HAKIKATNYA adalah KAFIR walau mengaku memperjuangkan sunnah.
Dalam kitab Attahzir Minal Ightirari Bimaja Afil Kitabil Hiwar (التحذر من الاغترار بما جاء فى كتاب الحوار ) yang ditulis oleh Syeikh Abdul Hayi Al Umrawi pada muka surat 25 iaitu tentang hukum mengkafirkan seseorang yang tidak kafir.
Hadis-hadis Riwayat Imam Malik,Bukhari dan Muslim.
فعنى ابن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله .ص. اذا قال الرجال لاخيهياكافر فقد بأبه أحدهما٬ فان
كان كما قال والارجعت عليه
Ertinya:
Dari lbnu Umar, dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila berkata lelaki kepada saudaranya wahai kafir, maka sesungguhnya telah mengenai salah seorang daripada mereka dengannya, jikalah benar apa yang dikatakan. Jika tidak,kembalilah kekafiran itu kepadanya.”
Mengirim salam kepada Rasulullah SAW, dikatakan HARAM,SESAT, BIDAAH, SYIRIK dan KAFIR ???
Hehehehe
Lantas aku melihat background orang-orang yang menghantar mesej ke inbox dan membuat fatwa berkenaan.
Ada yang aku kenal. Ada yang tidak.
Ada yang Islamnya masih hijau. Aku lihat ilmu Al Quran-nya pun .... makhraj tak betul, tajwid berterabur, qiraatul quran tak tahu .....LAYAK KE NAK BUAT FATWA ? ... nasihat aku ... Ellooo Bro, wa cakap sama lu, lu piggy belajar kasi betul baca Fatihah dulu maaa. Jangan kasi agama Islam malu sama lu punya bodoh.
Ada yang tak tahu bahasa Arab pun. Baca Al Quran dan Hadis pun guna terjemahan. .... LAYAK KE NAK BUAT FATWA ? .... nasihat aku ....Ellooo Bro, wa cakap sama lu, itu bahasa Melayu pun ada simpulan bahasa, peribahasa dan bayangan ayat. Lu ingat bahasa Arab yang menjadi bahasa syurga ni simple macam bahasa Melayu ke ? Lu punya paper Bahasa Malaysia LKM400X pun lu berapa kali kantoi. Buat malu Melayu saja.
Ada juga yang kondem ulama-ulama terdahulu. Katanya nak buat apa pakai mazhab dan ikut ulama. Direct sajalah sama Al Quran dan Hadis. ....Maka aku jawab .... Ellooo bro ... kalau lu tak mahu ikut ulama, lu pergi amik liquid paper, lu padam itu tanda baris dan titik dalam Al Quran. Sebab mushaf Al Quran resam Uthmani TAK ADA baris dan titik. Ulama yang bubuh titik dan baris. Lu tak mahu ikut ulama ? Habis tu siapa yang terjemah ayat Al Quran kepada bahasa yang lu faham ? Bukan ulama ke? Makin nampak lu memang bodoh.
Ada yang kata, Rasulullah SAW tak pernah kirim salam kat diri sendiri, kena ikut cara Rasulullah SAW. Kalau macam tu aku jawab kat dia.... Ellooo bro. Wa cakap sama lu ... zaman Rasulullah SAW TAK ADA mushaf Al Quran.SEMUA sahabat adalah AL HAFIZ. Al Quran dalam kepala. Kalau lu tak boleh hafal Al Quran sebelum mati, lu ni ahli bidaah laaa.
Betul ke mengirim salam kepada Rasulullah SAW adalah HARAM, SESAT,BIDAAH, SYIRIK & KAFIR ?
Berdasarkan AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH, sumber hukum UTAMA ialah :
1. Al Quran
2. Sunnah
3. Ijmak Ulama (ulama muktabar Ahlus Sunnah WalJamaah SAJA bukan ulama Wahabiy atau Syiah)
4. Qiyas
Disamping itu ada juga sumber tambahan iaitu :
1. Istihsan
2. Masalih mursalah
3. Uruf
4. Istshab
OK JOM KITA MENGAJI
Qadhi Iyadh al-Yahshubi rahimahullah dalam kitab beliau "Asy-Syifaa` bi ta'riifi huquuqil Musthafa" pada juzuk ke-2 halaman 85 menyatakan:-
"Daripada Yazid bin Abi Sa`id al-Mahriy yang berkata: "Aku telah datang mengadap Khalifah 'Umar bin `Abdul `Aziz, ketika hendak pulang, beliau berkata kepada ku: "Aku mempunyai satu hajat daripada mu, apabila engkau datang ke Madinah dan menziarahi kubur Nabi SAW maka ucapkanlah kepada baginda salam daripadaku."
Dalam riwayat daripada orang lain dinyatakan bahawa Khalifah `Umar mengutus salamnya kepada Nabi SAW melalui surat yang baginda hantar dari Syam."
Nak tanya puak2 Wahabiy dan pemuja Tukang Repair Jam Al Bani .... Khalifah Umar Abdul Aziz rahimahullah tu sesat, haram, ahli bidaah, syirik dan kafir ke ? Atau kau yang selayak dengan tuduhan berkenaan ?
Imam an-Nawawi rahimahullah dalam kitab "Al-Idhahfi manaasikil hajj wal `umrah" pada halaman 453 menyatakan:-
"Kemudian,jika seseorang berpesan kepadanya (yakni berpesan kepada si penziarah) untuk menyampaikan salam kepada Junjungan Rasulullah SAW, maka disampaikannya dengan mengucapkan: "as-Salamu 'Alaika, ya RasulAllah min fulan ibni fulan"(Salam kesejahteraan atasmu wahai Utusan Allah daripada si fulan anak si fulan) atau "Fulanubnu fulan yusallim 'alaika, ya RasulAllah"(Si fulan anak si fulan mengucap salam kepadamu, wahai Utusan Allah) atau dengan ucapan lain yang seumpamanya."
Imam Nawawi rahimahullah yang menulis kitab Riyadhussolihin dan dulu ramai orang ambil rujukan pendapatnya yang mengatakan tak payah sertu bekas yang kena najis babi, Imam Nawawi sendiri suruh orang beri salam kepada Rasulullah SAW. Adakah Imam Nawawi rahimahullah itu haram, sesat, ahli bidah,syirik dan kafir ? .... Jangan hipokrit Bro.
Kemudian puak-puak yang memuja berhala Mohamad Abdul Wahab Al Wahabiy dan Tukang Repair Jam ni kata .....”Rasulullah dah mati” ....Amboiiiiiiii .... cantiknya bahasaaaaaa .... Rasulullah dah MATI .... Kalau kita suruh dia cakap, katakanlah Rasulullah SAW dah WAFAT ... dia jawab balik ... WAFAT dan MATI perkara yang sama .... Maka aku jawab balik ... mati, wafat, mampus, kojol adalah perkara yang sama. Kalau aku cakap mak bapak kau dah MAMPUS, kau jangan marah lak hehehe
Sebagai umat Rasulullah SAW, kita kena ada ADAB. Jangan gunakan perkataan yang digunakan oleh orang awam kepada Rasulullah SAW kerana kedudukan Rasulullah SAW sama sekali TAK SAMA dengan makhluk yang lain. Mana nak sama Rasulullah SAW dengan pariya ?
Benarkah Rasulullah SAW dah wafat ?
Firman ALLAH SWT :
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang HIDUP (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.(Baqarah:154)
Dalam ayat di atas disebut “jangan mengatakan”, dalam ayat yang lain pula disebut “jangan kamu fikir atau sangka” :
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orangyang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah HIDUP (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)
Dua ayat diatas menjadi dalil, orang yang mati dijalan ALLAH iaitu mati syahid, mereka sebenarnya HIDUP. Kalau orang mati syahid itu hidup, kewafatan Rasulullah SAW adalah kewafatan seorang RASUL adalah lebih istimewa dan lebih mulia dari para syuhada. Maka pastinya Rasul dan para Nabi itu JUGA HIDUP. Hidup di alam yang ALLAH sediakan untuk mereka.
Dalilnya :
Dalam kitab Zarqoni, yakni syarah kitab Mawahibulladuniyyah Juz 5 muka surat 332 tertulis hadis yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
الأنبيأ أحيأ فى قبورهم يصلون
“Adalah Nabi-Nabi itu hidup di dalam kubur mereka dan sembahyang mereka itu.”
Malah Rasulullah SAW juga memberi salam kepada umat Islam yang sudah meninggal dunia.
Kitab Sahih Muslim ( مسلم ) Juz1 muka surat 389 menyebut begini:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ
وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُاللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.
Sahabat Zubair mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W sesudah menziarahi kubur dengan sahabat-sahabat baginda, telah mengajarkan para sahabat itu dengan ayat,maksudnya:
“Salam atas mu hai penduduk kampung Mukminin dan Muslimin dan kita Insya Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon afiat untuk kami dan untuk kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kalau memberi salam kepada umat Islam yang awam pun dibolehkan, lebih-lebih lagi memberi salam kepada Rasulullah SAW.
Jadi ... MANA HARAM, SESAT, BIDAAH, SYIRIK DAN KAFIRNYA bila memberi salam dan menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW ?
Betul ke puak2 yang memuja Mohamad Abdul Wahab Al Wahabiy dan Tukang Repair Jam Al Bani ni ikut hadis dan sunnah Rasulullah SAW yang SAHIH ???
KESEMUA dalil yang didatangkan itu adalah dari hadis SAHIH. Jadi mengapa pemuja berhala Mohamad Abdul Wahab Al Wahabiy dan Tukang Repair Jam Al Bani menolak hadis berkenaan ? Adakah kerana mereka HIPOKRIT ?
Kesimpulannya : Orang jahil rugi kerana tidak tahu tentang ilmu dan amalan Islam yang sebenar. Ajaran Wahabiy ini sesempit ajaran sekular yang meletakkan amal ibadah itu berkait dengan rumah ibadah semata.
Masjid Pusara Aman
5 April 2013
9.15 am
No comments:
Post a Comment