![]() |
Guru saya pernah berpesan :
Kita sering balajar ttg adab kita kepada guru kita..tetapi jarang pula diajar ttg adab kita kepada guru org lain yg berbeza pandangan dgn guru kita.. Ajaran Islam keseluruhannya berkaitan dgn ADAB, adab kepada Allah Taala, kepada Rasul-Nya, kepada Ahlil Bait dan Para Sahabat, Adab kepada org Tua, kepada para Ulama, guru2, kepada Sekalian kaum Muslimin..sehingga kepada org yg bukan Islam dan segala Makhluk Allah Taala.. Sehinggakan Imam Malik pernah berkata kepada muridnya "Wahai Fulan, belajarlah ilmu adab sebelm kamu belajar ilmu agama.." Imam Malik rahimahullah memang terkenal dgn ilmu adabnya yg cukup hebat yg perlu kita kaji dan belajar kembali..Imam Syafie rahimahullah adalah contoh anak muridnya yg sungguh beradab dgn pandangan yg berbeza.. Adapun jika mendapati seorg guru itu tidak beradab, bahasanya pun tidak dijaga, sombong dgn ilmunya, menganggap dirinya sahaja yg betul, lainnya semua sesat,, maka sebaiknya jgnlah bawa anak2 kita belajar dgn guru tersebut...sebab ini bukan ajaran dan sunnah Nabi SAW dan bukan amalan Sahabat.. |


No comments:
Post a Comment