Setiap manusia, pasti melalui suatu masa yang dikenali dengan MUSIBAH atau masa KESULITAN. Kehidupan seseorang manusia tidak terlepas dari kesusahan, kesulitan, musibah dan sebagainya. Kadang kala, ia menyebabkan seseorang putus-asa dan ada juga yang sampai sanggup untuk membunuh diri dan sebagainya, hasil dari kekecewaan yang menimpa mereka dari kesulitan yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan.
Namun, jika musibah dan kesulitan ditafsirkan dengan tafsiran yang sempurna, ianya tidak akan membuatkan seseorang putus-asa tetapi sebaliknya ia mampu memberi suatu kekuatan baru kepada seseorang, dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)
Orang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh ALLAH SWT, sehingga terbukti sama ada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman.
Dalam kitab-kitab hadis juga, banyak menukilkan tentang hadis-hadis yang menyebutkan tentang ujian ALLAH SWT terhadap para hamba-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika ALLAH SWT mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan ALLAH SWT
Jika kita lihat dalam lipatan sejarah, kita dapati bahawa, Rasulullah s.a.w. yang merupakan manusia yang paling dikasihi ALLAH SWT sendiri, diuji dengan pelbagai ujian, termasuklah dibaling dengan batu, dilempar dengan najis dan kotoran, dan sebagainya. Begitu juga dengan para Nabi yang lain, seperti Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., Nabi Ayub a.s., dan selain dari mereka.
Secara umumnya, ALLAH SWT menimpakan bala dan musibah kepada seseorang kerana tiga sebab, sesuai dengan jenis orang yang ditimpa musibah tersebut.
Pertama: Andainya ALLAH SWT menimpakan musibah dan bala kepada golongan musuh ALLAH SWT, dan golongan yang bersikap sombong dengan ALLAH SWT, dari kalangan orang-orang kafir, golongan munafiq dan golongan fasiq, maka ia merupakan suatu bentuk azab dan siksaan dari ALLAH SWT yang dikenakan kepada mereka di dunia lagi.
Kedua: Andainya ALLAH SWT menurunkan musibah kepada orang-orang mu'min yang kurang beradab di hadapan ALLAH SWT, dengan melakukan pelbagai maksiat, maka ia merupakan peringatan buat mereka supaya mereka kembali kepada ALLAH SWT, dan kembali beradab ke hadrat ALLAH SWT dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ia merupakan suatu kenikmatan dalam kesulitan.
Ketiga: Andainya ALLAH SWT memberi musibah kepada golongan khawas (orang-orang soleh) atau golongan khawasul-khawas di kalangan hamba-Nya, yang sentiasa menjaga adab dengan ALLAH SWT, maka musibah tersebut merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi ALLAH SWT, dengan kesabaran mereka.
Sayangnya … tak ramai yang melihat bahawa nikmat duniawi ini adalah satu bentuk ujian dari ALLAH SWT.
Ada di kalangan kita … tatkala diuji dan ditimpakan musibah dalam bentuk bala, bencana dan kesusahan. Mereka mampu bangun di sepertiga malam. Manadah tangan dan merintih kepada ALLAH SWT, bersama linangan air mata. Dalam kegelapan malam, berminajat kepada ALLAH SWT agar diringankan ujian atas mereka.
NAMUN ….
Berapa ramaikah dari kita, …. Tatkala menerima ujian dalam bentuk nikmat kemewahan dan kesenangan. Mereka mampu bangun di sepertiga malam untuk merintih bermunajat kepada ALLAH SWT ?
Ramai orang mampu berhadapan dengan ujian berbentuk bala musibah. Namun RAMAI juga yang gagal dan musnah apabila menerima ujian dalam bentuk nikmat kemewahan duniawi.
Oleh itu syukurilah apa yang ada pada kita dan jangan kita rakus serta tamak dengan dunia.
Semoga ALLAH SWT melindungi diri kita, ahli keluarga kita dan sahabat-sahabat kita dari rosak dan musnah apabila diulit nikmat duniawi. Semoga ALLAH SWT menjadikan kita istiqamah memuji dan mensyukuri segala nikmat ALLAH SWT.
Masjid Alor Teratai, Kuala Besut
Terengganu

No comments:
Post a Comment