Saturday, 28 June 2014

Pasal Gendang Pun Nak Bergaduh Ke ? 19 January 2013 at 18:49

Pasal Gendang Pun Nak Bergaduh Ke ?

19 January 2013 at 18:49



Pasal berkompang dan bergendang ni, ulama zaman dulu yang lebih alim dari ulama-ulama yang sedia ada sekarang ni dah bincang habis. Tak payah nak pening-pening kepala.

Berdasarkan kitab-kitab yang membahaskan tentang muzik, nyanyian dan alat-alat muzik. Banyak perbahasan yang kita boleh baca. Antara ktab-kitabnya ialah :

As-Simaa’  oleh Muhammad bin Thahir Al-Maqdisi Al-Qaisarani (448H – 507H)
Kaffur Ri’aa ‘An Muharramatil Lahwi Was Simaa’ : Ibnu Hajar Al-Haitami (w. 973H)
Kasyful Qinaa’ ‘An Wajhis Simaa’ : Abdul Wahab As-Sya’rani (898H – 973H)
Iedhahud Dhilalat Fi Simaa’il Aalat :  Abdul Ghani An-Nablusi (1050H – 1143H)
Al-Imtaa’ Wal Intifaa’ bi Mas’alati Simaa’is Simaa’ : Ibnu Durraj Al-Busti (w. 693H)
Farhul Asmaa’ Bi Rukhasis Simaa’ : Al-Imam Mohd As-Syazili At-Tunisi.
Al-Imtaa’ fi Ahkamis Simaa’ : Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi.
Talbisul Iblis : Ibnul Jauzi Al-Baghdadi (w. 579H)
Rasaa’il Ibn Hazm & Al-Muhalla : Ibnu Hazm Al-Andalusi
Kalimaatus Sufiyyah : Ibnu Sina (w. 328H)
Awaariful Ma’arif & Aadabul Muridien : As-Sahrurudi Al-Baghdadi.
Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah : Al-Imam Al-Qusyairi (367H – 465H)
Al-Lama’ : Abu Nasr As-Siraj At-Thusi. 
Ihya Ulumiddin : Abu Hamid Al-Ghazali (450H – 505H). 
Al-Mughni : Ibnu Qudamah Al-Hanbali.
Mughni Al-Muhtaj : Al-Khatib As-Syarbaini (w. 977H).
Hasyiar Raddil Mukhtar : Ibnu ‘Abidin Al-Hanafi.
Naylul Authar : Al-Imam Asy-Syaukani.

Senarai kitab kat atas tu, aku dapat kat internet je. Hehehe

Bukan semua kitab tu aku baca. Aku baca yang ada BOLD aje. Maklumlah, orang bodoh macam aku ni mana larat nak baca semua. Busy baca Facebook aje. Ishhh teruknya perangai aku ni. Tapi kira OK laa. Baca Facebook untuk tahu wajah umat sekarang Hehehehe. Sekurang-kurangnya aku tak suka cari pasal. Melainkan ada orang cari pasal dengan aku, memang aku buat pasal dengan dia kaw kaw.

Macam baru-baru ni, ada seorang Ustad datang kat masjid aku. Nampak kami tengah mahallul qiyam sewaktu baca mawlid Berzanji. Dia datang dekat kami dan selamba tenuk aje dia kata .... "Rasulullah SAW tak pernah suruh orang celebrate hari jadi dia. Tak ada dalam sunnah, Rasulullah SAW celebrate birthday dan tak ada dalam mana-mana kitab hadis suruh orang celebrate hari jadi Nabi dan ada menyebut pasal bithday Nabi. Ini perbuatan tiru Kristian." ...... HAH .... ini salah satu contoh orang nak cari pasal dengan aku. Ustad ni lak cakap betul-betul kat depan aku. Maka salah oranglah dia nak provoke.

Aku pun cakap kat dia ..... Ustad. Rasulullah SAW tak pernah suruh orang pangkah Parti Ustad dalam pilihanraya. Tak ada dalam sunnah Rasulullah SAW pangkah undi pilihanraya dan tak ada dalam mana-mana kitab hadis suruh orang pangkah Parti Ustad dan tak ada dalam mana-mana kitab hadis menyebut nama Parti Ustad. Sebab kerja pangkah memangkah undi demokrasi ni perbuatan yang meniru kaum Greek kuno." 

Terus Ustad Wahabi tu melenting. Marah lak dia. Siap dia bawa dalil itu, dalil ini. Untuk halalkan dia berparti politik. Aku dengar aje Ustad Wahabi tu meroyan. Orang kalau dah gila kuasa dan cinta dunia tapi tak cinta Rasulullah SAW, begitulah perangainya Ustad ni. Bila dia dah habis.

Aku lak buat pasal dengan dia .... Ishhh Ustad ni, bila bab orang memuji Rasulullah SAW, ada aje bidaah dhalolahnya. Tapi bab nak dapat kuasa, nak jadi pemimpin, nak menang undi, nak cari pengikut, nak dapat projek juta-juta, ada aje dalil-dalil. Ustad tak rasa Ustad ni MUNAFIK ke ? .... Terus Ustad tu belah. Dah panas telinga kot. Tu belum full swing lagi aku punya provoke.

Benda khilaf. Tak perlu kita nak menyesatkan orang, membidaah dhalolahkan orang. Sebab bila kita menyesatkan orang yang amal perkara khilaf, orang lain pun boleh menyesatkan kita atas perkara khilaf yang kita amalkan. Yang tak boleh khilaf ni AQIDAH aje.

OK kita berbalik pasal bergendang, berkompang, berrebana ni. Macam aku cakap, bab ni pun tak payah nak gaduh-gaduh. Jangan jadi macam Ustad Wahabi tu yang nak cari pasal. Nanti silap-silap kau orang provoke salah orang.

Orang Melayu panggil gendang, rebana dan kompang. Orang Arab lak panggil duff. Memandangkan ulama-ulama yang tulis kitab-kitab yang aku senaraikan kat atas tu TAK ADA seorang pun orang Melayu, maka mereka tak ler guna perkataan gendang, rebana atau kompang. Mereka guna perkataan DUFF.

Duff ni apa ciri-cirinya ? Ciri-cirinya macam kompang. Ada bingkai bulat. Ada satu muka yang dibuat dari kulit, tempat yang dipukul dengan tangan. Kemudian sebelah lagi lopong agar keluar bunyi kuat.

Kalau baca kitab-kitab tu, conclusion yang boleh dibuat ialah :

1. SEMUA ulama bersependapat, kaum WANITA dibenarkan memukul DUFF.
2. TAPI, ramai ulama berselisih pendapat bagi kaum LELAKI. Ada kata diharuskan lelaki pukul duff. Ada lak kata haram lelaki pukul duff.

Apasal ada ulama kata HARAM lelaki pukul gendang ? Ulama yang kata haram, adalah berdasarkan kepada adat dan 'uruf. Zaman dulu .... Once upon a time .... cuma aweks-aweks dan kaum ibu saja yang main gendang ni. Oleh itu, jika ada orang lelaki main gendang, dianggap meniru perbuatan kaum wanita, dan tergolong dalam golongan yang disebut hadis sebagai ..... “Rasulullah SAW melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai (meniru) wanita” – hadis dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya daripada ‘Ikrimah daripada Ibnu Abbas. Dikeluarkan juga oleh Ahmad di dalam Musnadnya daripada hadis Ata’ bin Abi Rubah daripada Abu Hurairah. (Sahih Bukhari 8/305, Al-Fathul Bari 19/322.

Ini adalah pegangan jumhur ulama mazhab Hanafi, sebahagian ulama mazhab Syafie dan seorang ulama mazhab Maliki.

Kira zaman dulu, hanya orang perempuan aje main gendang.  Siapa saja lelaki yang main gendang ni, TAK macho ler. Seolah-olah, lelaki main anak patung Barbie. Perghhhh parok gak, kalau ada lelaki main anak patung Barbie.

Dah tu .... camne lak ulama yang mengharuskan lelaki main gendang ni ?

Alasan ulama yang berpendapat HARUS lelaki main gendang ni ialah kerana TIADA nas yang mengharamkan lelaki main gendang. As-Subki (seorang ulama mazhab Syafie) mengatakan: “...dari segi asalnya, lelaki dan wanita bersekongkol dalam hukum-hakam melainkan ada nas yang membezakan antara keduanya. Adapun dalam masalah ini tiada nas yang membezakan antara lelaki dan wanita dari sudut keharusan memukul duf. Tambahan pula, memukul duf tidak hanya dikhaskan untuk wanita semata-semata.”

Mereka yang berpendapat sedemikian ialah Jumhur ulamak Maliki, Jumhur Mazhab Syafie dan pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dari sebahagian pengikutnya.

Jadi ada dua pendapat. Satu kata Haram. Satu kata Harus. Tepuk dada, tanya iman. Mana satu yang boleh meningkatkan iman anda ?

Jika pukul gendang, anda jadi tension tahap gaban sebab tak boleh nak tidur dan terlajak tak boleh tahajjud. Maka peganglah kepada pendapat hukumnya HARAM.

Jika pukul gendang, anda jadi happy sambil berselawat sambil naik rasa zouq tatkala berselawat ke atas Rasulullah SAW, maka peganglah kepada hukum yang mengHARUSkan main gendang.

Benda khilaf.

Jangan nak memandai provoke, cari pasal.

Nanti orang buat pasal, provoke balik. Diri sendiri yang susah.

Bila lak di HARUSKAN seseorang lelaki memukul gendang ? Hmmm ... ini pun ulama zaman dulu dah bincang. Kita aje yang malas nak mengaji. Dapat satu pendapat terus pegang tak tiris sampai nak bergaduh-gaduh.

Berlaku perselisihan pendapat di kalangan fuqaha’ pada tujuan dan keadaan yang dibenarkan memukul duf. Ada dua mazhab sebab ada dua pendapat :

Pendapat pertamaLelaki diharuskan memukul gendang untuk menzahirkan rasa happy tahap gaban dan wujudkan suasana happening atau meriah dalam aktiviti-aktiviti atau program atau majlis-majlis yang dibenarkan syariat Islam. Contoh majlis ..... Majlis kahwin (teringin lak nak menikah) ... masuk jawi ... sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan Maal Hijrah, Raya Haji, Idilfitri, Mawlidur Rasul dan lain-lain. Malah diharuskan memukul gendang dalam peperangan untuk menaikkan semangat para pejuang untuk berperang.

Mereka yang berpendapat demikian ialah sebahagian ulama mazhab Hanafi, Jumhur mazhab Syafie, sebahagian ulamak mazhab Hanbali, sebahagian ulamak mazhab Maliki.

Pendapat keduaNak pukul gendang boleh, tapi dalam upacara walimah sahaja. Ini pendapat yang paling famous, paling mahsyur dalam mazhab Maliki, jumhur fuqaha’ mazhab Hanafi, sebahagian ulamak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat fuqaha’ Syafie.

Benda khilaf.

Siapa nak pegang pada hukumnya haram, dipersilakan. Siapa nak pegang pada hukumnya harus, juga dipersilakan.

TETAPI ......

Macam kita yang kat Malaya ni .... rata-rata beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari mazhab Syafie. Nak cerita sikit, ada ulama fuqaha' mazhab Syafie BERSEPAKAT mengharamkan Kubah sama ada bertujuan untuk bersuka ria happy happy semata-mata atau maksud-maksud yang lain.

Kubah ni menatang amender ? Kubah macam kubah masjid tu ke ? Takkanlah nak paanjat bumbung masjid untuk tampar kubah buat gendang ?

Takkkkkk .

Kubah ni, sejenis gendang. Tapi shape dia macam body awekz yang umur 17 tahun. (bukan shape Umm Jah yang perasan umr 17 tahun ya hehehe). Gendang Kubah ni, bentuknya panjang tapi ramping kat tengah sementara kedua-dua hujungnya lebar.

Para fuqaha’ Syafie sepakat mengharamkan alat ini. Sebab diharamkan kerana ada satu riwayat daripada Ar-Rafi’ie dan An-Nawawi kerana ia adalah gendang Kubah ini biasanya digunakan oleh lelaki-lelaki pondan.

Imam An-Nawawi menyatakan, “...tiada beza antara kubah dengan duf dan gendang-gendang yang lain melainkan kubah, ia adalah alat yang menjadi SYIAR lelaki-lelaki pondan. Sekiranya tidak, hukumnya sudah pasti seperti hukum duf.”

Maknanya, gendang Kubah ni, synonim dengan lelaki pondan. Asal pondan aje, gendang Kubah. Asal gendang Kubah aje, lelaki pondan.

Maka sebab itu ianya di haramkan dalam mazhab Syafie. Cuba ko orang bayangkan, seorang lelaki yang sasa, tegap, ala-ala Arnold Schwarznegger zaman muda, tapi pakai bra dan G-string sambil main anak patung Barbie. Begitulah romannya lelaki yang main gendang Kubah.

Jadi sama-samalah amik ilmu yang bermanfaat. Bab merapu meraban yang ditulis ni, sebagai perencah aje.

Ayuh kita berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW. Semoga kita beroleh syafaat baginda SAW.

اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْكما صَــــــلٌيت علَےَ إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل إِبْرَاهِيمَ إِنَّك حَمِيدٌمَجِيدٌ اللهم بارك علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ كماباركت علَےَ إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل إِبْرَاهِيمَ إِنَّك حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Masjid Tampin
19 January 2013
7 Rabiul Awwal 1434
5.15pm

No comments:

Post a Comment