Solat Ghaib

SOLAT ghaib adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat tidak diharuskan.
Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya maka diharuskan solat dilakukan di atas kubur si mati.
Solat ghaib disunatkan ketika mendengar berita kematian seseorang dan jika berlalu masa yang panjang maka ia tidak disunatkan dan ada pendapat mengatakan tidak sah.
Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa cuma perbezaannya ialah:
1) Niat di hati untuk menunaikan solat ghaib.
2) Jenazah tidak berada bersama jemaah yang solat.
Bagi yang tidak berkesempatan solat, diharuskan solat jenazah di atas kubur si mati dengan niat yang sama seperti solat jenazah biasa.
Kitab ulama Syafie menjelaskan mengenai diharuskan solat ghaib dan solat jenazah di atas kubur selepas dikebumikan selain daripada nabi. Adapun tempoh masa solat ghaib dikira ketika mendengar berita kematian atau pada hari yang sama. Adapun doa untuk si mati tidak ditentukan masa dan ada pendapat mengatakan bahawa maksud dari solat itu sendiri ialah doa untuk si mati dan diharuskan walaupun berlalu masa yang panjang. Sunat mengerjakan solat ghaib ke-atas mayat yang berada jauh dengan kita, walaupun sudah lama di-kuburkan, hatta si-mati itu bukan waris kita. Sunat juga mengerjakan solat sunat ghaib .
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), rasulullah s.a.w mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).
Huraian Hadith:
Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah,
Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:
1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.
2. Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)
3. Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.
4. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.
Ketika Nabi Muhamad mendengar berita kematian Najashi (Raja Yaman) yang memeluk Islam maka Baginda dan sahabat melakukan solat ghaib. Berdasarkan peristiwa ini, maka solat ghaib adalah diharuskan. (Kitab Subulas Salam).
Oleh demikian Imam Syafie, Ahmad dan majoriti ulama’ terdahulu seperti Ibnu Hazm menegaskan, solat ghaib adalah diharuskan dan tiada seorangpun daripada sahabat selepas kewafatan baginda mencegah daripada melakukan solat ghaib. (Kitab Fathul Bari).
Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat ulama’ antaranya:
1) Imam Syafie, Ahmad dan seangkatan dengannya berpendapat bahawa solat ghaib adalah disunatkan pada hari kematian berdasarkan peristiwa di atas.
2) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak disunatkan solat ghaib kerana ketiadaan jenazah dan digalakkan berdoa saja untuk simati.
3) Diharuskan solat ghaib pada hari kematian atau baru menerima berita meninggal seseorang dan cukup hanya niat untuk simati. (Fathul Wahhab).
4) Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharuskan solat ghaib jika negeri si mati berada diarah kiblat dan tidak diharuskan jika berada di arah bertentangan.
Namun, majoriti ulama bersepakat, doa supaya diampunkan dosa si mati serta diangkat darjatnya di sisi Allah dan sebagainya adalah diharuskan dan tidak dihadkan bagi tempoh masa tertentu.
Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka solat ke atasnya tidak diharuskan kerana jasad tidak dapat dimandikan. Jika jasad itu cedera atau rosak seperti disebabkan kemalangan dan tidak dapat dimandikan, maka jasad akan ditayamumkan dan disembahyangkan seperti jenazah biasa.
Solat Jenazah merupakan solat yang tidak perlu ruku’ dan sujud. Yang kita lakukan hanyalah berdiri, takbir sebanyak empat kali dengan diselingi bacaan dan doa tertentu lalu salam.
Rukun Solat Jenazah : Solat jenazah itu terdiri dari 8 rukun.
1. Niat : Solat jenazah sebagaimana soalat dan ibadah lainnya tidak dianggap sah kalau tidak diniatkan. Dan niatnya adalah untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam agama yang lurus , dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (QS. Al-Bayyinah : 5).Rasulullah SAW pun telah bersabda dalam haditsnya yang masyhur :
Dari Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya setiap amal itu tergantung niatnya. Setiap orang mendapatkan sesuai niatnya.” (HR. Muttafaq Alaihi).Niat itu adanya di dalam hati dan intinya adalah tekad serta menyengaja di dalam hati bahwa kita akan melakukan shalat tertentu saat ini.
2. Berdiri Bila Mampu : Solat jenazah tidak sah bila dilakukan sambil duduk atau di atas kendaraan (hewan tunggangan) selama seseorang mampu untuk berdiri dan tidak ada uzurnya.
3. Takbir 4 kali : Aturan ini didapat dari hadits Jabir yang menceritakan bagaimana bentuk solat Nabi ketika menyolatkan jenazah.
Dari Jabi ra bahwa Rasulullah SAW menyolatkan jenazah Raja Najasyi (solat ghaib) dan beliau takbir 4 kali. (HR. Bukhari : 1245, Muslim 952 dan Ahmad 3:355)Najasyi dikabarkan masuk Islam setelah sebelumnya seorang pemeluk nasrani yang taat. Namun begitu mendengar berita kerasulan Muhammad SAW, beliau akhirnya menyatakan diri masuk Islam.
4. Membaca Surat Al-Fatihah
5. Membaca Solawat kepada Rasulullah SAW
6. Doa Untuk Jenazah : Dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW :
Bila kalian menyalati jenazah, maka murnikanlah doa untuknya. (HR. Abu Daud : 3199 dan Ibnu Majah : 1947).Diantara lafaznya yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW antara lain :
Allahummaghfir lahu warhamhu, wa’aafihi wa’fu ‘anhu, wa akrim nuzulahu, wa wassi’ madkhalahu, waghsilhu bil-ma’i watstsalji wal-baradi.Ada juga artikel lain yg menuliskan:
Allahummaghfir lahu warhamhu, wa’aafihi wa’fu ‘anhu.7. Doa Setelah Takbir Keempat : Misalnya doa yang berbunyi :
Allahumma Laa Tahrimna Ajrahu wa laa taftinnaa ba’dahu waghfirlana wa lahu8. Salam : Jadi secara urutannya adalah sebagai berikut :
1. Takbiratul Ihram seperti biasa**Membaca Al-Fatihah
2. Takbir** Membaca Shalawat kepada Nabi SAW : Allahumma Shalli ‘Alaa Muhamad?
3. Takbir** Membaca Doa : Allahummaghfir lahu war-hamhu . . .
4. Takbir** Membaca Doa : Allahumma Laa Tahrimnaa Ajrahu
5. Mengucap Salam
No comments:
Post a Comment